Salam hormat dan terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Berdasarkan tajuk post kat atas, agak-agak apa yang saya cuba ingin terangkan. Baiklahh..
Kali ni apa yang ingin saya kongsikan kepada anda adalah tentang mendidik anak merupakan amanah Allah. Saya terpanggil untuk berkongsi di blog ini kerana masalah isu semasa yang disebabkan kurangnya didikan agama diterapkan pada sesebuah keluarga. Idea asal adalah daripada khatib yang membaca khutbah jumaat hari ini.
Khatib menyebut tentang mendidik anak perlulah dilakukan sejak dari kecil lagi. Anak dilahirkan bersih dan ibu bapalah yang mencorak anaknya menjadi baik ataupun tak baik.
Khatib ada menyentuh langkah-langkah mendidik anak supaya menjadi yang terbaik dan berikut adalah langkah-langkahnya.
1) Mendidik anak mendirikan solat.
Solat adalah tiang agama dan ia menjadi tunggak kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Perkara pertama yang perlu ditekankan adalah solat. Didiklah anak agar mereka faham mengapa perlu mendirikan solat.
Untuk memperincikan langkah ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang bagaimana Wardina Safiyyah mendidik anaknya tentang solat. Saya terjumpanya dari Google dan ia merupakan Notes dari FB Fan Page beliau sendiri yang bertajuk "Berbaloi Penat Lelah Ku...". (klik logo FB jika ingin membaca terus notes beliau). Bagi saya ia satu cara mendidik yang boleh dijadikan contoh dan berikut perkongsiannya.
“BERBALOI PENAT LELAH
KU…”

Dear
Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i
feel
that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna
to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday…we had a talk…(check note lama) tapi
preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt
missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of
that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik
memang LIAT nanti….But
it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal – kena make
sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat
together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the
house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class,
i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah
peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say
“Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good
Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya
Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:-
kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti
– buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak
meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab
nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching
us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves
us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu
jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the
fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja
SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown
ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we
have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun
pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have
to, and we have to do it with LOVE
diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her
on her tapak tangan slowly,
just as a reminder. After that i hug her and
tell her i love her, and i
just want her to remember – and guess what?? memang dia
ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat
solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i
tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat
terus bila bangun.
Macam
ni ceritanya, i told Amna,
kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat
sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking
for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat
dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she
did all by herself…. i pun told her how happy and how proud
i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna
ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at
Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want
us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart,
intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good
QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right –
solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!!
Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan
WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan
terus…fahamkan?
|
|
2) Pembentukan akhlak
Ibubapa adalah tauladan terbaik untuk anak kita contohi. Ajarlah anak-anak tentang kebaikan seperti sifat amanah, jujur, ikhlas, hormat orang tua, bercakap benar dan lain-lain sifat mahmudah. Jangan pandang mudah tentang apa yang kita lakukan, kerana setiap apa yang kita lakukan adalah model pengajaran buat anak-anak.
Semoga dua langkah utama ini membantu anda mendidik anak anda menjadi insan yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Insyaallah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.