22 March 2015

Sikap Bakhil Jalan Menuju Ke Neraka


Salam hormat rakan-rakan pembaca yang budiman sekalian. Terima kasih sebab jengok blog ini walaupun sebentar.

Seperti biasa seminggu sekali saya berusaha untuk berkongsi maklumat tentang apakah perkogsian khutbah yang dibacakan oleh khatib pada 20 Mar 15. Tajuk khutbah kali ini menarik sekali. Ia berkaitan sikap mazmumah yang harus dielakkan sebagai orang muslim.

Zaman sekarang ni adalah zaman yang cukup mencabar untuk sara hidup. Ditambah pula GST dan kenaikan tambang pengangkutan awam dan sebagainya. Semuaya kita perlu hadapi. Tetapi jangan terus pandang negatif dengan impak yang ditanggung, malah kita perlu cuba cari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ekonomi dan yang paling penting elakkan sikap BAKHIL.

Baiklah....

Kita terus kepada perkongsian khutbat yang bagi pandangan saya memberi tajuk cukup menarik iaitu " BAKHIL JALAN MENUJU KE NERAKA "

Pada permulaan khutbah, seperti biasa khatib akan mengajak jemaah untuk bertaqwa kepada Allah dengan cara kita perlu berusaha amalkan semua perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Rasulullah Sebagai Contoh Terbaik

Contoh ikutakan terbaik untuk kita semua ikuti adalah nabi junjungan kita baginda Nabi Muhammad Shollallah Hua'alaihi Wasallam. Baginda memiliki sifat yang amat pemurah. Orang Islam disarankan mencontohi perilaku Rasulullah.

Baginda memiliki sifat yang sentiasa ingin memberi kepada sesiapa sahaja tambah-tambah lagi pada bulan puasa.

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu annum, katanya:

" Rasulullah Shallallahu'laiahi wa asallam adalah seorang yang sangat pemurah dan lebih pemurah  lagi selama bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemui Nabi. Shallallahu'laiahi wa asallam. Biasanya JIbril datang kepada Nabi pada setiap malam Ramadhan Dan keduanya membaca Alquran berganti-ganti. Sesungguhnya Rasullullah Shallallahu'laiahi wa asallam lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus "

Bakhil merupakan salah satu sifat mazmumah yang perlu dijauhkan.

Faktor Menjadi Bakhil

1) Cinta dunia, benci kematian

Dalam Islam, sifat ini digelar sebagai Al-Wahun. Ia adalah satu sifat di mana ketakutan akan kematian kerana takut kehilangan harta mereka. 

2) Tidak YAKIN apa yang ada di sisi Allah

Mereka tidak percaya apa yang mereka miliki semua adalah diatas kurniaan Allah. Mereka tidak beriman kepada Qada dan Qadar Allah dan takbur setiap apa yang mereka miliki adalah hasil titik peluh mereka sendiri.

Kesan Sifat Bakhil Dunia dan Akhirat

1) Terjerumus pelbagai perbuatan dosa

Mereka yang memiliki sifat bakhil sebenarnya terlalu mudah untuk terjerumus perbuatan dosa.

Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sabda-Nya: “Jauhkanlah diri kamu daripada kebakhilan, kerana sifat bakhil itulah yang membinasakan orang-orang terdahulu. Sifat bakhil telah menyuruh mereka berbuat zalim, maka mereka melakukan perbuatan zalim. Sifat bakhil (juga) telah menyuruh mereka memutuskan tali kekeluargaan, maka mereka memutuskan tali kekeluargaan.” (Riwayat Abu Daud)

2) Leka mengumpulkan harta

Allah telah memberi amaran kepada mereka yang asyik mengumpulkan harta dunia dalam surah At-Takaathur.

Rujuk DI SINI !

3) Kedekut

Mereka yang bakhil akan merasa susah untuk membantu orang lain. Mereka kedekut menawarkan bantuan, derma dan sebagainya.

4) Dapat azab pedih di akhirat

Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 178...


Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).


Tindakan Yang Wajar Diambil

1) Tanam dan yakin bahawa segalanya milik Allah

2) Syukur setiap nikmat yang Allah kurniakan

3) Yakin setiap INFAQ pasti akan diganti Allah

4) Waspada dengan bisikan syaitan

5) Sentiasa berDOA

Antara doa yang diajar oleh baginda Rasulullah Shollallah Hua'laihi Wasallam untuk terhindar dari sikap BAKHIL antaranya adalah seperti di bawah...(jom sama-sama kita mengamalkannya !)


Kesimpulan

Sebagai kesimpulan khutbah Jumaat, khatib telah membaca surah At-Talaaq ayat ke 7 yang bermaksud...


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


Sekian dulu perkongsian saya kepada anda yang sudi membaca sehingga di sini tentang khutbah Jumaat yang diterangkan oleh khatib pada 20 March 15. Semoga bermanfaat dan sama-sama kita amalkan !


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *