Kepentingan Seni Pertahanan Diri..?
Seni pertahanan diri atau seni bela diri ialah kemahiran yang dimiliki oleh seseorang melalui gerak berseni seperti jurus, langkah, kunci dan sebagainya. Di negara kita terdapat banyak jenis seni bela diri seperti silat, tae kwan do, kung fu, tomoi, karate dan sebagainya. Menguasai ilmu seni bela diri atau seni pertahanan diri menjadi satu keperluan masa kini kerana statistik jenayah pada tahap yang membimbangkan. Lihat gambar statistik di bawah.
Sumber gambar : Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Antara kepentingan mempelajari seni pertahanan diri adalah :-
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pertahanan diri yang diceburi.
- Mengelakkan diri remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang negatif.
- Memastikan tahap kesihatan tubuh badan yang sempurna.
- Mampu menjana stamina yang lebih mantap dan daya pemikiran yang lebih cerdas.
- Membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat.
- Menjadikan kita lebih berdisiplin.
- Dapat membina dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.
- Dapat melindungi diri dan keluarga daripada ancaman bahaya atau disakiti oleh orang lain.
- Mengurangkan kejadian yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.
- Mewujudkan keadaan aman dan makmur di sesebuah kawasan kejiranan.
- Memupuk semangat kerjasama dan semangat perpaduan.
- Menyumbangkan pendapatan sampingan kepada sesetengah orang.
Cuba anda bayangkan situasi anda menghadapi saat genting di mana anda berhadapan dengan penjenayah / penjahat yang ingin mengugut atau membinasakan anda. Pada saat itu, anda perlu membuat tindakan yang paling tepat bagi mengatasi atau melemahkan mereka.
Mangsa jenayah
Kebanyakan mangsa jenayah adalah dari golongan wanita dan penjenayah sering mensasarkan golongan ini untuk kerja jahat mereka. Mungkin ada segelintir dari wanita yang tidak menitik beratkan langkah berjaga-jaga seperti menguasai ilmu mempertahankan diri. Memahami sedikit asas bagaimana bertindak mempertahankan diri dapat menyelamatkan maruah mereka sendiri. Apa kata anda ?
Kesimpulan yang saya boleh nyatakan di sini ialah seni bela diri atau seni pertahanan diri adalah salah satu langkah persediaan menghadapi jenayah yang tidak diundang selain sentiasa menadah tangan memohon doa kepada Allah agar melindungi kita dari sebarang musibah. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.