11 May 2022

3 Sebab Pelanggan Terpengaruh Untuk Membeli

 

Cabaran berniaga zaman sekarang cukup besar. Selepas PKP lebih 2 tahun, banyak pekerja yang terkesan. Keadaan ini memaksa mereka untuk menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

Kebiasaannya apabila ramai pesaing dalam perniagaan, maka selain mengumpul data pelanggan ada beberapa usaha yang perlu dilakukan untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli produk ataupun perkhidmatan anda.

Sebagai perniaga kita jangan melakukan perkara yang membatasi agama seperti mengupah bomoh untuk melakukan sihir demi menutup periuk nasi perniaga lain. Kita berniaga biarlah pada jalan yang diberkati Allah.

Baiklah...berbalik kepada artikel blog saya kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda 3 sebab kenapa pelanggan mudah terpengaruh untuk membeli. Ini antara sebab yang menarik perhatian saya apabila saya letakkan diri saya sebagai pembeli. 

Ini antara sebabnya... (mungkin kita boleh bincangkan lagi. Sila komen !)


1) Kualiti Produk Yang Optimum

Bagi pandangan saya kualiti produk lebih utama berbanding harga. Apabila kualiti produk pada tahap optimum, pelanggan akan mudah terpengaruh untuk membeli dengan anda.

Pelanggan tidak kisah membayar lebih sekiranya kualiti produk cukup berbaloi dengan duit yang mereka telah belanjakan.

Semestinya ada cara untuk mempengaruhi minda pelanggan agar percaya dengan anda. Sekiranya anda ingin belajar ilmu pengaruh minda pelanggan, saya ingin kongsikan video tutorial secara percuma istimewa kepada anda, cara hack minda pelanggan agar membeli dengan anda. Kalau berminat, sila lihat tawaran DI SINI.

Sementara tawaran masih sah !


2) Respon Pantas Pertanyaan Prospek

Saya sendiri mempunyai pengalaman apabila seller tidak respon langsung aduan pertanyaan saya tentang produk mereka. Anda pernah terkena tak ?

Apa perasaan anda masa tu. Pasti dalam minda kita terfikir, betul ke seller ni.

Sekurang-kurangnya respon dulu pertanyaan pelanggan sebagai contoh " maaf yang tuan/puan, kami akan respon mesej tuan/puan dalam tempoh 24 jam dari sekarang " Mungkin dengan mesej balas yang dimulai dengan “maaf” prospek rasa sejuk sikit.

Zaman sekarang ni tiada masalah untuk membalas secara pantas mesej prospek 24 jam. Terdapat banyak applikasi software yang boleh bantu anda menjawab respon bakal pelanggan dengan pantas dengan hanya “kata kunci” tertentu seperti mana software Mailevo Whatsapp Blaster boleh lakukan.


3) Testimoni Ikhlas

Anda percaya tak, sebenarnya testimoni mempunyai banyak kelebihan mempengaruhi prospek untuk membeli produk anda.

Testimoni ini bukan boleh ‘buat-buat’ ataupun menipu. Testimoni perlulah dari komen ikhlas  yang lahir dari pembeli produk anda.

Antara salah satu cara mudah mendapat testimoni pelanggan adalah dengan cara memberi potongan harga diskaun kepada beberapa pelanggan terawal serta sanggup memberi komen ikhlas dari mereka setelah menggunakan produk anda.

Kemudian anda kompilasikan testimoni-testimoni mereka dan anda masukkan dalam ayat iklan, surat jualan dan sebagainya untuk mempengaruhi prospek pelanggan.

 


Kesimpulan

Perniagaan yang kukuh memerlukan usaha yang berterusan tanpa henti. Jangan pernah berhenti melakukan pemasaran dan sentiasa memberi perkhidmatan lepas jualan yang terbaik kepada pelanggan. Usaha mempengaruhi pelanggan hanyalah langkah mula untuk menjadikan mereka termasuk dalam senarai database pelanggan yang akan di follow up untuk hari mendatang.

Kata kunci pada artikel kali ini ialah ‘jangan putus asa‘ mencari ilmu perniagaan. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh memberi keyakinan pada peniaga sekiranya ingin merealisasikan impian memiliki empayar bisnes suatu masa kelak. InsyaAllah.

Saya doakan perniagaan terus menuju kejayaan dan kuat menempuh segala cabaran. Aaamin

Sekian. Jumpa pada artikel seterusnya. Terima kasih.



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *