Breaking News

Bisnes Internet

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate



Setiap ejen affiliate mengimpikan kejayaan memperolehi komisen yang lumayan dalam bisnes affiliate. Namun begitu majoriti ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan walaupun telah lama berkecimpung dalam affiliate.

Mengikut kajian pakar, purata 85% ~ 90% ejen affiliate gagal menjana komisen lumayan secara konsisten. Kebanyakan mereka berhenti di tengah jalan kerana merasa sukar untuk menjana komisen dari bisnes affiliate.

Seingat saya ketika mula-mula aktif dalam bisnes affiliate, terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan. Sehingga saya tak pasti produk mana yang saya harus fokus untuk menjana komisen.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan dalam bisnes affiliate adalah kesalahan memilih program affiliate, menyertai terlalu banyak program affiliate dan tidak membeli produk yang ingin dijual.

Sekiranya anda faham kaedah yang pakar affiliate sering praktikkan untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan, berkemungkinan 3 cara yang saya terangkan pada perenggan berikutnya bakal membantu anda.

3 Cara Untuk Kekal Lama Dalam Bisnes Affiliate 

Anda praktikkan untuk bisnes affiliate anda.

1) Website Unik

Mempromosi satu produk affiliate untuk satu website lebih tinggi potensi conversion berbanding satu website untuk mempromosi banyak pilihan produk. Sekiranya anda ingin menjana komisen affiliate yang lumayan anda perlu sediakan satu produk untuk satu website.

Anda kongsikan produk review yang menarik serta manfaat kepada prospek pelanggan. Anda juga harus masukkan beberapa testimoni pelanggan yang telah mendapatkan produk tersebut. Berikan keyakinan kepada produk yang anda promosikan.

Bina ayat iklan ataupun ayat copywriting yang mengancam. Tarik perhatian mereka melalui penulisan iklan yang menarik seperti mana yang diajar dalam panduan Junior Copywriting oleh saudara Faris Osman.


2) Tawarkan Produk Per.cuma (Kumpul Database)

Anda perlu kumpul database prospek untuk didaftar dalam sistem emel autoresponder anda. Mengumpul database adalah kaedah majoriti pakar affiliate praktikkan dan ia masih efektif sehingga ke hari ini.

Anda boleh tawarkan produk sebagai contohnya laporan, ebook, video tutorial dan apa jua yang berkaitan dengan niche produk yang anda ingin promosi. Sekiranya prospek berminat, mereka perlu masukkan maklumat seperti Nama, Emel dan No Telefon.

Anda kumpulkan sebanyak mungkin database yang targeted untuk memudahkan anda melakukan pemasaran produk affiliate yang anda ingin promosi.

Sebagai contohnya seperti mana usahawan internet bernama Rahman Basri lakukan untuk produk premium beliau iaitu Jualan Pro dengan menawarkan panduan untuk menambah pelanggan melalui blog secara Percu.ma ini.


3) Menulis Artikel Untuk Tingkatkan Trafik

Penulisan artikel cukup efektif untuk meningkatkan trafik website. Anda harus rajin menulis artikel sekurang-kurangnya 2 artikel seminggu. Sekiranya anda kurang mahir menulis anda boleh mengupah penulis freelance ataupun dipanggil sebagai ghost writer.

Artikel yang panjang sekurang-kurangnya 300-600 patah perkataan itu anda boleh kongsikan dalam website atau blog yang berautoriti tinggi.

Jika anda berjaya mencapai 1,000 trafik untuk website affiliate anda, sekurang-kurangnya anda mendapat 10 jualan mengikut kajian pakar.

Teknik pemasaran video juga boleh membantu untuk meningkatkan trafik website anda. Anda buat artikel berbentuk video kemudian anda upload di Youtube.

Ketiga-tiga cara di atas tak susah untuk anda praktikkan. Sekiranya anda buat dan terus buat tanpa mengenal erti putus asa, insyaAllah matlamat untuk kekal lama dalam bisnes affiliate dan menjana komisen lumayan pasti tercapai kelak.

Semoga perkongsian ini membantu membuka minda anda untuk terus maju dalam bisnes affiliate kelak.

Andaikata perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda ya !

Sekian. Terima kasih. Wasalam.




No comments

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_68_1_305|https://2.bp.blogspot.com/-TmtS8G4iKG0/W74Tftk1rUI/AAAAAAAAOjk/_6OZQrCg9TEUwp9m6AxiLg9Ke6fK9FANQCEwYBhgL/s1600/banner-blog.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz