Amalan-Amalan Yang Mewarisi Kepapaan


Saya pernah menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 di mana panel ketika itu adalah Ustaz Abdullah Mahmud. Beliau telah mengupas tentang antara salah satu amalan yang mewarisi kepapaan adalah menyarung seluar sambil berdiri.

Dalam hati saya ada sedikit rasa kejutan, "oh..rupanya itu adalah amalan yang boleh mengundang kepapaan"
Saya mula terfikir pasti ada lagi amalan-amalan yang disangka selama ini perkara biasa merupakan amalan yang boleh mewarisi kepapaan.

Mula mencari apakah amalan lain

Rupanya amalan-amalan yang mewarisi kepapaan telah di karang oleh seorang alim ulama yang bernama al Allamah Syeikh Burhanuddin al Zarnuji dalam kitabnya yang bertajuk Kitab Taalim al Mutaalim Fi Tariq al Taalum. Maklumat ini pun saya jumpa di laman blog zulikhwanzahari.

Di bawah ini saya tunjukkan gambaran kitabnya. Anda boleh beli secara online di kitaabun.com jika anda mahu.



Perilaku yang menjurus ke arah dosa selalunya menjadi asbab terhalangnya rezeki, malah tidur pada waktu subuh juga menghalang kemurahan rezeki kerana banyak tidur akan mewarisi kepapaan iaitu papa dari segi harta dan juga ilmu.

Amalan-Amalan Yang Mewarisi Kepapaan

Sama-sama kita berusaha untuk elakkan dari terus mengamalkan perkara-perkara di bawah ini. Antara amalan yang harus dielakkan adalah..
  1. Tidur sambil telanjang
  2. Kencing telanjang
  3. Makan dalam keadaan berjunub
  4. Makan sambil menyingking atas lambungnya
  5. Bermudah-mudah dan membiarkan dengan tumpahan daripada hidangan nasi, roti dan umpamanya.
  6. Bakar kulit bawang putih dan bawang merah
  7. Menyapu rumah dengan kain
  8. Menyapu rumah pada waktu malam
  9. Membiarkan sampah pada rumah
  10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
  11. Memanggil kedua ibubapa dengan nama keduanya
  12. Mencungkil gigi dengan tiap-tiap kayu
  13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
  14. Duduk atas direning pintu
  15. Bergantung-gantung atas salah satu daripada dua keping papan pintu
  16. Berwudu’ di tempat qada hajat
  17. Menjahit kain yang di atas tubuhnya
  18. Mengeringkan basah-basah muka dengan kain yang dipakainya
  19. Membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya
  20. Bermudah-mudah dengan solat
  21. Segera keluar daripada masjid setelah solat subuh
  22. Berpagi-pagi ke kedai dan lewat pulang dari kedai
  23. Berdoa dengan kejahatan ke atas anaknya
  24. Tidak menutup bekas makanan
  25. Menghembus pelita dengan mulut
  26. Menyurat dengan pen yang diberkas
  27. Menyikat dengan sikat yang patah
  28. Tidak mendoakan kebaikan kepada kedua ibubapa
  29. Membelit serban sambil duduk
  30. Memakai seluar sambil berdiri
  31. Terlalu jimat
  32. Boros
  33. Pemalas
  34. Bermudah-mudah dalam setiap perkerjaan

Rasa-rasa ada tak amalan-amalan di atas yang menjadi tabiat anda sepanjang hidup ? 

Kalau nak berubah memang mengambil masa yang agak lama. Tetapi kita bagaimana sekali pun kita perlu berubah !

Perkongsian informasi ini adalah sebagai rujukan peringatan buat diri saya dan diharap ia membantu anda juga. Moga-moga usaha ini diberkati-Nya. Aminnn.

=============================================
Amalan ke 20 Mungkin Selesai Dengan Produk Info Ini
=============================================

Bermudah-mudahan dengan solat akan menjurus kepada mewarisi kepapaan. Berusahalah untuk menjadikan solat kita solat yang TIDAK sia-sia. Solat adalah amalan utama dan ia adalah cara kita berkomunikasi dekat dengan Allah. Hablumminallah. (Hubungan dengan Allah)

Secara logiknya...jika hubungan dengan Allah tidak dijaga, mana mungkin kemurahan rezeki dikurniakan kepada hambaNya. Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang solat.

Antaranya peringatan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 238 bermaksud.

Allah berfirman : "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk."

Allah memerintahkan hamba-Nya untuk menyempurnakan semua solat fardhu dengan taat dan khusyuk.

Persoalannya ... bagaimana ingin mencapai solat yang sempurna dan khusyuk ?

Maka...

Wujudlah satu produk info tentang Rahsia Solat - Panduan Solat Sempurna & Khusyuk yang dikarang hasil dari kajian bertahun-tahun oleh Prof Dr Ustaz Hasnan Kasan yang juga merupakan pengarah dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Beliau banyak mengajar dan melakukan seminar dan bengkel untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memperolehi solat yang sempurna dan khusyuk serta cara dan teknik merealisasikannya.

Jika anda berminat anda boleh dapatkan secara digital iaitu secara Ebook dengan format PDF serta Video. Anda juga bakal mendapat hadiah bonus berbentuk Audio tentang memahami makna bacaan dalam solat.

Untuk maklumat lanjut dan selengkapnya, sila layari www.rahsiasolat.com sekarang ! 

Semoga membantu. 

Sekian. Terima kasih.



Daripada;
Azeri b Abdul Wahab
Facebook : RieTPG

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *