Cara Membezakan Sakit Jantung dan Sakit Dada


Siapa yang tak risau apabila diserang sakit dada yang berpanjangan ? Sekejap elok, sekejap tak elok, sekejak sakit, sekejap tak sakit. Siapa yang tak risau tiba-tiba sakit dada setiap kali menarik nafas. Macam-macam bermain diminda. Mulalah terfikir adakah ia berkaitan dengan penyakit jantung.

Mengikut kata pakar kesihatan terkemuka Dr. Rob Lamberts menyatakan tidak semestinya jika kita sakit dada ia berkaitan dengan penyakit jantung.

Saya bukanlah pakar dalam bidang perubatan ni. Buat pengetahuan anda, tujuan post ini adalah kerana saya kongsikan adalah kerana mahu merungkai persoalan yang bermain difikiran saya untuk membezakan sakit jantung dan sakit dada.

Pengalaman melihat seorang pemandu terbabas


Pernah suatu ketika saya berada di pekan Banting, betul-betul berdepan dengan kedai gunting rambut Bunga Raya pada jam lebih kurang 7.30mlm saya melihat sendiri sebuat kereta Camry yang dipandu oleh seorang berbangsa cina tiba-tiba melanggar pembahagi jalan.

Kebetulan saya memang baru keluar dari kedai gunting rambut tersebut dalam langkah menuju ke kereta saya. Agak terkejut pada waktu tu ketika berjalan bersama isteri melihat sebuah kereta tiba-tiba sahaja terbabas melanggar pembahagi jalan dan berhenti betul-betul di atas pembahagi jalan.

Saya hanya dapat lihat keadaan pemandu yang mungkin telah pengsan. Dalam kekalutan tu orang ramai datang berkerumun untuk menolong. Saya dan isteri melihat dalam keadaan terkejut dan kebetulan saya dan isteri mengejar waktu untuk solat Maghrib maka kami berlalu pergi.

Dalam kepala saya ketika itu, mungkinkah kerana pemandu itu diserang penyakit jantung. Setahu saya, serangan sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa TANPA diduga. Itu hanya pandangan saya sahaja. Tapi pengalaman yang saya kongsikan diatas bukanlah nak bercerita tentang kejadian kemalangan tu, tujuan saya untuk menyatakan 'first impression' saya ketika melihat kejadian itu sahaja. Jangan salah anggap pulak yer.

Gejala khas Serangan Sakit Jantung


Lama saya terfikir tentang fakta statistik penyakit TERTINGGI menyerang pesakit di Malaysia adalah penyakit jantung. Maka saya pun tercari-cari apakah gejala yang menyebabkan serangan sakit jantung. Jadi di sini saya kongsikan di antara gejala seperti mana yang dikongsikan dari salah satu laman web produk herba di Indonesia bernama DeHerba. Sangat menarik untuk dikongsi buat pengetahuan pembaca budiman.

Di antara gejala khas serangan sakit jantung adalah seperti berikut :

1) Dada terasa sesak dan berat untuk bernafas

Nak kata sesaknya nafas mungkin anda pernah lihat bagaimana seorang pesakit asma menghadapi masalah pernafasan sebelum mendapat bantuan oksigen. Begitulah keadaan yang anda boleh bayangkan.


2) Mengeluarkan keringat, perut terasa mual, dan timbul perasaan cemas

Keadaan ini berlaku kesinambungan daripada situasi sesak nafas tadi.

3) Rasa sakit yang menjalar

Leher terasa sakit, yang diikuti oleh rasa sakit pada lengan kiri dan rahang, di bagian belakang perut, dan juga terjadi pada salah satu bahu.

4) Denyut jantung berdegup kencang atau lebih cepat dari biasanya

Dalam masa yang sama, badan juga tiba-tiba merasa sangat lemas. Dan yang patut diperhatikan gejala-gejala berbahaya di atas boleh terjadi sekalipun anda sedang beristirehat ataupun tidak melakukan aktiviti.

Namun demikian, gejala di atas juga boleh berlaku setelah anda selesai beriadah, setelah menghabiskan menu makan besar, atau ketika sedang dalam tekanan/stress.


Walaubagaimanapun, jika anda menghadapi gejala awal seperti di atas, anda dinasihatkan jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Sakit Dada Yang BUKAN Serang Jantung


Selama ini saya sangka JIKA kita menghadapi sakit dada, maka ia kemungkinan besar menjadi tanda untuk mendapat serangan sakit jantung. Rupanya sangkaan saya salah.

Berikut adalah tanda-tanda sakit dada yang BUKAN termasuk dalam serangan sakit jantung.


1) Sakit dada ketika sedang batuk

Ketika anda merasakan rasa sakit di dada ketika batuk maka jangan khuatir kerana bukanlah termasuk gejala serangan jantung namun ia tetap harus dirawati. Penyebabnya adalah virus yang dijangkiti dalam pernafasan yang kita tidak sedari.


2) Rasa sakit pada rusuk

Biasanya sakit pada rusuk diakibatkan oleh timbulnya penyakit lain seperti herpes zoster.

3) Rasa sakit pada otot atau tulang dada

Hal ini dianggap wajar dan kerap terjadi justeru pada orang yang meningkatkan kegiatan fizikalnya.


4) Tulang rusuk yang patah

Sakit dada yang dialami seseorang juga boleh terjadi sekiranya adanya tulang rusuk yang patah oleh pelbagai sebab seperti jatuh, bergaduh, dan lainnya.

5) Pneumothorax

Yakni adanya masalah pada paru-paru yang menyebabkan sakit di dada sehingga mengakibatkan sesak nafas.

6) Darah beku pada paru-paru

Keadaan ini yang disebut juga dengan emboli, akan menyebabkan keadaan sakit dada yang amat sangat. Jika ini berlaku, cepat-cepat berjumpa dengan doktor pakar.

7) Penyakit tulang belakang

Anda pasti pernah dengar penyakit kegagalan saraf tulang belakang. Hal tersebut boleh menyebabkan rasa sakit di dada yang juga sangat mengganggu.


Kesimpulan

Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Betul tak ? Apa yang saya kongsikan adalah dari sumber yang dirumuskan oleh salah satu laman web yang saya nyatakan di atas. Saya harap ia membantu anda untuk kenalpasti apakah perbezaan di antara sakit jantung dan sakit dada yang kadang-kadang boleh menjadi salah faham oleh kebanyangan orang.

Semoga jumpa lagi di lain post, insyaAllah. Kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi yer !



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *