07 May 2020

9 Cara MURAH Untuk Menarik Pelanggan (Cara #5 Peniaga Online Perlu Buat)



Peniaga sering menghadapi masalah untuk cara bagaimana untuk menarik pelanggan. Tambahan pula peniaga yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan mereka. 
Bolehkah peniaga yang baru memulakan perniagaan boleh menarik pelanggan dengan cara yang murah ?

Persoalaan ini bakal dijawab dengan cara-cara yang saya telah kongsikan di bawah ini. 


1) Cara 'Word of Mouth' Masih Berkesan

Penghebahan maklumat penting untuk apa-apa jenis perniagaan sekali pun. Word of Mouth masih berkesan kepada jualan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.

Teknik ini sangat Legend. Orang lebih percaya cakap orang yang dikenali daripada yang tidak dikenali.

Sebagai contoh, si Abu suka servis kereta di bengkel ABC. Lebih 10 kali si Abu pergi servis kereta di bengkel ini dan dia berasa puas hati. Apa kebiasaannya si Abu akan buat jika salah seorang kawannya bertanya kepadanya (katakanlah si Ali) tentang bengkel mana servis kereta terbaik. Sudah pastilah si Abu akan cadangkan bengkel ABC...betul tak ?

Itulah contoh mudah dan murah untuk anda faham tentang cara pemasaran Word Of Mouth.


2) Beri 'PERCUMA' Sesuatu Yang Istimewa

Cara ini juga mudah dan murah untuk dilakukan untuk menarik pelanggan. Berikan hadiah percuma kepada prospek yang berpotensi menjadi pelanggan.

Anda pasti pernahkan mendapat hadiah dari sesuatu kedai kan. Sebagai contoh kedai car wash. Mereka akan memberi satu kad untuk di cop bagi setiap pencucian kenderaan pelanggan. Cukup 10 kali cucian, pelanggan anda dapat satu cucian secara percuma.

Ada lagi contoh lain sekiranya anda membuka kedai makanan. Setiap belanja lebih dari sekian-sekian harga, anda akan mendapat segelas air jus buah secara percuma.

Banyak lagi idea untuk memberi sesuatu hadiah secara PERCUMA kepada pelanggan.

Sebaiknya anda rekod setiap urusniaga yang dilakukan untuk anda tahu untung atau rugi perniagaan pada setiap hujung bulan.


3) Tawarkan DISKAUN

Cara ketiga ini sangat biasa bagi rakyat Malaysia. Tambahan lagi pada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang telah bertukar kepada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang tentu akan lebih banyak tawaran diskaun akan muncul pada 4 May 2020 (besok) kelak.

Ikut kajian kebanyakan pakar copywriting (ayat iklan) yang saya rujuk di dalam dan luar negara, perkataan DISKAUN sangat disukai oleh kebanyakan pelanggan wanita.

Perkataan JIMAT pula sangat disukai oleh kebanyakan bakal pelanggan lelaki. Anda gunakan sebaik mungkin dan fokus siapakah prospek pelanggan yang sesuai dengan perniagaan anda.

Anda ambil kesempatan ketika musim-musim perayaan, jualan hujung tahun atau apa-apa jua percutian umum yang ada di Malaysia.

Ada juga sebahagian peniaga memberi diskaun sempena hari kelahirannya dan banyak lagi. Kita cuba tengok cara yang ke empat pula...


4) Buat 'CONTEST' Memukau

Cara ke empat pula adalah anda buat pertandingan ataupun contest kepada prospek pelanggan. Perkara ini mungkin anda pernah lihat dan dengar daripada seseorang peniaga semasa Facebook Live. Dengan hanya Share content video live di mana-mana Group FB, mereka layak mendapat hadiah wang tunai ke, barang percuma ke dan sebagainya.

Jika anda melakukan contest seperti ini sangat efektif untuk menarik pelanggan.

Anda perlu kretif dan inovatif untuk melakukan contest. Kalau boleh buat contest yang berlainan dengan peniaga yang lain.


5) Website Bisnes

Memiliki website bisnes merupakan satu kemestian pada zaman teknologi serba canggih ni. Ambil kesempatan yang wujud masa kini. Kita lihat sendiri berapa ramai yang memiliki smart phone. Majoriti mereka yang melayari internet menggunakan smart phone. 

Sangat rugi sekiranya anda tidak memiliki website bisnes anda sendiri.

Sekiranya anda ingin menarik pelanggan dengan cara murah anda boleh menggunakan platform Blogger.com. Saya sendiri menggunakan platform percuma ini untuk memasarkan produk affiliate dan kedai online saya.

Penggunaan website juga mampu memperluaskan lagi perniagaan anda di merata dunia. Sebagai peniaga baru terutamanya perlu memiliki website bisnes untuk menarik pelanggan.

Sekiranya anda berminat untuk belajar cara buat website anda sendiri dan anda tak perlu bayar apa-apa pun. Sila klik sini !


6) Optimum Penggunaan Sosial Media

Sosial Media merupakan platform termurah untuk menarik pelanggan. Jangan pandang enteng platform ini. Saya yakin anda pasti sudah pun memiliki akaun sosial media seperti Facebook, Twitter, Telegram, Instagram dan sebagainya. 

Anda perlu belajar cara betul untuk menarik pelanggan di sana. Peniaga yang berhemah dan bijak akan menggunakan sosial media sebaik mungkin untuk meningkatkan jualan. Optimumkan penggunaan sosial media yang wujud kini.

Tunjukkan kekuatan bisnes anda berbanding bisnes orang lain. Buat lebih banyak perkongsian dan engagement dengan rakan dan kenalan anda di sosial media.

Anda boleh iklan di FB page, FB profile, FB group terutamanya dan share konten yang memberi manfaat. Mungkin ia mengambil masa yang agak lambat tetapi jika konsisten dengan follow, add friend dan kongsi informasi bermanfaat ia bakal membina kredibiliti anda dan perniagaan anda. IsyaaAllah.


7) Edar Flyer

Cara ini cukup legend tetapi masih berkesan untuk menarik pelanggan pada kos yang minimum. Anda boleh edarkan flyer melalui surat khabar. Anda cari kedai-kedai yang menjual surat khabar kemudian anda deal dengan tuan kedai untuk meletakkan flyer-flyer perniagaan anda. Kebiasaannya mereka akan mengenakan caj bagi setiap flyer.

Anda juga boleh mengedarkan sendiri flyer untuk minimumkan kos pemasaran. Sedikit sebanyak cara ini boleh memberi impak untuk menarik pelanggan.


8) Menjadi Sukarelawan

Cara ini mungkin tak sepopular cara lain. Tetapi jika anda ikhlas menjadi sukarelawan bagi mana-mana persatuan, NGO, masyarakat setempat dan sebagainya sebenarnya anda boleh menarik pelanggan dengan cara yang murah. 

Ini satu pilihan sebenarnya. Saya yakin tak semua orang mampu melakukannya. Implikasinya tetap ada.

Konsep ini sangat dituntut dalam Islam. Kesannya ada sekiranya melakukan dengan hati yang ikhlas. Ukhwah yang terjalin diantara masyarakat sekeliling menjadikan komunikasi adalah antara penting anda ahli demi kemaslahatan ummah.

Anda boleh cuba cara ini sekiranya anda ingin tahu kesannya. InsyaAllah.



9) Daftar Bisnes Direktori Tempatan

Sekiranya anda ingin mengembangkan bisnes anda dengan lebih meluas dan mudah untuk dicari oleh prospek pelanggan, anda boleh daftar perniagaan anda di Google Places, Bing Places, Yahoo Local . Sekiranya cara ke #5 di atas anda telah lakukan, ia lebih berkesan.

Cara ini masih murah dan ia percuma sahaja. Mungkin ia mengambil masa yang agak lama sedikit untuk perniagaan anda di index di enjin carian tetapi ia cukup berbaloi untuk permulaan. Anda pasti tak akan menyesal.


Kesimpulan

Peniaga yang bijak akan memilih cara yang ekonomi dan murah untuk menarik pelanggan. Walaupun cara berbayar lebih baik tetapi sekiranya anda peniaga baru dan ingin menjimatkan kos menarik pelanggan untuk kenal bisnes anda, cara-cara di atas mungkin membantu.

Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada anda dan perniagaan anda.

Sekian. Terima kasih. Semoga jumpa lagi pada post yang akan datang. InsyaAllah.



Ada Sesiapa Nak Download Ebook PERCUMA Strategi Tarik Pelanggan Menggunakan Blog kat Bawah ni ?
Sila DOWNLOAD sekarang !
(Klik pada gambar)



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *