Cara Bayar Cukai Tanah Pejabat Daerah Kuala Langat Secara Online


Salam hormat rakan pembaca sekalian. Saya ingin kongsikan cara bagaimana nak bayar cukai tanah secara online dalam daerah Kuala Langat.


Saya kongsikan ini pun disebabkan saya dah beberapa tahun ni kena bayar tunggakan. Hanya disebabkan alamat surat menyurat yang saya daftarkan dulu ketika membeli rumah di kawasan Telok Panglima Garang ni adalah alamat rumah sewa terakhir saya di Taman Sri Cheeding jadi sampai sekarang alamat masih di sana.

Namun bermula tahun Jun 2024, tiada lagi surat menyurat untuk bil cukai tanah dihantar ke rumah. Jadi semua perlu dilakukan secara online.


Faham-fahamlah kalau urusan secara online ni bukan semua orang perasan untuk membayarnya kecuali mesej peringatan dihantar melalui email betul tak.


Tambahan pula mereka yang berusia. Mungkin lebih bermasalah.


Buat permulaan sistem yang disediakan oleh Pejabat Daerah Kuala Langat ni nampak ringkas sahaja. Tetapi saya yakin sistem pembayaran ini akan dinaiktaraf pada masa hadapan kelak.


Berikut saya kongsikan cara bayaran cukai tanah secara online.


Cara Bayar Cukai Tanah Pejabat Daerah Kuala Langat Secara Online

Apa yang penting maklumat lengkap pada bil cukai tanah tu perlu dirujuk untuk dimasukkan dalam borang bayaran yang disediakan oleh PDKL (Pejabat Daerah Kuala Langat).

1) Layari Laman Web Pejabat Tanah atau Scan Barcode pada Bil Cukai Tanah

Sila layari laman web ini - https://ehasil.selangor.gov.my/


ataupun anda boleh scan barcode yang disediakan pada bil cukai tanah yang mungkin anda tengah pegang sekarang.


Setelah anda layari laman web tersebut anda akan dibawa ke laman portal borang untuk bayaran online seperti di bawah.




2) Isi Maklumat Yang Di Minta

Sampai sini mungkin buat pertama kali anda mungkin nampak janggal kan. Memang agak biasa rupa portal borang bayaran online cukai tanah PDKL ni. 


Nak isi borang ni pun mudah jer.


Cuma kelebihan yang saya nampak pada borang e-Tanah ni, kita tak perlu daftar seperti mana Majlis Perbandaran Kuala Langat lakukan untuk pengurusan pembayaran online. Saya telah kongsikan pada post yang lepas tentang cara bayaran online untuk cukai taksiran MPKL - di sini !


Langkah mengisi borang online di Portal e-Tanah PDKL seperti gambar di bawah.


a) Sila Pilih / Klik No Akaun / ID Hakmilik

Pastikan anda masukkan Captcha yang tertera di skrin untuk pengesahan dan mengelakkan borang diisi oleh manusia.


b) Buat Pertama Kali Anda Masukkan Borang Ini...

Anda perlu memasukkan maklumat yang diminta. Sila rujuk bil tanah untuk masukkan pengisian data yang dipinta seperti...


  • Mukim
  • Jenis Hakmilik
  • No Hakmilik

Anda isikan sahaja buat pertama kali untuk tujuan pendaftaran.


Selepas itu anda akan dibawa ke portal bayaran online untuk proses bayaran. Pastikan maklumat anda adalah betul sebelum anda teruskan bayaran.


Untuk bayaran online ia adalah sama dengan urusan bayaran online biasa yang orang biasa lakukan. Al-maklumlah zaman sekarang ni semua serba serba nak dionline kan.


Mudah Kan !

Bagi pandangan saya bila dah berurusan secara online ini ia lebih memudahkan majoriti masyarakat. Tidak perlu lagi beratur di station bayaran yang perlu dilakukan pada hari tertentu untuk bayaran. Jimat penggunaan minyak, masa dan sebagainya.

Anda pula rasa bagaimana ? Apa pandangan anda ?

Saya harap perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih.

Sampai jumpa lagi pada perkongsian yang lain. InsyaAllaah.


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *