03 February 2024

Program Affiliate Solvy Hub Khusus Untuk Peniaga Online


Bahagian paling menarik dalam menjana pendapatan secara online ini adalah bila terbongkar satu lubuk produk digital yang ramai usahawan suka untuk membelinya. Ia adalah tool ataupun alat pemasaran yang sentiasa relevan sampai bila-bila.

Salah satu lubuk software untuk membantu para usahawan memudahkan kerja-kerja pemasaran adalah di Solvy Hub.

Anda pernah dengar tak ?

Kalau anda bergerak sendiri sebagai usahawan memang melambatkan JIKA kerja pemasaran dilakukan secara manual. Letih juga lama-lama kan !

Tapi kalau anda ada alat yang boleh bantu anda melakukan pemasaran secara automatik dalam memperkenalkan branding bisnes anda ataupun produk/servis anda.

Pada pos kali ini bukan saya nak ceritakan kepoweran software dalam Solvy ni tetapi adalah PELUANG menjana income bersama Team Solvy khas kepada anda.

Alhamdulillah saya merasa juga menjana income dengan Solvy walaupun secara sambilan. 

Untuk makluman anda saya juga adalah pengguna sotware yang ada di Solvy dan dalam masa yang sama menjadi ejen Affiliate. Hehehe...sambil menyelam minum ayaq.


Program Affiliate Solvy Hub

Ini part yang best untuk saya kongsikan kepada anda. Peluang untuk anda menjana pendapatan dalam Solvy Hub. Zaman sekarang ni kita TAK BOLEH mengharapkan hanya satu sahaja income. Kita kena pelbagaikan sumber income untuk survive. Betul tak ?

Mahu atau tidak mahu kita terpaksa melakukan sesuatu.

Harga barang makanan sekarang ni melambung tinggi. Ramai yang terkesan dan tertekan sebenarnya.

Saya teringat kisah saya dan isteri ketika membeli sayur-sayuran di pasar malam. Plan nak beli sayur terung untuk buat jamuan di sekolah isteri saya.

Ketika memilih sayur terung dan masukkan dalam bakul, peniaga pasar malam mengingatkan isteri saya.."Minta maaf ye kak...terung naik harga ! Kekacang2 pun sama naik harga"

Isteri saya dan saya pun terkedu. Telan air liur jugaklah. Setelah peniaga sayur selesai timbang sayur terung tadi dalam bilangan kuantiti 15 biji macam tu, harga yang perlu bayar ialah RM16.

Dalam hati nak kurangkan ke, batalkan belian ke atau bayar je lah. Jadi akhirnya bayar jelah dalam keterpaksaan. Barang keperluan kan lagipun memang dah niat nak masak pajeri terung. Bayar tetap bayar.

Begitulah senario tentang harga barang naik mencanak. Kita tiada pilihan lain melain berusaha tambah income yang sedia sekarang ni. Pelbagaikan sumber pendapatan.

Apa pilihan yang kita ada sekarang ?


Jom Sertai Affiliate Solvy Hub

Komisen yang ditawarkan dalam Solvy Hub ni bagi saya agak tinggi juga iaitu RM50 bagi setiap jualan. Anda berjaya jual satu produk software di Solvy Hub, komisen anda ialah RM50. Bayangkan kalau anda dapat jual 10 jualan, komisen anda dapat nanti dah naik RM500.

Apa yang saya nampak menarik dalam Solvy Hub ni ialah sistem affiliatenya. Anda boleh mendapat komisen dari hierarcy network anda. Dah ada sumber kedua income di situ.

Apa yang menarik lagi dalam Affiliate Solvy Hub ni ialah support sistem yang disediakan. Kalau anda ZERO dalam affiliate, team Solvy akan ajar anda dari kosong. Anda hanya perlu follow jer apa yang diajar. Bodoh-bodoh jer follow, insyaAllaah anda pasti berjaya menjana income kelak.

Saya cerita kat sini takdelah se detail apa yang diterangkan di website Solvy.

Kalau anda nak tahu apa yang saya sampaikan ini betul atau tak, sila tengok website  www.Solvy.my nie !


Senarai Produk Software di Solvy Hub

Saya ada ceritakan pada perenggan di atas bahawa produk Solvy memang sentiasa relevan untuk usahawan. Berikut adalah antara produk mereka yang anda turut layak untuk menjual kelak.


1) FBOOM X - Facebook Automation Software


2) WABOOST - Whatsapp Booster


3) QUIKY - Copywriting Software (Robot Copywriting)


Sebenarnya ada lagi beberapa produk software lain untuk membantu para usahawan diluar sana. Para usahawan online pasti suka produk ini. 

Sekiranya anda ingin melihat tawaran produk software apa yang lain, saya cadangkan anda daftar sebagai affiliate dan lihat sendiri 'isi perut' dan emas yang ditawarkan di Solvy Hub.

Jika anda sedang mencari-cari peluang menjana income dari program affiliate yang membayar komisen tinggi anda boleh daftar - DI SINI sekarang ! Saya tak paksa anda untuk daftar tetapi saya dah baca di website mereka dan mereka menyatakan tawaran sebagai ejen affiliate BAKAL DITUTUP.

Jadi sekiranya anda sempat mendaftar mungkin inilah rezeki anda. Cepat-cepatlah daftar yer. Pendaftaran PERCUMA sahaja. Tiada apa-apa yuran yang perlu anda bayar.

Oklah..sampai sini dulu perkongsian saya.

Sila kongsikan kepada kenalan anda post saya ini sekiranya ia memberi manfaat yer !

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *