16 March 2020

8 sebab kenapa kita PERLU sokong kempen Beli Produk Muslim ?



Saya tertarik dengan pandangan Tuan Aminuddin Yahaya tentang sebab kenapa kita perlu sokong Kempen Beli Produk Muslim. Pada artikel kali ini saya ingin mengulas tentang penggembelingan usaha yang sedang dilakukan oleh pihak KoPPIM demi menyokong kempen ini ke tahap yang lebih jauh. InsyaaAllah.


1) Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam


Perpaduan boleh dibentuk secara mampan sekiranya fokus utama sebagai pengguna yang boleh membantu para usahawan Islam meningkatkan jualan bisnes mereka.

Bersandarkan slogan kempen BMF (Buy Muslim Product First) menjadi satu azimat supaya fokus kita menjadi lebih tajam dan objektif.

Semangat perpaduan boleh tersemai dibawah satu objektif demi meningkatkan taraf ekonomi umat Islam dan mengubah ekosistem ekonomi Islam supaya menjadi utuh dan padu.


2) Membantu meningkatkan kutipan zakat

Kempen Beli Produk Muslim mampu memberi keuntungan kepada usahawan Islam. Hasil dari keuntungan diperolehi boleh meningkatkan jumlah kutipan zakat.

Manfaat zakat pula akan dikembalikan kepada pengguna Islam itu sendiri terutama asnaf zakat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Tidakkah usaha ini memberi implikasi positif antara pengguna dan peniaga Islam ?

Semestinya Islam itu Adil !

Adil kepada mereka yang hidup miskin yang sangat memerlukan bantuan zakat.


3) Usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum

Majoriti besar umat Islam di Malaysia adalah dari kalangan Bumiputera. Maka, kempen ini secara tidak langsung membantu orang-orang Bumiputera di mana golongan ini jauh ketinggalan di belakang orang Cina dan India dari aspek ekonominya.

Kita hanya rakyat biasa, tiada kuasa untuk membuat polisi dan bantuan-bantuan secara terus. Kempen inilah caranya untuk kita sebagai rakyat untuk membantu negara dalam merapatkan jurang ekonomi antara kaum.


4) Menghapuskan monopoli syarikat besar

Kita mahukan keadilan dan monopoli dalam perniagaan adalah satu perkara yang bercanggah dengan prinsip keadilan. Fenomena ini memberikan ketidakadilan kepada dua pihak, iaitu pengguna dan syarikat-syarikat kecil.

Pengguna akan terkesan dengan harga yang tinggi manakala syarikat-syarikat kecil akan 'dimatikan' kerana persaingan di mana syarikat besar mempunyai segala kelebihan dan kemampuan.

Cara yang paling mudah untuk memecahkan monopoli oleh syarikat-syarikat besar ialah mewujudkan satu suasana yang benar-benar kompetitif antara syarikat besar dan kecil.

Rata-rata syarikat kecil adalah milik Muslim. Maka, memperkasakan mereka mampu memecahkan monopoli yang berlaku oleh syarikat-syarikat besar yang akhirnya memberikan manfaat kepada para pengguna.


5) Mampu meningkatkan kualiti barangan keluaran Muslim

Peningkatan pendapatan syarikat-syarikat Muslim akan memberikan peluang kepada mereka untuk melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk mereka. Maka, sudah pasti kempen ini mampu membantu meningkatkan kualiti barangan keluaran Muslim.

Segelintir umat Islam yang begitu 'anti' dengan kempen ini dengan alasan kononnya "produk Muslim tidak berkualiti" sepatutnya menyokong kempen ini jika benar-benar peduli dengan kualiti produk.



6) Membantu industri kecil sederhana

Syarikat dan pengusaha kecil mempunyai hak untuk mendapat peluang peniagaan yang selayaknya terutamanya dari segi pemasaran dan kapital. Kebanyakan pengusaha kecil hanya memasarkan produk mereka di kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan terpencil.

Dengan wujudnya kempen ini di akar umbi, secara tidak langsungnya kita membantu meningkatkan promosi dan penjualan mereka melalui promosi di media-media sosial dan platform-platform lain yang bakal diwujudkan.



7) Memperkasa Malaysia sebagai hub halal

Produk-produk keluaran Muslim yang halal pasti memberikan impresi yang lain kerana seorang yang beriman pasti mempunyai sensitiviti dan kefahaman yang lebih mengenai prinsip-prinsip dalam Islam terutamanya dalam soal halal dan haram.

Maka, industri halal pastinya perlu dikuasai oleh Muslim. Malah, apabila menteri mengumumkan bahawa majoriti produk halal utama adalah milik syarikat bukan Muslim. Oleh itu, sebagai Muslim kita perlu berusaha agar produk-produk keluaran Muslim diperkasakan menjadi produk-produk halal yang terkemuka.



8) Menggalakkan rakyat berniaga

Kebimbangan rakyat biasa dalam memulakan perniagaan adalah mereka bimbang tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar.

Kempen Beli Produk Muslim ini sedikit sebanyak memberi semangat dan sokongan kepada golongan ini untuk berniaga kerana kerajaan dilihat tidak lagi mahu membantu mereka.

Sebenarnya sudah terbukti Kempen Beli Produk Muslim ini memberi manfaat kepada banyak pihak selain usahawan-usahawan Muslim. Banyak lagi kebaikan dan bukti keberkesanan kempen ini yang masih belum kita nampak.

Antara bukti kejayaan pertama sejak kempen ini dilancarkan dengan wujudnya Malakat Mall.

Malakat Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang mengumpulkan 100% usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung. Anda boleh mengunjungi mall ini untuk melihat sendiri bagaimana ekosistem perniagaan Islam ini dilaksanakan.


Kesimpulan

Kempen Beli Produk Muslim semakin serius dan insyaaAllah bakal menuju ke kemuncaknya. Apa yang penting adalah kefahaman kita sendiri tentang kenapa perlunya kita menyokong kempen ini.

Sokongan modal yang besar juga penting untuk melicinkan perjalanan kempen ini, maka wujudlah sebuah koperasi yang menfokuskan untuk semua usaha seperti Malakat Mall, Raudhah Grocer dan pelbagai lagi seperti mana koperasi KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguan Islam Malaysia) sedang usahakan.

Anda juga boleh turut sama melabur untuk menyokong usaha ini. Hanya RM500 syer atau minimum RM100 dilaburkan setiap bulan untuk anda layak mendapat pulangan antara 5% - 15% perkongsian keuntungan kelak.

Sekiranya anda berminat, anda boleh turut serta membuat pelaburan DI SINI !


Sumber Rujukan : MalaysiaKini

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *