22 June 2022

Tawaran Auto Website Affiliate Bagi Jurutera Kilang Yang Sedang Stress

Pengalaman saya sendiri bekerja makan gaji dalam sektor perkilangan menyebabkan saya berazam untuk keluar dari bekerja makan gaji. Bukanlah saya berniat untuk kondem pekerjaan di sektor perkilangan tetapi persekitaran kerja yang penuh dengan tekanan kerja menyebabkan saya perlu merancang untuk keluar dari makan gaji dan mula berniaga sendiri.

Sehingga kini saya masih bekerja makan gaji di salah satu kilang bertaraf antarabangsa dan masih menerima gaji yang agak cukup bagi menyara hidup keluarga saya. Alhamdulillah.

Baiklah untuk post kali ini bukanlah untuk berceloteh tentang kehidupan saya tetapi ingin berkongsi tawaran kepada anda yang mungkin sedang bertugas sebagai jurutera sesebuah kilang yang mungkin tertekan dengan persekitaran kerja di kilang, sering balik kerja yang terlalu lewat, sering dimarahi boss kerana sedikit kesilapan teknikal dan macam-macam tekanan.

Saya faham situasi anda kerana saya juga berpengalaman sebagai pekerja kilang selama 23 tahun dan telah masak dengan situasi bekerja di kilang. 


Idea Model Bisnes Terbaik


Secara teknikalnya bekerja makan gaji dan berniaga adalah dua model sumber pendapatan yang berlainan. Jika bekerja makan gaji kita terikat dengan undang-undang dan arahan yang ditetapkan oleh pihak majikan. Segala arahan perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Berbeza dengan perniagaan. Rezeki berniaga cukup luas. Dari segi pendapatan semestinya berniaga mempunyai potensi menghasilkan pendapatan yang lumayan dan tanpa batasan. Anda cuma perlukan komitmen lebih tinggi daripada bekerja makan gaji. 

Tetapi dengan perancangan dan strategi yang betul, anda boleh menjadikan perniagaan anda sebagai sumber pendapatan pasif. Anda tak perlu bersusah payah untuk berniaga kerana anda telah leverage kan kepada yang lain. Tentang leverage saya akan terangkan pada artikel yang lain. InsyaAllah. 

Kebiasannya model bisnes terbaik buat anda yang ingin memulakan perniagaan ialah bisnes affiliate.

Saya yakin anda sebagai jurutera pasti faham apakah maksud affiliate. Model bisnes ini cukup mudah dan bagi saya ia adalah cara terbaik untuk belajar tentang teknik pemasaran yang betul, cara mengenal pelanggan, bagaimana untuk close sale yang berjaya dan berkesan.

Sebab apa saya katakan begitu, dengan model bisnes affiliate ini anda akan mengenal selok belok perniagaan, anda juga didedahkan tentang selok-belok bisnes dan boleh membuka minda anda untuk berniaga.

Saya juga bermula dari bisnes affiliate. Permulaan inilah yang membuka minda saya untuk berniaga dan berusaha menambah pendapatan dari bisnes internet.

Rasa seronok sebenarnya jika kita faham konsep bisnes affiliate yang tidak memerlukan modal permulaan yang besar. Tawaran komisen juga tinggi dan tidak memerlukan yuran bulanan atau tahunan untuk memulakan bisnes ini.

Oh yer....saya rasa tak bagus juga kalau saya tak kongsikan kepada anda salah satu panduan yang bakal membantu anda untuk menjana pendapatan dari bisnes affiliate. Anda boleh lihat potensi panduan Video Rahsia Income Affiliate Power ini. 


Terdapat 18 siri video (bakal ditambah) untuk mengajar anda tentang cara menjana income daripada bisnes affiliate. Saya tak boleh nak cerita lebih detail dalam post ini. Anda klik jer pautan yang saya berikan untuk lihat apakah yang menarik tentang panduan ini dan kenapa saya syorkan kepada anda.


Tawaran Auto Website Affiliate - AFFILIATEVO

Saya faham bagaimana tugas sebagai jurutera kilang ni. Dari segi masa adalah cukup terbatas untuk melakukan bisnes. Selalunya alasan mereka yang mempunyai minat untuk berniaga tetapi disebabkan masa yang padat menyebabkan kurang memberi komitmen kepada bisnes. Perasaan takut untuk memulakan bisnes menyebabkan terbantut semua impian dan harapan.

Bagaimana pula kalau saya cadangkan anda satu produk yang bakal memudahkan anda untuk melakukan bisnes affiliate. Anda tak perlu memikirkan tentang buat website affiliate untuk menjual. Semuanya akan disediakan oleh Affiliatevo ini.

Apa yang menarik dengan Affiliatevo ini ialah anda tak perlu bayar untuk yuran website seumur hidup. Banyak penjimatan perbelanjaan untuk website anda disitu. Kalau anda telah memiliki website anda sendiri dan ada satu tambahan website auto affiliate, anda tak perlu anda bayar caj servis hosting seumur hidup, maka itu lebih baik. Silap haribulan hasil pendapatan dari website auto affiliate dari Affiliatevo akan membayar caj hosting berbayar anda kelak. Bertambah lagi penjimatan disitu. Bolehlah anda menyimpan lebih wang kelak.

Terdapat banyak kelebihan Affiliatevo yang saya bakal rungkaikan di sini, tetapi sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lengkap anda boleh lihat potensinya di www.azeribiz2u.blogspot.com 


5 Kelebihan AFFILIATEVO

Saya kongsikan 5 kelebihan Affiliatevo bagi pandangan saya.

1) Kombinasi Affiliate 2 dalam 1 (OrderSini & KlikJer)


Apa yang menarik dengan tawaran Affiliatevo ialah dua platform affiliate yang terkenal dan dipercayai di Malaysia iaitu OrderSini dan KlikJer. Kedua-dua platform affiliate ini mempunyai kelebihan masing-masing dan semestinya pendaftaran adalah percuma. 



2) Zero Kos untuk Website (guna blogger)


Bagi anda yang mungkin berhajat untuk memiliki website sendiri tetapi tiada bajet untuk memiliki website sendiri, maka blogger adalah cadangan terbaik. Bukan hanya disebabkan ia milik Google sendiri malah website affiliate anda juga mudah untuk di index enjin cariannya. Affiliatevo telah menyediakan satu template website affiliate yang mesra SEO (Search Engine Optimization) dan mesra pengguna.



3) Lebih 100+ produk affiliate dalam satu website


Terdapat lebih 100 produk affiliate akan diletakkan dalam website anda. Kerja anda mudah sahaja. Hanya berkongsi link produk affiliate dari website anda dan letakkan mana-mana sosial media, blog dan forum. Anda pilih produk yang anda rasa sesuai untuk anda perkenalkan kepada kenalan anda. Affiliatevo akan setup semuanya untuk anda. Anda hanya melakukan promosi link website anda sahaja. Semua tersedia. Menarik kan !



4) Konten untuk produk telah disediakan


Anda tak perlu pening kepala memikirkan konten apa yang nak ditulis bagi setiap satu produk affiliate. Anggap sahaja masalah anda selesai. Affiliatevo akan melakukan segalanya untuk anda. Mudah kan !



5) Automatik synchronize produk terbaru


Ini yang paling mengujakan saya. Sebab apa tau…anda tak perlu lagi risau untuk mengemaskini produk terbaru di kedua-dua platform affiliate ini. Seperti saya tekankan pada point kelebihan lain di atas, anda tak perlu risau dan anggaplah semua masalah telah selesai. Namun sekiranya anda menghadapi masalah, admin produk Affiliatevo akan support anda.



Kesimpulan

Langkah pertama untuk berjaya dalam apa jua bidang sekalipun memerlukan minat yang mendalama. Jika anda memang berminat dalam perniagaan dan berimpian untuk menceburi bidang perniagaan, bisnes affiliate adalah jalan permulaan yang terbaik sebagai pekerja jurutera kilang yang sentiasa sibuk seperti anda. 

Usaha menjadikan perjalanan bisnes anda mudah dan mempunyai jangka panjang untuk mengautomasikan perniagaan juga adalah impian ramai usahawan diluar sana. Apa yang penting anda perlu mulakan sesuatu untuk keluar dari kepompong makan gaji dan mula mengorak langkah dengan cara yang betul dan bijak.

Semoga perkongsian saya ini memberi anda serba sedikit idea bisnes dan cara bagaimana untuk memulakan perniagaan anda kelak. Jumpa lagi di post yang seterusnya. InsyaAllah. Sekian.



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *