Kenapa Bisnes Personal Collection (PC) Boleh Bertahan ?


"Sebab boleh dik !"


Itu jawapan mudah dan sempoi bak hang.


Sebenarnya bisnes apa pun boleh bertahan kalau sistem pengurusan, pemasaran dan gerak kerja yang dilakukan dengan penuh jujur dan ikhlas.


Bisnes Personal Collection (PC) ni pada mulanya adalah sebuah syarikat yang ditubuh oleh seorang yang gagal dalam bisnes konvensional. Nama founder atau pengasasnya ialah Willie Evangelista. Memulakan perniagaan Personal Collection hanya dengan 8 orang pekerja di sebuah gudang yang kecil.


Beliau memikirkan untuk mengubah nasib rakyat Filipina yang menganggap hidup mereka miskin dan memberi peluang bisnes yang berdaya maju dengan menjual produk penting buatan Filipina iaitu untuk isi rumah.


Visinya adalah untuk membawa kehidupan yang hebat kepada setiap keluarga. Daripada hanya 8 peniaga dan kini setelah 20 tahun (2023) terdapat bejuta pengedar di negara Filipina sahaja. Bisnes dari  gudang kecil dan kini berkembang kepada lebih 500 cawangan diseluruh negara Filipina.


Di Malaysia bisnes ini agak baru sebenarnya. Ketika artikel post ini ditulis Bisnes Personal Collection telah masuk ke Malaysia pada tahun 2023, baru setahun sahaja di Malaysia. Ia agak baru sebenarnya.


Saya juga patut puji komitmen bisnes PC ini dalam memelihara alam sekitar dengan membawa lebih 80% dari produk PC dari segi pembungkusan yang boleh dikitar semula kepada terbiodegradasi kerana ia adalah salah satu nilai teras bisnes PC melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang. Ini patut diberi kredit sebenarnya.


Pengalaman lebih 20 tahun menunjukkan kekukuhan sesuatu bisnes dan Personal Collection mempunyai tawaran yang unik kepada mereka yang ingin mengubah taraf ekonomi mereka ke arah yang lebih baik.


Video di bawah ini menerangkan secara keseluruhan sejarah Bisnes Personal Collection dan pahit maung, susah payah yang mereka lalui. Part yang best ialah pada akhir video. Ada mention tentang Malaysia adalah cawangan International pertama mereka dan ia sedang bermula.


Sila tonton video di bawah ini !







Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *