29 August 2013

Tafsir Mimpi Menurut Kaedah Al-Quran



Pernahkah anda bermimpi perkara yang sama dan ia berlaku setiap kali anda tidur ? Ada keadaan di mana mimpi yang anda alami cukup indah dan kadang kala mimpi yang menakutkan. Setiap orang pasti akan mengalami mimpi ketika tidur. Tidak kiralah siapa pun kita asalkan bernama manusia pasti akan mengalaminya. 

Ada sesetengah orang menyatakan mimpi itu mainan tidur dan ada juga mempunyai pandangan berbeza dan menyatakan ia mempunyai tanda-tanda tertentu sebelum berlakunya sesuatu kejadian. Apa jua pandangan kita harap jangan sampai tersasar iman dari mempercayai qada' dan qadar Allah.

Teringat saya pada ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkenaan persoalan tafsri mimpi. Menurut ceramah beliau, tafsir mimpi adalah seumpana mendung awan gelap di kawasan kampung beserta bunyi guruh sana sini. Secara normalnya kebanyakan orang akan menganggap akan berlakunya hujan yang lebat. Itulah yang dimaksudkan tafsir mimpi.

Anggapan hujan disebabkan tanda-tanda mendung beserta guruh tadi menjadi satu tafsiran semata-mata. Walhal semuanya tidak akan berlaku tanpa keizinan dari Allah. Kalau tidak macam mana boleh ada perumpamaan " Mendung Tidak Bererti Hujan " kan.

Mimpi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu mimpi yang benar dan mimpi yang batil.

1) Mimpi yang benar
Mimpi yang dialami manusia ketika mana kondisi psikologinya dalam keadaan seimbang. Mimpi tidak akan mendahului akan keinginan seseorang terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya seperti kita berkeinginan untuk memiliki Superbike 1000cc kemudian kita bermimpi menunggangnya dilebuhraya yang panjang sambil menikmati kepuasan tungangannya. Kebenaran mimpi juga tidak ternodai oleh peristiwa junub dan haid.

2) Mimpi yang batil
Mimpi yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan dan hasrat. Contoh paling mudah mimpi 'basah' dan mimpi lain yang mewajibkan mandi. Mimpi yang batil tidak mempunyai maksud yang benar. Ia samalah seperti mimpi yang menakutkan dan menyedihkan kerana ia berasal dari kerja syaitan.

Menurut Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam menyatakan tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.

Sebagai orang Islam kita jangan membataskan pergerakan hidup kita melalui tafsiran mimpi semata-mata. Walaupun kadang kala kebanyakan dari mimpi kita itu menjadi benar tetapi kita masih tidak dapat membuat kesimpulan denga begitu mudah. Perkara yang ghaib semua ditentukan oleh kuasa Allah,

Mungkin ada benarnya mimpi itu mainan tidur tetapi jika terlalu kerap bermimpi pasti ia akan menjadi persoalan yang panjang. Bagi mereka yang sering menghadapi masalah bermimpi pasti ada sesuatu maksud yang tersirat dan saya ingin memberi cadangan kepada anda untuk melihat satu kamus tafsir mimpi yang dilakar menurut Al-Quran, hadith dan pengalaman orang-orang soleh oleh 2 orang ustaz yang bernama Ustaz Hayat dan Ustaz Zul.

Saya tak dapat nak menulis komentar saya secara lengkap produk kamus tafsir mimpi, insyaa Allah jika diizinkan saya akan cuba kemaskini post saya seterusnya tentang kamus istimewa nie.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lengkap tentang kamus ini sila layari www.kamustafsirmimpi.com !




Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *