13 April 2020

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menggalakkan Usahawan Islam Berniaga di Malakat Mall - Mufti Wilayah Persekutuan



Alhamdulillah usaha menjadikan "Pengguna Pemilik Ekonomi" dari koperasi yang ditubuhkan oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) bernama KoPPIM (Koperasai Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) telah mendapat galakkan dari Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dan kini dilantik sebagai Menteri Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk semua usahawan Islam agar berniaga di Malakat Mall.

Sasaran menubuhkan 100 Malakat Mall di seluruh Malaysia bakal menjadi realiti sekiranya kita sama-sama bersatu hati untuk mewar-warkan usaha ini kepada seluruh masyarakat Islam. Peluang yang ditawarkan bukan setakat itu sahaja, terdapat lebih banyak lagi peluang yang bakal di kongsikan kepada pengguna Islam khasnya dan pengguna non-muslim amnya.

Sila tonton video lawatan rasmi oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke Malakat Mall yang terletak di CyberJaya pada 4 Januari 2020 !




Berikut adalah laporan khas dari Melayu Bangkit News tentang lawatan dari Datuk Mufti tersebut.

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan para usahawan menyertai Malakat Mall jika ia boleh memberi keuntungan.

Beliau yang dibawa meninjau pusat beli belah Malakat Mall sebelum ke tapak projek Raudhah Ville dan Kompleks Brainy Bunch di Raudhah City itu berkata, dengan perancangan yang elok, tidak mustahil ia akan jadi yang baik dan akhirnya orang akan cari kita.


Beli barangan Muslim secara umum sudah dijawab dan apa yang penting ialah perlu dilihat secara keseluruhan.

“Kita kena lihat secara keseluruhan mengikut apa yang diperkatakan oleh Rasulullah dan merangkumi kesemuanya termasuk makanan dan minuman yang halal dan berkualiti.

“Sekarang ini, macam-macam pusat beli belah muncul. Apa yang perlu ditekankan ialah harga yang murah, jenama dan kualiti bagi memberi daya penarik kepada pelanggan,” katanya yang ditemani Pengasas Brainy Bunch dan Raudhah City, Fadzil Hashim dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali mengadakan lawatan ke bandar Islam moden pertama di dunia.

Dr. Zulkifli ketika ditemui berkata, inisiatif yang dilakukan Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City adalah usaha yang baik dalam memberi kehidupan yang selesa mengikut syariat.


Jelasnya, usaha ini cukup baik kerana ia dilengkapi dengan sistem pendidikan.

“Secara fizikalnya, saya tengok ada kekemasan dan kemampuan dalam pendidikan. Jika diukur ini adalah langkah pertama sebenarnya. Banyak lagi langkah perlu dilalui hingga sampai ke universiti.

“Untuk sampai ke peringkat lebih tinggi kita perlukan kebijaksanaan yang amat luar biasa dan cara yang sistemik dalam mencapai wawasan luar biasa selain disertakan semangat yang kental,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fadzil berkata, lawatan itu adalah lawatan balas selepas pihaknya berkunjung ke pejabat mufti pada Disember lalu di Putrajaya.

“Beliau berminat untuk datang ke sini kerana sebelum ini hanya dengar-dengar mengenai Raudah City dan Brainy Bunch. Beliau memberi maklum balas positif terhadap usaha yang kami jalankan ini. Saya jelaskan modul perniagaan, visi dan misi kita. Beliau turut mendoakan kejayaan dan melihat ruang yang boleh dibantu.

“Kita perlukan sokongan, jadi saya harap beliau dapat menguar-uarkan usaha ini, bukan untuk perjuangan individu tetapi untuk semua dan kita telah membuka peluang ini,” katanya

~ MBNews

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *