22 April 2014

Elaika - Titipan Kasih Dan Cinta Seorang Hamba Bernama Imam Syafi'e (R.A)



Salam hormat..Saya sebenarnya dah lama tercari-cari lagu nasyid bertajuk Elaika yang didendangkan oleh Mohammed Obaid. Pertama kali saya mendengar lagu ini di corong radio saluran IKIM suatu masa dulu hati saya terus rasa tenang. Alhamdulillah. Sebenarnya saya tak faham apa pun maksud lagu tu. Cuma saya rasa tenang hati mendengarnya.

Mungkin secara kebetulan saya cuma nak search di Google tentang cabaran seorang penulis sebenarnya. Tengah search, jumpa satu blog yang menulis tentang lagu nasyid ni. Saya terus baca perkongsian maksud lagu ni. Bila baca maksud lagu ni rupanya seperti satu sajak luahan perasaan seorang hamba yang zuhud kepada Allah. 

Saya search lagi...ohh rupanya lirik lagu ini adalah dari titipan doa terakhir Imam Syafi'e (R.A) sebelum beliau meninggal dunia. Masyaa Allah.


Saya cari video di Youtube, manalah tau kot-kot ada yang berkongsi video beserta maksud lirik Elaika nyanyian Mohammed Obaid. Rupanya ada. Rasa gembira betul hati saya. Saya terus kongsikan pada post saya yang ini.

Kat bawah nilah video yang saya berjaya cari dan anda hayatilah lagu dan maknanya sekali. Baru anda faham maksudnya. Insyaa Allah.



Makna Lirik Lagu Elaika Nyanyian Mohammed Obaid

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

BuatMu, Tuhan segala makhluk, ku persembahkan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang pendosa, wahai Maha Pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Tatkala keras hatiku dan sempit jalan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Ku jadikan sendu rayuku manifestasi keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Selamanya masih Engkau sahaja yang mengampuni dosa yang tidak terhapus ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرّمــا

Kasih dan ampunanMu adalah kurnia dan kasih sayangMu

***

ألــســت الـّـــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberiku makan, jua petunjuk?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

Selamanya masih Engkau yang memberi anugerah dan nikmat kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـّتــي

Moga Yang Maha Memiliki Ihsan mengampunkan kegelinciranku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدّمــا

Dan menutup dosa-dosaku dan setiap yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــّي تـعــف عـــن مـتـمـرّد

Andai Engkau ampunkan daku, ampunkan jua semua kederhakaanku

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

Aku yang zalim dan degil, tak terpisah dari dosa

و إن تنـتـقـم مــنــّي فـلـســت بـئايــس

Dan jika Engkau menghukumku, tidak akan ku berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـّمـا

Walau semua manusia mencampakkan diriku kerna salahku ke dalam neraka

***

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

Lidah masih fasih pada detik mengingati Tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما

Bila bersama selainNya ia jadi terasing

يـقــول : حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

Ia berkata : Kekasihku, hanya Dikau pinta dan mintaku

كـفــى بـــك للـرّاجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

Cukuplah Engkau buat yang menagih harapan dan ganjaran

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

Kupelihara kasihku yang telah dikotori nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــبّ أن يـتـثـلـّمـا

Akan kujaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

Tika jaga ku rindu, tika lelap ku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــّمــا

Langkahku diiringi semangat dan irama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Dosa-dosaku besar dari dulu hingga kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

Tapi keampunanMu pada sang hamba, meninggikannya dan memuliakan

Semoga lagu ini juga dapat menenangkan hati anda juga ! Insyaa Allah. Aminnn.

Sekian. Terima kasih kerana sudai baca sampai sini.

Kalau sudi ...ADD lah saya sebagai rakan FB anda kat sini !


Daripada,
Azeri bin Abdul Wahab


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *