08 February 2020

Kenapa Anda Perlu Sokong KoPPIM ?

Kesedaran ummah demi jihad ekonomi Islam perlu dipertingkatkan usaha yang lebih bersepadu. KoPPIM merupakan salah satu usaha yang mampan demi merealisasikan perjuangan ini.

Bagi menyokong kempen BMF (Buy Muslim First), ini merupakan satu jalan yang realistik untuk memperbaiki ekosistem ekonomi Islam terutamanya kepada pengguna Islam khasnya.

Berikut saya kongsikan maklumat sedikit latar belakang CEO dan sebab kenapa wujudnya KoPPIM ini.

Latar Belakang CEO KoPPIM


Projek ini dimiliki oleh En Fadzil Hashim,
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Brainy Bunch Group.
Yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Berpengalaman 19 tahun dalam dunia perniagaan, beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia. Kini, beliau menjadi CEO kepada 24 Anak syarikat yang ketika ini bernilai RM200 Juta.

Pemenang Anugerah
-SOBA Award 2017
-The Brandlaureatte 2018
-Finalist EY Enterprenuership Award

Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch. Brainy Bunch kini telah memasuki tahun ke-11 dalam industri. 

Ketika ini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, 4 cawangan di Singapura, 2 cawangan di Indonesia dan 1 sekolah tajaan di Gaza.

Beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru. 

Beliau merupakan seorang jutawan Muslim yang telah lama berusaha keras mengubah masa depan ekonomi Muslim.   


Kronologi Perjuangan



Di antara perjuangan Coach Fadzil adalah melalui seminar bersiri AyuhBangkit, di mana beliau memberi bimbingan coaching secara percuma sejak 2018 dengan sasaran untuk membantu 1 juta usahawan.

Hasil analisa masalah usahawan, beliau mendapati sektor peruncitan Bumiputera Muslim masih tidak berkembang kerana kita tiada akses kepada pasaran.


Masalah Utama



Menurut beliau, kita tiada pusat beli-belah milik Muslim yang berjaya. 
Jadi, di antara rancangan strategik kita adalah untuk mempunyai pusat-pusat membeli-belah ataupun mall.

Isu sebenar yang melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain. Sebaliknya ia adalah mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

Sebab itu selepas 62 tahun merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi.

Kita tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan, dia akan kuasai ekonomi.


Solusi Persendirian


Melalui Siri Ayuh Bangkit 3.0 anjuran Brainy Bunch Group, tercetus idea penubuhan Malakat Mall untuk majukan sektor runcit - sebuah pusat beli-belah yang akan memasarkan produk Muslim dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya.

Beliau juga telah mulakan projek “One-Stop Grocery Centre” untuk membantu Muslim mendapatkan barangan #BMF di seluruh negeri - melalui Raudhah Grocer (dahulunya dikenali sebagai Raudhah Mart).

Walau dengan pelbagai usaha pembangunan ekonomi dijalankan, namun ia masih sukar diuar-uarkan kepada masyarakat kerana tidak ada satu platform khusus untuk berkongsi inisiatif ini bersama umum. 


Perjuangan Bersama Pada Skala Global


Semuanya berubah apabila beliau dipertemukan dengan Datuk Nadzim Johan (Toqqi) Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).
Toqqi menyambut baik perjuangan ini dan menawarkan gabungan usaha melalui platform KoPPIM (Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

Dari gabungan ini, tercetuslah kempen sasaran dana dari 1 Juta ahli KoPPIM, dengan caruman RM100 sebulan bagi ahli KoPPIM. 

Dana ini digunakan buat membina ekosistem baru kewangan Islam di mana jika umat Islam berjaya bergabung tenaga dalam kempen ini, manfaatnya akan dirasa oleh semula golongan masyarakat. InsyaAllah. 

Pembebasan dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan Riba akan digantikan dengan sistem Ekonomi yang dimiliki pengguna. 

Beliau menyasarkan menyediakan peluang 1 juta pengguna Islam untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun dan memberi ruang dan peluang 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 Juta melalui projek berimpak tinggi: 
- 100 Malakat Mall, 
- 5,000 Raudhah Grocer dan 
- 100 Raudhah City.

Kempen gerakan KoPPIM kini mendapat sokongan penuh beberapa tokoh Muslim, diantaranya:

-Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi- Presiden PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),
-Haji Aminuddin bin Yahaya - Pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam), 
juga mantan Pengerusi gabungan lebih 300 NGO-NGO Islam dan Melayu, iaitu Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). 
-Datuk Che Mat Che Ali, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), 
dan ramai lagi. 

Ayuh bersama Coach Fadzil dan KOPPIM bersama membina ekosistem ekonomi Islam yang baru!

Sebarkan dan ajak kawan-kawan untuk bersama dalam perjuangan ini.

Bagaimana ingin bersama dalam perjuangan ini?

Jom daftar sebagai ahli KoPPIM sekarang di www.koppim.com.my/daftar.
Caruman syer RM500 untuk 1 Unit Syer, atau boleh mencarum secara ansuran RM100 sebulan. 

#PejuangEkonomiIslam 
#CoachFadzil 
#MalakatMall 
#RaudhahCity 
#RaudhahGrocer

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *