Kenapa Peniaga Gerai Perlukan Sistem POS AZZAHRAN Ini ?
Kebanyakan punca kegagalan bisnes kecil di Malaysia ini berpunca daripada pengurusan kewangan yang kurang berkesan.
Setiap urusniaga yang dilakukan tidak direkodkan dengan baik. Tiada pantauan untung rugi perniagaan dan tidak tahu untung atau rugi satu-satu produk ataupun servis yang dilakukan.
Walaupun aktiviti jualan dan pemasaran telah dilakukan sebaik mungkin namun pengurusan kewangan perniagaan lebih penting pada hakikatnya.
Sistem POS AZZAHRAN Bantu Peniaga Kecil Menguruskan Bisnes
Saya telah menyediakan satu sistem POS ataupun singkatan bagi (Point Of Sales) ini khusus untuk peniaga kecil di Malaysia. Bagi anda yang tidak tahu apakah itu POS (Point Of Sales), ia adalah satu applikasi urusniaga yang sama seperti mesin juruwang/cashier yang biasa kita lihat di mana-mana pasaraya, hyper market, gedung membeli-belah belah dan apa jua kedai-kedai perniagaan.
Fungsinya sama dengan mesin juruwang/cashier, cuma kaedah Sistem POS AZZAHRAN ini berurusniaga secara online.
Hanya menggunakan handphone atau tablet boleh direkod setiap urusniaga bisnes anda.
Kalau anda berniaga kedai makan, anda hanya perlu membawa tablet ataupun handphone sahaja untuk mengira jumlah makanan dan minuman pelanggan anda. Mudah kan !
Dimanakah Sistem Database Akan Disimpan ?
Segala urusniaga perniagaan anda akan disimpan di dalam Google Sheet dalam akaun Google anda sendiri. Setiap kemasukan data akan direkod secara teliti dan bersistematik.
Anda boleh access sendiri untuk melihat secara keseluruhan data urusniaga anda dari mula anda merekod sehingga Google tidak lagi wujud di alam maya ini.
Kelak sistem ini akan memudahkan anda bagi memastikan tiada urusniaga yang terlepas selepas anda memiliki sistem ini.
Adakah Sistem Ini Selamat ?
Insyaallah, sistem ini selamat untuk pengguna disebabkan password tidak disimpan dalam code website, malah anda akan diminta perbaharui password anda pada pertama kali anda login sistem ini kelak.
Password disimpan dalam Google Sheet melalui code yang sulit dan lain dari password yang telah anda tetapkan.
Perlukan Website dan bayaran Hosting ke ?
Ya ! Semestinya sistem ini memerlukan website, cuma anda TIDAK PERLU membayar kos Hosting kelak disebabkan anda akan menggunakan blogger.com sebagai website sistem POS anda sendiri.
Ini bermakna kos penyelenggaraan anda adalah percuma selagi mana wujudnya Google di alam maya ini.
Domain seperti www.namakedaianda.blogspot.com akan didaftarkan diblogger kelak dan anda hanya perlu ikuti tutorial langkah demi langkah cara mengaktifkan sistem POS AZZAHRAN ini sahaja.
Tiada Alasan Merekod Setiap Urusniaga Bisnes Anda
Berniaga secara sistematik tidak memeningkan kepala sebenarnya. Sebelum ni mungkin anda kerap tidur lewat disebabkan perlu mengira untung rugi urusniaga harian bisnes anda, selepas ini anda tidak perlu tidur lewat dah. Selesai satu masalah kan.
Kesihatan pun perlu dijaga. Sesibuk mana pun rehat juga satu keperluan supaya boleh kekal bertahan dan bertenaga untuk memajukan bisnes anda.
Bayangkan anda setelah menggunakan sistem POS AZZAHRAN ini kelak, anda boleh meluangkan masa bersama anak-anak membantu anak buat kerja sekolah, dapat mengaji Al-Quran bersama-sama setiap hari, menghadiri setiap program sekolah anak anda dan sebagainya.
Saya rasa itulah matlamat utama kita hidup sebenarnya iaitu menjaga hubungan kekeluargaan agar bahagia hingga hari akhirat.
Kesimpulan
Sistem POS AZZAHRAN dicipta khusus untuk peniaga kecil seperti anda. Andai sebelum ini anda pernah mengimpikan sistem POS anda sendiri tetapi disebabkan kekangan modal, mungkin dengan tawaran harga SEKALI BAYAR ini membantu bisnes anda kelak.
Insyaallah, saya akan kemaskini sistem ini jika ada versi terbaru kepada pengguna sistem POS ini kelak.
Kalau anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, sila layari DEMO - https://demo-sistempos.blogspot.com/
Saya harap post saya kali ni membuka minda betapa pentingnya menggunakan sistem dalam bisnes anda.
Semoga memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi di post yang lain. Sekian. Terima kasih.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.