28 July 2023

Bagus Sangat Ke Panduan 14 Hari Belajar Dropship Bersama Pok Nik Ni ?

Sakit kepala saya memikirkan bagaimana cara membantu suri rumah menjana pendapatan dari zero. Sekurang-kurangnya suri rumah dapat membantu meringankan beban suami mereka dalam mengharungi cabaran ekonomi yang cukup mencabar masa kini.

Saya tercari-cari idea yang terbaik untuk mereka dan menjumpai salah satu idea terbaik ialah melalui dropship.

Bisnes dropship adalah salah satu dari bisnes model yang efektik masa kini. Bagi seorang suri rumah yang TIADA produk sendiri dan KURANG modal untuk berniaga, bisnes dropship adalah yang terbaik.

Tapi macam mana nak buat bisnes dropship ni ?

Produk niche apa yang sesuai untuk suri rumah yang baru bermula ?

Pasti wujud pelbagai persoalan bermain difikiran sekarang ni kan !


Bagus ke Panduan 14 hari belajar Dropship Pok Nik ni ?

Ketika saya sedang mencari idea bisnes macam mana nak membantu suri rumah agar boleh buat duit walaupun hanya tinggal di rumah, saya terjumpa panduan bisnes dropship ni. Modul pembelajaran selama 14 hari dan anda akan di guide sampai anda berjaya menjana pendapatan sendiri.

Belajar pun secara online di rumah sahaja.

Nama panduan ini ialah 14 Hari Belajar Dropship Bersama Pok Nik

Tetapi bagus ke panduan ni ?

Cuba kita kenali dulu latar belakang Pok Nik ni. Siapa beliau ?



Kalau dilihat pada profil beliau diatas ini beliau masih bekerja sebagai seorang pensyarah. Beliau menjalankan bisnes dropship dan mendapat jualan setiap bulan sebanyak 7 angka walaupun secara sampingan. 

Bila lihat result yang agak luar biasa bilamana seorang usahawan separuh masa boleh menjana mendapat jualan bisnes dropship secara konsisten setiap bulan membuatkan diri saya teruja. 

Apa rahsianya ?

Pada artikel kali ni saya bukan menilai latar belakang beliau tetapi saya ingin tahu cara bagaimana beliau melakukan bisnes dropship. Itu yang penting !

Mungkin anda pernah membeli pelbagai panduan bisnes dropship di luar sana namun tiada hasil yang anda perolehi dari bisnes dropship itu.

Dipendekkan cerita, maka saya pun membeli panduan 14 Hari Belajar Dropship Bersama Pok Nik. Saya telah membelinya pada harga promosi ketika itu. Sekarang ni pun harga produk beliau ini masih berbaloi untuk anda belajar sendiri sebenarnya.

Ketika mana saya menulis artikel blog ini pun Pok Nik masih menawarkan harga diskaun. Nak tahu harga terkini sila KLIK SINI !



Antara tawaran yang menarik perhatian saya tentang panduan bisnes dropship ni ialah keikhlasan Pok Nik bongkarkan semua rahsia kejayaan bisnes dropship beliau kepada pelajarnya.

Nilai ilmu yang dikongsikan oleh Pok Nik terlalu mahal (RM 999) sebenarnya. Tetapi demi membantu anda yang serius untuk berjaya dalam bisnes dropship maka Pok Nik sanggup menurunkan harga sebanyak RM 9X sahaja.

Bagi saya untuk harga seperti ini cukup membantu anda sebagai suri rumah untuk memulakan bisnes drophip dengan ilmu yang betul dan praktikal.


8 Modul Utama (Lebih 40 Video)

Menjadi seorang usahawan dropship ni memerlukan ilmu yang mantap dan efektif. Panduan 14 Hari Belajar Dropship Bersama Pok Nik menyediakan 8 Modul utama. Terdapat lebih 40 video secara kesuluruhan video tutorial yang disusun secara teratur dan mudah faham.

Semestinya sebagai pensyarah, beliau tahu bagaimana ingin 'deliver' ilmu dengan cara yang efektif kepada para pelajarnya. Beliau berjaya merungkai satu persatu, langkah demi langkah secara berhati-hati agar anda faham dan terasa mudah untuk menghasilkan jualan dari bisnes dropship anda kelak.

Ilmu bisnes dropship ni akan diajar oleh Pok Nik dari A to Z. Bukan sekadar itu sahaja Group Support juga turut disediakan. Pok Nik sendiri dan beliau sendiri akan respon setiap pertanyaan anda kelak.

Saya sendiri yang berada dalam group support beliau dan saya lihat sendiri bagaimana Pok Nik memberi respon pantas setiap persoalan pelajarnya. Inilah salah satu rahsia yang Pok Nik lakukan pada ejen-ejen beliau sendiri sehingga menghasilkan jualan 7 angka sebulan secara konsisten.


Sekarang Giliran Anda

Antara modul yang agak menarik perhatian saya bagi membantu suri rumah seperti anda agar mempunyai pendapatan sendiri sebagai suri rumah ialah cara macam mana membina sales RM1,000 pertama. Seronok kan kalau berjaya memperolehi sales sebanyak itu. 

Pok Nik juga ajar cara bagaimana membina sales RM3,000 menggunakan platform sosial media malahan boleh menjana lebih dari itu.

Pok Nik menyentuh seluruh aspek dalam teknik pemasaran tidak kiralah kaedah pemasaran percuma ataupun berbayar. Ilmu pemasaran sangat penting untuk dikuasai dalam apa jua bisnes termasuk lah bisnes dropship.

Pendedahan ilmu pemasaran yang efektif yang masih dipraktikkan oleh Pok Nik sendiri dan ia masih kekal relevan sehingga kini. Semua ilmu yang diajar adalah bukti cara bagaimana beliau memperolehi jualan 7 angka setiap bulan secara konsisten. Rugi sekiranya  anda tidak menceduk ilmu dari beliau.

Anda tak perlu risau sebenarnya Pok Nik ni seorang yang humble dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pelajar-pelajarnya. Group support yang disediakan juga akan di respon sendiri oleh beliau demi memberi kefahaman kepada anda.

Personal touch yang dipraktikkan oleh Pok Nik inilah yang menjadi kunci kejayaan beliau. Sentiasa ikhlas untuk membantu setiap pelajar dan para pelangannya. Jika pelanggan happy, insyaAllah duit pun akan mudah mengalir masuk dalam poket kita.

Semoga apa yang saya kongsikan pada artikel post saya kali ini memberi manfaat kepada anda.

Namun apa jua keputusan tetap terletak di tangan anda. Saya hanya berkongsi peluang ini kepada anda yang sedang struggle dengan cabaran ekonomi masa kini khususnya kepada suri rumah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Panduan 14 Hari Belajar Dropship Bersama Pok Nik anda boleh klik ke pautan ini www.azeribiz2u.com/dropship14hari

Semoga berjumpa pada perkongsian seterusnya. InsyaAllah.

Sekian. Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *