08 March 2015

Penghayatan Integriti Dalam Kehidupan


Salam hormat wahai pengunjung blog yang budiman. Rasa macam sekejap jer dah sampai bulan March 2015. Singkat betul masa berlalu kan. Tup..tup...dah hari ini dah Jumaat.

Seperti biasalah bila sampai hari Jumaat, saya akan cuba kongsikan khutbah yang saya sempat rakamkan dalam perisian EverNote saya. Kalau ia bermanfaat kepada anda, syukur alhamdulillah. Tujuan saya hanyalah sekadar peringatan bersama, manalah suatu hari saya boleh baca balik apa yang saya nukilkan di sini.


Penghayatan Integriti Dalam Kehidupan

Khutbah minggu ini adalah tentang intergriti di mana sangat penting untuk semua orang di dunia ini faham.

Intigriti merupakan satu prinsip yang mempunyai nilai amanah, jujur dan memiliki keperibadian yang tinggi. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berintigriti dalam setiap apa juga tugas yang dipertanggungjawabkan.

Umat Islam khasnya perlu menghayati nilai intigriti seperti amanah, jujur, ikhlas dalam setiap amalan dalam agama.

3 Kesan JIKA TIADA Integriti

Islam menitik beratkan integriti dalam setiap aspek kehidupan demi keharmonian sesama insan. Namun ia bakal memberi mplikasi NEGATIF jika tidak dijaga.

3 kesan negatif JIKA TIADA integriti di dalam hati manusia :

1) Gejala Rasuah Meningkat

Islam mengharamkan rasuah, baik kepada sesiapa yang memberi dan juga yang menerima rasuah. Rasulullah melaknat umatnya yang memberi dan menerima rasuah, seperti dalam hadith...

" Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain) "
( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)


2)  Hilang Keberkatan Rezeki

Memperolehi rezeki dari sumber yang haram bakal mendapat murka Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.”  (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Pelbagai hukuman dunia bakal diterima jika masih tidak bertaubat kepada Allah. Antara kesannya adalah hidup mereka  bakal ditinpa kesusahan tanpa disedari, tiada ketenangan dalam hidup serta doa tidak diterima.


3) Negara Menjadi Lemah

Amalan rasuah boleh menghancurkan sistem keselamatan negara. Pendedahan rahsia negara kepada negara luar memberi risiko keselamatan. Sistem pertahanan mudah dihancurkan dan menjadikan negara lemah segala-galanya.

Hanya mempertahankan kepentingan diri seseorang pemberi dan penerima rasuah bakal menghancurkan negara dan sistem petadbiran negara menjadi kucar-kacir.


Cara Untuk Mengatasai Gejala Rasuah

1) Mantapkan pegangan iman dan sahsia diri.

2) Tanamkan implikasi gejala rasuah dari peringkat bawah. Terapkan ilmu tentang keburukan rasuah dari peringkat sekolah lagi.

3) Penguatkuasaan perlu digiatkan lagi dengan cara menangkap mereka yang terlibat melakukan rasuah. Hukuman lebih berat dikenakan kepada sesiapa jua yang melakukan rasuah.

4) Penerangan tentang gejala rasuah dipertingkatkan agar rakyat faham tentang kesan kepada negara khasnya.


Akhir sekali sebelum khatib mengakhiri khutbah Jumaat, khatib memberi kesimpulan dengan menyatakan firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 58 :


Maksudnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


Kesimpulan

Rasuah adalah salam satu amalan yang haram disisi Islam di mana kita sebagai umat Islam WAJIB menjauhi amalan rasuah ini. Banyak kesan-kesan buruk bakal berlaku kepada bukan sahaja individu yang melakukannya malah memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara kita Malaysia yang dicintai.

Bagi mereka yang pernah melakukannya, Islam ada jalan untuk mengatasinya dengan cara memperbanyakkan taubat kepada Allah Subhana Wataa'ala. Insya Allah.

Sekian dulu perkongsian saya untuk post kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Sekian. Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *