06 January 2014

3 Faktor Penggerak Mencari Pendapatan Tambahan


Zaman sekarang merupakan zaman mencabar bagi mereka yang masih hidup. Cabaran hidup ini bukan satu pilihan tetapi satu kemestian untuk ditempuh demi memulakan satu episod kehidupan yang panjang serta jalan cerita yang berbeza-beza dari setiap insan.

Bila berbicara tentang pendapatan tambahan ataupun dengan perkataan yang lebih mudah difahami adalah 'duit extra', apa yang terlintas di dalam otak kita. Kita akan ingat hutang itu, hutang ini yang sekian lama terunggak dan ini akan membawa fikiran kita terus untuk mencari jalan penyelesaiannya. Betul tak ?

Pendapatan tambahan adalah pendapatan asas yang kita perolehi selain dari pekerjaan yang kebanyakan kita lakukan hari-hari dan memperolehi hasilnya setiap hujung bulan. Melalui pendapatan asas inilah kita membayar hutang rumah, kereta, bil-bil, belanja rumah dan sebagainya.

Setiap orang memerlukan pendapatan kedua sebagai tambahan tetapi majoriti dari mereka tidak mahu melakukan kerja kedua melainkan mengharapkan durian runtuh andai ada rezekinya. Ada juga yang berkata " Hidup ala qadar jerr.." Menurut Islam ala qadar bermaksud berusaha sehabis baik untuk memperolehi sesuatu kemudian berserah kepada Allah.

Pendapatan Perkapita Rakyat Malaysia

Perbandingan pendapatan perkapita rakyat Malaysia nampaknya ada pertambahan dari tahun 1970 kepada penghujung tahun 2011 iaitu sebanyak RM28,000. Dengan pertambahan ini adakah menjadi penyebab mengapa ramai yang masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan sebagai sumber pendapatan kedua.

Apakah dia istilah pendapatan perkapita ni ?

Pendapatan per kapita bermakna jumlah wang yang seseorang penduduk akan terima jika pendapatan negara tahunan dibahagikan kepada setiap penduduk dengan sama rata. (sumber jawapan Wikipedia)

Faktor Yang Menyebabkan Seseorang Mencari Pendapatan Tambahan

Manusia sentiasa mempunyai keinginan terhadap sesuatu dan keinginan itulah yang menjurus kepada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Bukan satu kesalahan untuk mempunyai keinginan bahkan tidak salah untuk berimpian memiliki kehidupan yang lebih baik. Kita perlu tahu membezakan yang manakah satu keperluan dan yang mana satukah keinginan.

Kita perlu sedar bahawa untuk menempuhi era yang serba mencabar ini memerlukan satu momentom yang kuat untuk melakukan penjimatan dalam perbelanjaan. Perancangan perlu dilakukan dari segi pengurusan wang.

3 faktor yang mengerakkan seseorang perlu mencari pendapatan tambahan.

1. Pendapatan Melebihi Perbelanjaan
Perbelanjaan adalah keinginan manusia yang normal dalam memenuhi kehendak ataupun keperluan mereka. Setiap manusia memiliki nafsu dan faktor yang menetukan pendapatan melebihi perbelanjaan ditentukan juga sekuat mana mereka berjaya mengawal nafsu mereka.

Di sini langkah penjimatan perlu dilakukan dan jimat di sini bukanlah sampai ke tahap bakhil yer.

2. Kuasa Membeli Semakin Mengecil
Nilai kuasa membeli kini semakin mengecil. Harga barang naik menyebabkan manusia terpaksa mencari pendapatan tambahan. Lihat sahaja berapa banyak barang yang boleh kita beli dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM50 di mana-mana shopping mall, hyper market dan sebagainya.


3. Tanggungan Yang Kian Meningkat
Memang tidak dinafikan lagi, bertambahnya tanggungan menjadi faktor mencari pendapatan tambahan. Saya teringat seorang rakan sekerja saya yang berbangsa cina. Saya pernah bertanya kepada dia yang memiliki seorang anak berkenaan soalan spontan begini, "...tak nak tambah anak ker ? " tanya saya. Anda tahu apa jawapan dia, dia membalas " mau wang 1 juta untuk tanggung seorang anak wo !"

Kos untuk menambah tanggungan sebagai contoh terbaik yang dapat saya berikan adalah anak merupakan penyebab manusia bertindak menambah sumber pendapatan.



Peluang Menambah Pendapatan Dari Bidang Telekomunikasi

Salah satu cabang untuk menambah pendapatan yang ingin dicadangkan kepada anda adalah dari penggunaan handphone. Saya tidak tahu adakah ia sesuai dengan anda ataupun tidak tetapi jika anda ingin mendapat sedikit informasi mengenainya, saya telah menulis artikel di Facebook Notes saya. Sila klik disini untuk terus membacanya !

Secara asasnya peluang ini BUKAN menjual topup, kerana kalau jual topup, sekali jual, sekali untung. Tak jual tak dapat untung.

Anda boleh menjadi agen penjual simkad tunetalk/toneexcel. Jika anda berjaya jual pada satu orang, anda akan dapat untung sebanyak RM20. Kedua, setiap kawan tu topup, anda akan mendapat sehingga 6% daripada jumlah topup mereka. Tak kiralah kat mana sekali pun mereka topup.

Selama mana mereka pakai simkad tunetalk/toneexcel, selama itulah anda menerima komisen. Menarik bukan ! Sila baca seterusnya artikel saya di Facebook di sini !





Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *