Antara Kopi Yang Saya Suka Minum
Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Saya boleh dikatakan peminat kopi sebenarnya berbanding teh. Perkongsian post kali ini adalah untuk berkongsi khasiat kopi yang saya minati sehingga hari ini.
Jika anda peminat kopi, anda boleh cuba kopi ini kelak. Keluaran tempatan dan produk bumiputera.
Berikut adalah kopi apa yang bagus dan apakah khasiatnya kepada tubuh anda.
KHASIAT KOPI RADIX KUNYIT HITAM:
1. MENGHILANGKAN SAKIT SENDI DAN SAKIT PINGGANG
- Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu.
- Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan gout.
- Kopi Radix Kunyit hitam akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid.
- Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix Kunyit hitam yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
2. DEMAM PANAS
- Minuman Kopi Radix Kunyit hitam akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix Kunyit hitam akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh.
- - Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan.
- - Minuman Kopi Radix Kunyit hitam akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga.
- - Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
3. RADIX KUNYIT HITAM UNTUK KAUM WANITA
- Radix Kunyit Hitam mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit.
- Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix Kunyit Hitam, begitu juga dengan senggugut.
- Kopi Radix Kunyit Hitam mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah.
- Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix Kunyit Hitam.
4. KOPI RADIX KUNYIT HITAM UNTUK PENYAKIT BERKAITAN KADAR GULA TINGGI DALAM DARAH DAN TEKANAN DARAH TIDAK NORMAL
- Radix Kunyit Hitam juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos).
- Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix Kunyit Hitam juga boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tidak normal.
KOPI RADIX KUNYIT HITAM MENGANDUNGI 7 HERBA PILIHAN
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).
KOPI RADIX KUNYIT HITAM
( 7 HERBA + KUNYIT HITAM )1. ANTIOKSIDAN TINGGI
Antara khasiat utama Kunyit Hitam ialah antioksidan yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.
2. ANTI RADANG
Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.
3.MENCEGAH ASMA
Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.
4.MEMBERI KESAN ANALGESIK
Kesan analgesik ialah kesan melegakan kesakitan. Salah satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan kunyit hitam membuktikan kesan analgesiknya. Dalam kajian tersebut, rasa sakit pada model haiwan telah didapati berkurangan kesan daripada ekstrak kunyit hitam.
5.MENCEGAH PERTUMBUHAN KULAT
Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.
6.MENCEGAH PERTUMBUHAN BAKTERIA
Rizom atau bahagian batang pada kunyit hitam bukan sahaja memiliki kesan antioksidan yang tinggi, malah turut mempunyai kesan antibakteria. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus.
7.MENGAWAL GANGGUAN KEMURUNGAN DAN STRESS
Berdasarkan anggaran, kira-kira 30% daripada golongan dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih semasa hayatnya. Kunyit hitam mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.
8.KANSER
Hasil penelitian menyebutkan kandungan senvawa fenolik di dalam kunyit hitam terbukti mempunyai kesan biologis yang kuat. Fenol berfungsi sebagai antioksidan bagi tubuh, meluaskan pembuluh darah dan membantu mengurangkan pertumbuhan sel kanker di dalam tubuh.
9. MENGAWAL DIABETES
Curcumin merupakan suatu bahan aktif yang terdapat pada tumbuhan Kunyit Hitam yang mampu menurunkan kadar glukosa dalam darah kerana ia memiliki sifat antioksidan yang tinggi serta tidak beracun.
Sifat antioksidan pada Curcumin mampu menekan “Reactive Oxygen Species” (ROS) akibat dari kelebihan zat besi yang mempengaruhi ketahanan insulin dan fungsi sel pada pankreas.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.