13 December 2015

3 Teknik Pemasaran Cara Lama TAPI Masih Berkesan


Susah dapat jualan ? Kalau soalan itu dah bermain dalam kepala saya pasti saya takkan kongsi dalam post di blog ni yang bertajuk 3 teknik pemasaran cara lama TAPI masih berkesan sehingga ke hari ini.

Saya ingin kongsikan beberapa tip pemasaran cara lama yang berkesan ni istimewa kepada anda yang sudi menjengah blog. Anda untunglah sebab jumpa blog ni. (Ayat poyo jerrr...hehehe). Oklah ...tak perlu buang masa, saya terus ke maklumat yang anda cari.

Sebelum tu saya cerita sikit tentang minat saya yang suka mendalami ilmu pemasaran cara senyap ni. Maksud saya cara online ler. Saya suka study tentang apakah teknik pemasaran yang terbaik masa kini.

Kalau betul-betul nak selak bab pemasaran sebenarnya banyak sangat teknik pemasaran yang wujud kini. Sebagai contoh dari buku " Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan " yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman bersama saudara Aqif Azizan tentang pemasaran yang berkesan. Dalam buku tu tertera 40 strategi pemasaran yang dijamin berkesan. Buku ini memang padat dengan idea dan tips. Anda hanya perlu praktikkan sahaja. Kulit depan macam dalam gambar di bawah ni. Anda cari buku tu dan baca sendiri !




3 Teknik Pemasaran Cara Lama TAPI Masih Berkesan


1) Pemasaran Word-Of-Mouth

Keberkesanan teknik ni memang tak boleh disangkal lagi. Teknik ni sangat legend. Orang lebih percaya cakap orang yang dikenali daripada yang tidak dikenali.

Sebagai contoh, si Abu suka servis kereta di bengkel ABC. Lebih 10 kali si Abu pergi servis kereta di bengkel ini dan dia berasa puas hati. Apa kebiasaannya si Abu akan buat jika salah seorang kawannya bertanya kepadanya (katakanlah si Ali) tentang bengkel mana servis kereta terbaik. Sudah pastilah si Abu akan cadangkan bengkel ABC...betul tak ?

Itulah contoh mudah untuk faham teknik pemasaran Word-Of-Mouth.

Dalam sudut online pulak, jika anda dapat memberi servis terbaik perniagaan dalam bidang anda, pasti pelanggan anda akan mencadangkan laman web perniagaan anda. Sebagai contoh, anda telah tetapkan janji anda untuk menyiapkan design website pelanggan dalam masa 24 jam dan anda mampu sampaikan pesanan pelanggan kurang dari 10 jam, dah pasti pelanggan akan berasa puas hati dengan servis anda.

Kepuasan pelanggan itulah yang menyebabkan pelanggan sanggup iklankan perniagaan tanpa dipaksa. Senang cerita paksa rela.


2) Hubungan Peribadi / Personal Touch

Teknik ni macam ini sebenarnya ada satu memori tentang pelanggan terutamanya tarikh lahir mereka. Kalau anda dapat simpan semua data pelanggan ia menjadi lebih baik. Setiap kali tiba tarikh kelahiran pelanggan anda, anda hantar poskad ucapan selamat hari lahir kepada pelanggan anda.

Ataupun apabila muncul hari perayaan, anda boleh hantar kad ucapan hari raya kepada mereka. Teknik ni benar-benar personal touch dan ia cukup berkesan jika anda dapat praktikkan.

Tak perlu lihat pelanggan anda, kita sendiri pun kalau terima kad ucapan ulangtahun kelahiran sebagai contoh dari Syarikat RichWorks pun dah rasa bangga dalam hati kan ! Betul tak ?


3) Edar Risalah

Biasanya anda akan nampak di mana-mana expo, hyper market dan stesen minyak Petronas masih ada peniaga yang masih menggunakan kaedah ini. Kalau kat pasaraya besar biasanya amoi-amoi yang cantik-cantik akan mengedarkan risalah tentang tawaran terbaru, promosi diskaun dan sebagainya kepada anda.

Kalau kat stesen minyak Petronas pula, anda akan nampak longgokan risalah ataupun pamplet iklan tentang sesuatu produk, servis atapun peluang bisnes di kaunter bayaran untuk membeli minyak petrol/diesel.

Walaupun zaman kini dah online TETAPI kat Malaysia, teknik ni masih lagi berkesan.

Antara contoh lain, ada yang menggunakan cara selitkan risalah di dalam surat khabar. Kebiasaanya pekedai atau penjual surat khabar akan mengenakan caj untuk RM0.20 - RM0.50 sekeping mengikut kawasan bagi servis seperti ni.

Anda dapat tak mesej kat sini ?

Saya harap cukuplah perkongsian saya tentang 3 teknik pemasaran cara lama tapi masih berkesan sehingga ke hari ini. Diharap ia dapat membantu anda perniagaan anda.


Kesimpulan

Apa jua teknik pemasaran yang kita praktikkan, pastikan kita lihat teknik mana yang kita dah uji dan ia berkesan terhadap jualan anda. Seperti saya katakan di atas, sebenarnya banyak teknik pemasaran yang kita boleh cuba praktikkan cuma kaedah ataupun cara sahaja kita perlu mempertajamkan.

Nak tak saya kongsikan satu kaedah pemasaran gerilla dan extreme untuk meningkatkan jualan berganda anda melalui Teknik DutaNaga.

Pernah dengar nama DutaNaga ? Saya pernah kongsikan dalam blog ni. Sebenarnya saya sedang praktikkan ilmu pemasaran di sini dan ia cukup membantu perniagaan saya. Alhamdulillah. Anda boleh baca post saya tentang DutaNaga DI SINI !



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *