19 January 2014

Adakah Handphone Satu Keperluan Masa Kini ?



Handphone...Adakah Ia Satu Keperluan Masa Kini ?
Salam hormat;
Mengikut statistik, bilangan pengguna handphone berdaftar di Malaysia adalah seramai 34.4 juta berbanding populasi rakyat Malaysia itu sendiri iaitu seramai 27.4 juta orang.
Adakah statistik ini boleh dijadikan bukti bahawa handphone adalah satu keperluan, BUKAN lagi kehendak ?
Lihat disekeliling kita, sesiapa yang berakal normal pasti memiliki handphone sendiri. Mungkin ia dikalangan ibu & bapa kita, adik beradik, jiran tetangga, makcik, pakcik, malahan atuk dan nenek kita juga ada yang memiliki handphone sendiri.
Kalau dizaman saya sekolah dulu, tiada seorang pun pelajar sekolah yang memiliki handphone sendiri. Zaman sekarang ni seperti satu kejutan kepada generasi kini yang perlu kita terima.
Lambakan teknologi handphone, applikasi serta sistem yang canggih menyebabkan berlakunya daya tarikan yang kekadang sampai ke tahap obses kepada individu tertentu.
MENGAPA HANDPHONE SATU KEPERLUAN ?

1) Prabayar Lebih Mampu DiLanggan
Kita lihat pula statistik pengguna Prabayar berbanding Pasca Bayar di mana bilangan pengguna Prabayar mempunyai seramai 27.6 juta berbanding pengguna Pasca Bayar iaitu seramai 6.8 juta.
Terdapat banyak saingan dari syarikat Telko gergasi di Malaysia yang menawarkan pakej yang berbaloi-baloi hanya untuk menarik minat pelanggan mereka terutamanya pengguna Prabayar.
Lihat sahaja iklan di TV, ada sahaja pakej yang diperkenalkan oleh syarikat Telko yang menyasarkan jualan kepada golongan remaja terutamanya melalui plan internet percuma seumur hidup sebagai contohnya.
2) Mudah Berhubung - Jauh Menjadi Dekat
Perhubungan mudah dijalinkan dan ia menjadi lebih dekat walau sejauh mana kita berada di dunia ni. Pelbagai program sosial media telah dicipta untuk menyokong sistem handphone sebagai contoh Facebook, WhatsApp, LINE, We Chat, Twitter, Intagram dan lain-lain.
3) Berita Terkini Mudah Diperolehi
Melalui handphone juga banyak informasi mudah diperolehi. Banyak berita yang dikemaskini boleh diketahui hanya menggunakan hujung jari. Tidak kiralah berita tentang politik, artis, agama, sukan dan lain-lain berita sangat mudah diterokai.
Dunia tanpa sempadan adalah salah satu konsep yang memberi impak daripada penggunaan medium ataupun alat bernama handphone.
AMBIL PELUANG DARI KUASA HANPHONE
TERKINI ! Bidang yang terkaya di dunia adalah dalam bidang Telekomunikasi berbanding bidang IT yang biasa dipelopori oleh Bill Gates.
Lihat di Google tentang orang terkaya di dunia (richest man in the world). Keputusannya menunjukkan Carlos Slim Helu & Family menduduki tangga pertama orang terkaya di dunia diikuti oleh Bill Gates. Lihat pautan di bawah untuk lebih jelas !
Statistik yang saya nyatakan pada perenggan pertama tadi menunjukkan bidang telekomunikasi adalah bidang yang boleh menjana pendapatan daripadanya.
Bilangan pengguna handphone yang semakin hari semakin bertambah serta bukti yang menunjukkan terdapat 7 juta pengguna memiliki lebih dari satu handphone.
Pasti ada ruang dan peluang untuk kita sama-sama mengambil kesempatan dari jumlah pengguna handphone ini terutamanya di Malaysia. Terdapat beberapa bukti lain yang bakal meyakinkan anda untuk anda mula mengambil peluang memperolehi nikmat dari setiap penggunaan handphone. Anda boleh ketahui peluang yang saya maksudkan pada pautan diakhir post ini.
Banyak syarikat Telko di Malaysia berlumba-lumba memaparkan faedah-faedah & pakej yang menarik (dapat Smart Phone FREE) untuk menarik minat pengguna handphone.
Objektifnya tiada lain hanya untuk mempelopori bidang Telekomunikasi yang bakal menjadi satu bidang yang utama di Malaysia kelak. Mereka berlumba-lumba menjadi yang terbaik demi memikat hati pelanggan.
Adakah anda hanya ingin melihat sahaja peluang untuk menjadikan bidang telekomunikasi sebagai sumber utama pendapatan anda kelak ?
Jawapannya ada pada anda sendiri !
Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca post saya yang panjang lebar nie. Jumpa lagi yer di Notes yang lain.
Terima kasih.
Daripada;
Azeri bin Abdul Wahab
IDP : 127638
H/P & WhatsApp : 019-3766711

P.S : Sila LIKE Page ini untuk informasi lanjut [https://www.facebook.com/projekpasifdarihandphone]

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *