31 January 2024

Cara Online Bayar Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Kuala Langat

Sekarang zaman dah berubah. Kalau kita masih berfikiran untuk tunggu surat cukai taksiran untuk harta rumah sampai di rumah memang mimpi disiang hari lah nampaknya.

Semua boleh dibayar hanya dihujung jari tanpa perlu keluar duit minyak kenderaan motorsikal atau kereta anda. Hanya dengan berkain pelekat dah boleh bayar cukai tanpa tunggu surat dari pihak Majlis Perbandaraan Kuala Langat.

Berikut saya kongsikan cara bagaimana nak membuat pembayaran cukai taksiran MPKL anda. Khusus untuk penduduk-penduduk yang mempunyai harta di Kuala Langat.


Langkah-langkah Bayaran Online Cukai Taksiran MPKL

1) Anda perlu mempunyai akaun Portal e-Hasil Majlis Perbandaran Kuala Langat dulu. Jadi anda kena daftar profile diri anda dulu di website MPKL.

Hanya dengan satu pendaftaran ini anda boleh berurusan secara online sahaja untuk pelbagai perkhidmatan seperti...

  • e-Taksiran
  • e-Sewaan
  • e-Kompaun Parking
  • e-Lesen
  • e-Bazaar

Semua berada dalam satu portal website. Mudah kan !

Ok ..jom daftar dulu di pautan website ini etaksiran.mpkl.gov.my


2) Lepas dah layari website tu anda akan masuk dalam wesbite portal seperti gambaran di bawah. Klik jer pautan website tu. (Mungkin gambaran portal dah berubah jika artikel ni dah agak lama)



3) Jika anda belum pernah daftar, maka mulakan pendaftaran pertama anda yer. Klik butang Daftar Baru


4) Kemudian anda teruskan proses pendaftaran dan isi apa yang patut.


Data anda sebenarnya dah ada di MPKL, cuma anda perlu daftar sahaja seperti biasa untuk mudah anda access sistem ini bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda masukkan Nama, No Kad Pengenalan, Kata laluan pilihan anda, Email paling aktif anda serta No Telefon anda.


5) Selepas anda daftar, akan ada satu notifikasi di Inbox email anda untuk tujuan pengesahan. Pastikanlah email anda taip tu adalah betul dan tepat yer.


6) Apabila pengesahan berjaya dilakukan, anda akan dibawa ke website Portal e-Hasil MPKL kembali.


7) Anda login pada link seperti mana di langkah pertama tadi. (etaksiran.mpkl.gov.my)


8) Lepas anda akan disambut dengan ucapan SELAMAT DATANG KE e-HASIL MPKL seperti gambaran di bawah. Anda perlu daftar dulu No Akaun harta atau No akaun bil cukai taksiran anda. Ada masukkan no akaun anda seperti mana tertera dalam surat cukai sebelum ini. Terdapat 13 digit no akaun tu. Anda cari surat cukai anda dan rujuk kat situ. 


Cara Bayar Cukai Taksiran MPKL

Langkah seterusnya ialah membayar cukai seperti yang termaktub dalam undang-undang. Bila dah menjadi penduduk Selangor, maka jalankan tanggungjawab bersama demi negeri Selangor yang tercinta.

9) Langkah seterusnya adalah cara membayar cukai taksiran. Pastikan anda kekal dalam sistem tu. Kemudian macam biasa anda pilih e-Taksiran. Klik jer ..jangan malu-malu.


10) Anda akan diberi pilihan seperti gambaran dibawah


Buat pengetahuan anda fungsi Semakan adalah untuk melihat bil dan caj semasa dan membuat Transaksi bayaran online anda. Kalau nak tau terus klik Semakan dan anda akan dapat senarai pautan untuk melihat caj bil semasa anda dan pautan bayaran.


Terdapat 2 pautan link untuk anda ambil perhatian. Pertama Paparan Bil. Anda klik sahaja pautan bernama Cukai dan sistem akan membawa anda untuk melihat bil cukai anda. Anda akan dapat melihat gambaran bil yang biasa anda lihat ketika zaman pengeposan surat cukai di rumah sebelum ini. 

Jelas diterangkan berapa jumlah bayaran yang anda perlu lakukan.

Jika anda jelas dan puash hati caj yang dikenakan adalah betul di atas nama anda, maka anda boleh terus klik butang Transaksi untuk melakukan proses bayaran.

Cara nak bayar mudah jer seperti mana anda melakukan bayaran online menggunakan sistem FPX ketika shopping online. Tak kan tak biasa kot. Klik jer butang Bayaran Online yang terletak di bawah sekali dan teruskan pembayaran. Selesai.


Saya harap perkongsian saya ini membantu anda yer. Anda kena berani cuba godek-godek sistem di Portal MPKL tu. Bagi saya ia mesra pengguna. Sekian. Jumpa lagi. InsyaAllaah.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *