08 October 2017

Iman Farrar - Nyanyian Kasih Padamu Menyentuh Hati

 
Salam hormat;

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana masih diberi keizinan saya untuk berkongsi di blog peribadi saya ini.

Walaupun isi kandungan blog ini tidaklah seberapa tetapi saya cuba berkongsi ilmu untuk saya fahami dan amalkan.
 
Semalam 9-Oct-17 (Sabtu), Allah memberi saya rezeki untuk hadir mendengar kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang yang bertajuk ikhlas kerana Allah yang disampaikan oleh Ustaz Norazman.

Dalam kuliah tersebut, Ustaz ada menyentuh tentang tahap keikhlasan kita merindui baginda Rasulullah tidaklah sehebat keikhlasan para sahabat Rasulullah Shollallahhu A'laihi Wasallam.


Banyak kisah-kisah para sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi Rasulullah.

Antara kisah sahabat yang menarik perhatian saya ialah kisah Bilal bin Rabah setelah baginda wafat. Ketika itu Bilal berada di Syam.

Suatu masa ketika Bilal sedang tidur, beliau bermimpi Rasulullah datang kepada beliau dan mengatakan tidak kah kau mau ziarah aku ? Kemudian Bilal terjaga dari tidur dan terus bergegas ke Madinah yang jaraknya sangat jauh untuk sampai.

Anda boleh baca selanjutnya kisah Bilal bin Rabah ini melalui Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) di sini !

Memang amat menyedihkan hati jika anda sempat membacanya.

Nanyian Kasih Padamu (Ya Rasulullah) - Iman Farrar

Ketika saya sedang mencari lagu nasyid yang memuji Rasulullah di You Tube, saya terjumpa satu lagu nasyid bertajuk "Kasih Padamu" yang dinyanyikan oleh Iman Farrar. Sebenarnya penyanyi asal lagu ini adalah dari Hafiz Hamidun iaitu salah seorang artis di Malaysia.

Lagu tu saya muat naik di Fanpage saya di Tube Kuliah Online .

Kalau anda nak tonton nyanyian yang menyentuh hati kita (insyaAllah) betapa rindu dan kasihnya kita kepada baginda Rasulullah Shollallahua'laihi Wasallam. Sila klik butang play dan mula perdengarkannya !




Sekian dulu perkongsian saya di blog ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *