23 January 2020

5 Cara Jutawan Menguruskan Masa



Salam hormat rakan pembaca blog ini. Perkongsian istimewa kali ini adalah tentang cara bagaimana seorang jutawan menguruskan masa.

Terdapat 5 tip bagaimana seorang jutawan menguruskan masa. Saya mendapat idea untuk berkongsi ilmu ini daripada jutawan Internet terkenal di Malaysia iaitu Tuan Irfan Khairi.

Saya rasa teruja untuk berkongsi kepada anda. Walaupun saya belum lagi seorang jutawan, manalah tahu perkongsian menjadi rujukan sesiapa sahaja suatu hari nanti.

Ini antara cara Irfan Khairi menguruskan masa.

5 Cara Jutawan Menguruskan Masa


1) Merancang Hari Esok

Seorang yang ingin berjaya, mereka hendaklah merancang apa yang hendak dilakukan esok hari. Inilah cara pertama yang telah dikongsikan oleh Irfan Khairi.

Apa yang beliau lakukan setiap hari adalah akan merangcang sebelum tidur untuk merancang apakah kerja yang akan beliau lakukan besok hari.

Kita juga boleh praktikkan dalam kehidupan kita.

Kemudian lihat apa pula cara kedua...



2) Letak Time Limit Setiap Kerja

Setiap kerja yang kita telah tentukan tadi hendaklah diletakkan time limit. Perlu disiplin bagi mematuhi setiap masa yang telah ditetapkan. 

Apabila kita disiplin melakukan cara kedua ini, ia akan menjadi tabiat.



3) Lakukan Kerja Yang Susah di Pagi Hari

Daripada apa yang telah kita rancang tadi kita buat sususan kerja dari segi susah ke senang.

Apa yang disyorkan oleh Irfan Khairi adalah bangun pagi-pagi seawal 5 pagi setiap hari kerana berpagi-pagi itu adalah banyak kelebihannya.

Kemudian buat kerja yang telah dirangcang malam tadi bermula kerja susah terlebih dulu.

Apa pula cara ketiga pula..



4) Lakukan Apa Yang Kita Excited

Selepas kita selesaikan cara ketiga, kita buat perkara yang kita excited pula. Melakukan kerja yang kita excited menjadikan momentom untuk terus bekerja dari hari ke hari.



5) REHAT

Cara terakhir yang diajar oleh Irfan Khairi ialah rehat. Setelah kita bekerja seharian, kita perlu berehat. Berehat ini seperti upah kita selepas bekerja keras seharian. 

Buatlah apa yang kita suka buat. Sebagai contoh seperti mana yang dikongsikan oleh Irfan Khairi sendiri iaitu beliau suka menonton Netflix di malam hari. Cara kelima ini ibarat seperti "pengecaj bateri" kita untuk terus bekerja dibesok hari.



Kesimpulan

Kejayaan seseorang bergantung kepada siapa yang kita jadikan sebagai model dalam kehidupan. Sebagai seorang usahawan Islam, model utama yang harus menjadi ikutan adalah baginda Rasulullah Shollallahu A'laihi Wasallam.

Jika kita ingin berjaya menjadi jutawan, kita ikut cara jutawan. 

Siapa yang kita ikut selama ini ?

Semoga artikel blog kali ini memberi manfaat kepada anda untuk sama-sama kita amalkan.

Sekian. Wasallam.



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *