20 January 2020

Sokong Kempen BMF Dengan KoPPIM

Assalamualaikum rakan sekalian. Kempen BMF harus terus diperjuangkan oleh kita sebagai pengguna Islam. Kita perlu fahamkan kepada mereka yang diluar sana, kempen BMF ini BUKAN untuk memboikot produk Non-Muslim.

Kempen BMF (Buy Muslim First) memfokus kepada pengguna Islam khasnya agar membeli produk keluaran dari usahawan muslim terlebih dulu. Sekiranya tiada produk dari muslim, maka boleh kita membeli produk non-muslim.

Tolong ingat...kita BUKAN "Boikot" yer !!
Itulah mesej yang diterangkan oleh Coach Fadzil yang juga merupakan CEO KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) seingat saya ketika menyertai konvensyen.



Anda boleh terus layari website KoPPIM di www.koppim.com.my untuk maklumat lanjut.


Konvensyen Kewangan dan Keusahawanan Islam

Baru-baru ini saya telah menyertai satu konvensyen KKKI 2020 di Dewan Utama di BrainyBunch, CyberJaya selama 2 hari pada tarikh 18 & 19 Januari 2020.

Berkobar-kobar semangat dengan 9 berkongsi ilmu kepada kami tentang topik-topik tertentu.

Saya difahamkan ini adalah konvensyen pertama kali di anjurkan oleh untuk membuka minda usahawan-usahawan Islam tentang betapa perlunya melakukan JIDAD Ekonomi Islam di Malaysia ini.

Cuba anda tonton sebentar video di bawah ini !




Tahniah sekiranya anda berjaya menonton video di atas sampai habis.

Inilah sebab mengapa sebagai usahawan Islam, kita perlu melakukan jihad ekonomi untuk mengembalikan maruah Islam khususnya dan bangsa melayu umumnya.

Saya perlu kongsikan di blog ini agar dapat kita war-warkan kepada rakan muslim yang lain.


Kenapa KoPPIM ?

Sebagai pengguna kita mempunyai pilihan untuk mengubah corak pembelian kita. Melalui konsep SPEND (sokong BMF)  --->  UNITE (Jadi ahli KoPPIM) ---> FUND  (Labur RM100/bulan).

Video di atas telah terangkan secara ringkas. Sekiranya anda belum menonton, sila tonton sekarang !

KoPPIM ingin mengubah eko-sistem ekonomi mengikut acuan Islam.


Terdapat MISI dan VISI yang jelas di KoPPIM. 


5 Tawaran KoPPIM 

Berikut adalah tawaran KoPPIM kepada anda.

1) Menjadi landasan utama Muslim menyatukan sumber pembekalan dan pembelian.

2) Menjadi pelabur strategik di dalam ‘supply chain development’ 

3) Menjadi pengurus dana syer dalam sektor strategik

4) Menjadikan Pengguna sebagai pemilik kekayaan ekonomi

5) Memastikan ‘fair distribution of wealth’

InsyaAllah KoPPIM bakal menjadi satu pelaburan strategik demi membangun ekonomi umat Islam. 


Antara Manfaat KoPPIM bagi komuniti Islam ialah memberi perkhidmatan sosial secara percuma untuk semua...

1) Pengguna Islam belanja runcit keluarga RM1,500 sebulan

2) Perkhidmatan Klinik Keluarga 24 jam percuma

3) Perkhidmatan Hospital pakar swasta percuma

4) Tabung pembedahan kronik & kecemasan

5) Pendidikan pra sekolah dan sekolah antarabangsa swasta percuma

6) Pendidikan universiti swasta percuma

7) Tabung biasiswa

8) Bimbingan usahawan percuma

9) Akses dana usahawan

10) Tabung misi usahawan global


Adakah ia mustahil untuk kita menaik taraf ekonomi muslim di Malaysia ?


Ia tidak mustahil berlaku sekiranya kita semua bersatu.


Anda PERLU yakin untuk membuat pelaburan di KoPPIM demi ekonomi Islam. Percayalah..dengan pelaburan itu nanti akan memudahkan objektif ini tercapai. InsyaAllah.



Sila dapat maklumat lanjut di www.koppim.com.my sekarang !


Satu lagi video tentang kejayaan yang diusahakan oleh pihak Coach Fadzil pemilih syarikat Raudhah City iaitu telah terbinanya Malakat Mall di CyberJaya. Ini satu kejayaan yang amat membanggakan. Sila tonton sekarang !


Sekiranya anda ingin membuka kedai di sana, sila hubungi Raudhah City. 


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *