6 Langkah Agar Jantung Kekal Sihat
Semua orang ingin jantung mereka sihat. Termasuk juga diri saya. Siapa yang tidak inginkan jantung yang sentiasa berfungsi secara konsisten mengepam darah secara normal melalui saluran darah di seluruh angota badan kan!
Saya ingin berkongsi kepada anda 6 langkah agar jantung kita sentiasa kekal sihat. Artikel ini saya dapat dari perkongsian di salah satu blog di www.ngopo.com. Menarik untuk sebegagai pengetahuan tambahan dan peringatan bersama.
Berikut adalah langkahnya :
1) Tidur Yang Berkualiti
Waktu tidur yang berkualiti adalah diantara 6 hingga 8 jam. Sekurang-kurang 6 jam TANPA gangguan atau lebih senang tidur yang tenang. Tidur yang berkualiti pada setiap malam tidak lebih dari 9 jam.
Tidur yang cukup merupakan kunci kesihatan dan membantu sistem metabolisme badan secara lebih baik. Kurang tidur dapat meningkatkan risiko kronik lainnya seperti obesiti.
2) Kegiatan Sehari-Hari
Kegiatan harian yang ideal adalah terdiri dari 10,000 langkah atau lebih. Maksudnya berjalan 10,000 langkah sehari adalah bersamaan dengan melakukan sekitar 150 minit aktiviti normal setiap minggu.
NHLBI mengatakan aktiviti fizik secara teratur bermanfaat bagi kesihatan jantung, memperkuat otot jantung, menurunkan risiko arteri tersumbat, dan membantu mengawal berat badan.
3) Kolesterol dan Trigliserida
Ideal:
LDL - 100 atau kurang
HDL - 60 atau lebih
Trigliserida - 150 atau kurang
LDL atau kolesterol buruk dapat menyumbat arteri.
HDL atau kolesterol baik adalah jenis yang menghilangkan hal buruk seperti racun di dalam tubuh.
Trigliserida adalah lemak yang ditukar dari kalori yang tidak terpakai yang mengalir dalam darah. Bila jumlahnya kurang, maka mempunyai risiko diserang penyakit jantung.
Oh yer...jika anda ingin mengurangkan kadar kolesterol dalam darah terutamanya saluran arteri ke jatung, anda boleh cuba amalkan minum Jus Kesihatan Heritage Gold setiap 2 sudu teh (plastik) sebelum sarapan pagi. Insya Allah memberi kesan.
4) Tekanan darah
Tekanan darah yang ideal adalah kurang dari 120/80. Jumlah tekanan darah diastolik menunjukkan tekanan dalam arteri saat kontraksi dengan otot jantung. Menurut (AHA) angka tersebut menunjukkan tekanan denyutan jantung ketika jantung diisi dengan darah.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi biasanya disebut "silent killer" atau membunuh secara diam-diam karena biasanya penyakit ini tidak menimbulkan gejala.
Menurut AHA bila penyakit ini tidak dirawati, tekanan darah tinggi dapat menyebabkan beberapa penyakit merbahaya seperti, penyakit jantung, serangan jantung, gagal jantung kongestif,kerosakan ginjal, kehilangan penglihatan, hilang ingatan, terdapat cairan di paru-paru, sakit dada, serta penyempitan arteri di lengan, kaki, perut dan kepala.
Satu kali saja tekanan darah meningkat akan membawa pada hipertensi. Di mana tekanan darah sistolik melonjak ke 180 atau lebih atau diastolik akan mencapai 110 atau lebih.
5. Buah-buahan dan sayur-sayuran
Pengambilan buah dan sayuran yang ideal adalah lima hingga sembilan hidangan sehari. Menurut AHA satu hidangan buah cukup untuk menjaga kesihatan jantung. Seperti 1/2 cawan jus epal segar, 1/4 cawan buah kering atau 1/2 cawan jus buah alami.
Satu hidangan sayuran adalah satu cawan sayuran berdaun mentah, 1/2 cawan sayuran segar, sayuran beku, atau 1/2 cawan jus sayuran. AHA mencadangkan untuk mengambil setidak-tidaknya setengah piring buah-buahan dan sayuran setiap kali anda makan.
Sayuran dan buah-buahan mengandung nutrisi dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
6. Indeks Massa Tubuh (BMI)
BMI yang ideal adalah kurang dari 25, The National Heart, Lung, dan Blood Institute (NHLBI) mendefinisikan indeks massa tubuh sebagai ukuran lemak tubuh berdasarkan tinggi dan berat badan.
BMI yang tahap 25 atau lebih tinggi dianggap kelebihan berat badan, menurut NHLBI. Sebuah BMI 30 atau lebih tinggi sudah dianggap obesiti. Semakin tinggi BMI kamu, semakin besar risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi serta masalah kesehatan lainnya.
Saiz pinggang merupakan indikator kesihatan jantung. Jika sebahagian besar lemak di perut, sangat berisiko lebih tinggi diserang penyakit jantung serta diabetes tahap 2.
Itulah diantara 6 langkah agar jantung tetap sehat. Semoga dapat membantu anda dalam menjaga kesehatan dan mencegah terjadinya penyakit jantung. Kerana Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati !
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.