Video Tutorial Buat Website Guna ONPAY


Nak berniaga zaman sekarang ni perlu tahu bina website. Saya akui ilmu buat website ni agak teknikal sedikit. Tetapi ilmu ni perlu dikuasai walaupun secara asas sahaja.


Sejak zaman AI mula berleluasa ni, kebanyakan pemasaran boleh dilakukan dengan mudah.


Sehinggakan hal-hal membina website pun boleh dilakukan dengan menggunakan AI. Memang canggih cuma saya ni generasi yang agak terkebelakang sikit jadi ilmu AI ni lambat sikit nak terima.


Sekarang bukan masa untuk saya kongsikan tentang AI. Apa yang cuba saya kongsikan adalah masalah para peniaga diluar sana yang masih tidak mempunyai website jualan mereka sendiri.


Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh dikatakan terbaik tetapi jika tidak di onlinekan dengan menggunakan website, ia agak sukar untuk bersaing dengan peniaga lain.


Bagi menyelesaikan masalah ini, saya sarankan para peniaga khususnya anda untuk menggunakan platform ONPAY untuk membuat website jualan anda.


Sangat mudah dan ringkas untuk digunakan.


Hal teknikal ni saya kurang pandai untuk terangkan, tetapi saya suka dengan cara pemilik channal YouTube Berani Buat ni kongsikan tentang cara untuk membina website jualan produk ataupun perkhidmatan anda menggunakan Sistem ONPAY.


Sila hadam dan pelajari ilmu langkah demi langkah yang dikongsikan pada video di bawah ini sekarang. Manalah tahu boleh membantu anda untuk lebih faham kelak.



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *