Penjimatan Hampir 30% Setelah Saya Tukar Ke Simkad EASTEL



Zaman serba mencabar ni kena selalu fikirkan bagaimana ingin mengawal aliran tunai kita. Maksudnya perbelanjaan kita. Al-maklumlah kos hidup semakin hari semakin mengganas. Kenaikan naik mendadak tetapi kenaikan gaji tidak seimbang. 

Di atas ketidak seimbangan ini serta keinginan nafsu yang sukar dibendung menyebabkan hidup sentiasa merasa tidak cukup.

Handphone....ya....handphone....salah satu alat telekomunikasi yang sentiasa dikemaskini. Lihat sahaja model-model baru handphone dengan sokongan teknologi yang semakin lama semakin canggih.

Daya tarikan handphone sangat kuat. Bukan sahaja golongan muda sahaja yang terperangkap, golongan belia dan dewasa turut terperangkap dan bergelumang dengan kecanggihan teknologi yang semakin menggila.

Mahu atau tak mahu kena juga ikut aliran zaman kini mengikut kemampuan masing-masing.

Berbalik kepada tajuk perkongsian saya kali ini berkenaan penjimatan hampir 30% belanja untuk internet, call dan sms setelah saya menukar servis dari OneXOX kepada EASTEL. 

Saya perlu mengambil masa yang agak lama sebelum saya membuat keputusan untuk menukar syarikat telko ini. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Perkongsian saya ini hanya sekadar untuk membuka minda pembaca bahawa setiap perbelanjaan dalam hidup boleh dijimatkan sekiranya kita mahu.

Sekiranya anda ingin merasa penjimatan sama seperti saya, jom ikuti setiap pos yang saya telah kongsikan dalam blog ini.


Kenapa EASTEL ?

Sebab saya nak jimatkan perbelanjaan saya. Itu hanya jawapan ringkas saya. Tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Perkara utama yang menjadi sebab saya menukar simkad kepada EASTEL walaupun nombor saya masih sama ialah saya mahu mengawal aliran tunai saya dari semua pada perbelanjaan agar saya boleh menyimpan wang dengan lebih banyak.

Sebagai ketua keluarga semua bil, cukai dan sebagainya pelru dibayar pada masa yang ditetapkan. Jika tidak dilangsaikan ikut masa yang ditetapkan pelbagai tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada kita.

Sebenarnya simkad EASTEL ini adalah salah satu penjimatan yang saya berjaya jimatkan. Atas penjimatan hampir 30% ini saya berjaya menambah simpanan sana.

Bukan itu sahaja, EASTEL menawarkan peluang menjalankan bisnes bersama mereka. Ini juga salah satu cara sambil menyelam kita minum air. Sambil guna simkad kita jana pendapatan sampingan. 

Anda cuba kita berapa perbelanjaan sebulan hanya untuk data internet dan call dalam keluarga anda sendiri. Andaikata senario seperti di bawah...

Anda - RM80
Isteri  - RM80
Anak 1 - RM50
Anak 2 - RM30
Anak 3 - RM30

Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk data internet dan call sahaja anda perlu keluarkan duit dari gaji anda setiap bulan sebanyak RM250. Itu belum dicampur dengan bil home broadband Maxis/Unifi/Celcom dan sebagainya. Semestinya ia lebih dari itu.

Penjimatan berganda adalah sasaran sekarang ni. Setelah menukar kepada EASTEL, anda hanya perlu bayar sebanyak, sebagai contoh bilangan ahli keluarga yang sama seperti di bawah..

Anda - RM35
Isteri - RM35
Anak 1 - RM35
Anak 2 - RM35
Anak 3 - RM35

Jumlah keseluruhan perbelanjaan anda sekarang ialah RM175. Penjimatan sebanyak RM75 sebulan bersamaan 30% setiap bulan. RM75 tu nanti anda boleh tolak siap-siap dalam bank simpanan anda setelah mendapat gaji bulanan anda kelak.

Kalau sebulan RM75 ia bersamaam setahun RM900. Wow..banyak penjimatan di situ sahaja.

Itu baru penjimatan  berkenaan bayaran perbelanjaan untuk data internet dan call sahaja, belum lagi home broadband yang kita sebagai ketua keluarga bayar setiap bulan. Adakah ini menjadi satu idea penjimatan yang baik ?


Tawaran Data Internet Boleh Carry Forward

Salah satu sebab lain kenapa saya memilih EASTEL selain penjimatan bayaran komitmen bulanan, data internet boleh dibawa ke bulan hadapan. Ini yang menarik.

Setiap bulan penggunaan jumlah keseluruhan data internet kita tidak sama. Bulan ini mungkin penggunaan data agak lebih tetapi mungkin bulan hadapan mula berkurang.

Tetapi di EASTEL menawarkan servis walaupun dengan hanya bayaran RM35 sebulan (pelan kedua paling murah sebenarnya) anda mendapat data setiap bulan sebanyak 300Gb (200Gb high speed data internet, 100Gb hotspot), Unlimited Calls dan 10 SMS.

Jika anda tidak berjaya menghabiskan data internet pada bulan ini, anda tidak perlu risau kerana data anda akan dibawa ke bulan hadapan. Menarik kan !

Bagi saya ini juga merupakan tawaran menarik yang tiada pada tawaran syarikat telko yang saya langgan sebelum ini.


Tawaran Jana Income Sampingan

Kalau anda mempunyai fikiran yang sama dengan saya iaitu sukakan tawaran JIMAT & JANA untuk satu produk, saya rasa anda patut teruskan bacaan ini. Mungkin peluang ini membantu meningkatkan pendapatan anda.

Baiklah.

Sebab ketiga saya menukar simkad EASTEL adalah disebabkan saya berpeluang menjana pendapatan daripada penggunaan servis telko ini. Ini baru dikatakan sambil menyelam kita minum air. Sambil kita jadi pengguna tetapi kita juga adalah peniaga yang memasarkan simkad EASTEL.

Anda bayangkan setiap ahli keluarga yang anda bayarkan topup setiap RM35 sebulan anda akan dapat balik kembali wang. Kalau seorang RM2.10 (ikut level pencapaian) dikali dengan 4 orang, anda akan mendapat RM8.40 sebulan hasil darip topup sahaja. Ini tak termasuk jika anda berjaya sponsor masuk ahli baru di bawah network anda kelak.

Konsep bisnes network marketing ini saya rasa saya tidak perlu saya bahas pada post kali ini dan saya rasa anda pun tahu tentang network marketing tetapi mungkin anda belum faham. Terutamanya tentang bisnes EASTEL. Tahniah kepada jika anda faham apa itu network marketing.

Saya nak bawa pergi lebih jauh selepas ini.

Apa yang saya ingin kongsikan bukan hanya menjana pendapata tetapi peluang mempelajari ilmu tentang cara menjalankan bisnes EASTEL. Anda akan mempelajarinya daripada salah seorang pakar usahawan online dan offline iaitu Pok Nik. Ilmu mahal yang bakal diajar kelak bukan sahaja anda boleh praktikkan untuk bisnes EASTEL sahaja, malah boleh dipraktikkan untuk apa sahaja jenis bisnes yang anda sedang lakukan. Inilah keunikan tawaran yang tiada diluar sana.

Pok Nik ni kalau anda ikuti sejarah penglibatan beliau dalam bisnes ini anda akan faham betapa mahalnya nilai ilmu yang bakal beliau kongsikan kelak. Program bimbingan beliau ini jika diluar program yang saya sedang kongsikan ini para usahawan sanggup bayar mininum 3 angka ke atas. Tetapi jika anda berada dalam team ini, anda akan belajar langkah demi langkah cara menjalankan bisnes dengan bayaran 2 angka sahaja.

Bukan itu sahaja, tambahan lagi anda akan dibimbing selama 3 tahun bersama Pok Nik. Sebenarnya tempoh itu agak lama dan saya berpandangan Pok Nik benar-benar ikhlas untuk membantu kita. Inilah peluang keemasan yang tidak patut anda lepaskan.

Jika anda ingin tahu apakah tawaran istimewa lain yang Pok Nik sila tonton video pengenalan beliau DI SINI !


Kesimpulan

Kita sebagai ketua keluarga perlu selalu fikirkan apakah pelan jangka panjang untuk anak dan isteri kita. Perlu ada pendekatan holistik dan bersepadu untuk mengubah corak masa depan keluarga agar hidup lebih harmoni dan bahagia. 

Keazaman yang jitu dan usaha yang padu perlu dilakukan secepat mana yang mampu selagi kita memiliki kudrat yang dikurniakan Allah.

Tidak perlu alasan tidak berbaloi yang boleh melemahkan semangat kita untuk mengubah masa depan hidup kelak. Setiap langkah hari ini menentukan apakah pencapaian kita pada masa hadapan.

Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit manfaat kepada anda. Saya harap kita dapat berjumpa pada perkongsian saya pada post seterusnya. Terima kasih.

Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Borang Hubungi

Nama

E-mel *

Mesej *