04 November 2022

Cara Periksa Logged History Email di Yahoo 2022

Akaun anda kena hack ? Banyak kes berpunca apabila email kita telah berjaya di hack oleh hamba Allah yang tidak bertanggungjawab serta tidak amanah dengan ilmu yang dikurniakan Ilahi.

Berikut saya kongsikan cara untuk anda periksa akaun email Yahoo anda kena hack atau tidak. 

Mungkin ini membantu untuk memutuskan segala kucar-kacir yang dilakukan oleh hacker.


Cara Periksa Logged History Email Yahoo

Langkah ini bagi memudahkan anda mengesan adakah akaun Yahoo Email anda telah dihack atau tidak.

Langkah 1

- Anda login ke akaun Yahoo anda seperti biasa.
- Klik 'Akaun Info'



Langkah 2

- Anda klik 'Recent Activity'



Langkah 3

- Bila dan masuk dalam 'Recent Activity'
- Scroll ke bawah sedikit, anda akan jumpa 'Connected devices'
- Anda tengok setiap list 'connected devices' yang tersenarai dalam tu.
- Kalau ada yang suspicious (diragui) anda klik 'Details'...



Langkah 4

- Lepas dah klik 'Details'
- Akan ada pop-up keluar macam gambar kat bawah ni.
- Anda yakin, inilah yang anda ragui...
- Klik 'Sign out' untuk buang dan jauhkan anasir hacker yang tak bertanggungjawab.



Langkah 5

- Selepas semua langkah di atas anda dah lakukan.
- Saya cadangkan Tukar Password baru yang lebih susah.
- Dicadangkan lebih 20 aksara bersama-sama simbol supaya susah hacker nak tembus.
- 2nd Authenticator tu kena activekan. Notification melalui Hanphone lebih selamat. InsyaAllah.


Kesimpulan

Semoga perkongsian ini membantu anda. Sekian. Terima kasih.

Kongsi-kongsilah kepada kengkawan yer !





Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *