Bentengi Diri dan Keluarga Dengan Berdoa
Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah ke blog saya. Pertama sekali suka sekali saya berkongsi kepada anda tentang amalan yang dianjurkan oleh nabi kita, baginda Rasulullah Sollallahhua'alaihiwasallam mengenai berdoa.
Terdapat banyak amalan dan doa yang terdapat di dalam Al-quran yang sepatutnya kita sama-sama pelajari dan mengamalkannya. Inilah sahaja wasiat yang baginda telah tinggalkan kepada di mana jika kita berpegang teguh kepadanya insyaallah kita akan selamat di dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan sunnah.
Dikesempatan ini saya ingin berkongsi kepada anda amalan doa untuk membentengi diri untuk sama-sama kita amalkan. Insyaallah dengan keyakinan dan harapan sepenuhnya kepada Allah pasti diri dan keluarga selamat dari musibah.
Ayat Berkubu
Maksudnya : Aku berlindung daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah.
Cara mengamalkannya.
1) Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2) Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3) Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4) Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5) Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Terdapat banyak lagi doa yang boleh kita amalkan untuk membentengi diri dan keluarga kita dari gangguan dan musibah. Sebagai rujukan lain anda anda boleh dapatkan dalam bentuk PDF di sini.
Sebagai ingatan bersama, ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan bergantung harap 100% kepada Allah. Jangan berputus harap kepadaNya kerana ia sentiasa mendengar dan melihat setiap apa yang nyata dan yang tersembunyi.
Semoga doa yang dikongsikan menjadi amalan kita dalam usaha membentengi diri dari dan keluarga kita kelak. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.