Legit ke ... Pok Nik Nak Bimbing Bina Bisnes Online 5 Angka Pada Harga RM10 ?
Ya! RM10 selama 3 tahun. Anda akan jumpa 'gold nugget' jika anda teruskan membaca sehingga habis.
Zaman sekarang ni kalau anda terpaksa buat lebih 3 kerja bukanlah sesuatu yang menghairankan. Asbab cabaran ekonomi kini sedang memberi tekanan yang hebat terhadap golongan B40 terutamanya agar menjadikan kerja lebih dari satu itu adalah satu kaedah untuk meneruskan kehidupan.
Mahu tak mahu kita tetap perlu berusaha selagi kita mempunyai tulang empat kerat. Bagi anda yang bernama suami, abang, ayah... tanggung jawab anda adalah berat.
Asalkan boleh membawa lauk untuk di makan pada ahli keluarga pun dah bersyukur dah, Alhamdulillah.
Tetapi dalam kita berusaha, pastikan usaha yang berbaloi untuk jangka masa panjang. Faktor kesihatan, kewangan, hutang dan lain-lain perlu difikirkan juga. Adakah berbaloi untuk diteruskan pada waktu yang lama. Mungkin ada sesuatu yang dapat saya kongsikan di sini.
Ada sesiapa yang ingin TAMBAH pendapatan ? Alaaa.., nak buat tambah-tambah duit poket. Nanti bolehlah menyelesaikan hutang dengan lebih cepat, boleh 'relax' selepas pencen nanti, boleh kumpul duit pergi umrah/haji, majukan bisnes sedia dan sebagainya. Kalau anda macam saya, anda perlu teruskan bacaan yer !
Pengalaman Mengekalkan Jualan 7 Angka Bukti Pok Nik Mampu Kongsikan Ilmu Bisnes
Saya bukanlah Pok Nik, tetapi saya tahu serba sedikit latar belakang Pok Nik.
Pok Nik dalam dunia bisnes online ni bukan baru. Beliau telah merasa pahit manis, jatuh bangun, untung rugi ketika meniti pengalaman menjadi usahawan online yang boleh dikatakan berjaya sekarang ni.
Berlatarbelakangkan pekerja kerajaan dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah bukanlah satu permulaan yang baik untuk menjadi seorang usahawan tetapi ia tidak mustahil bagi sesiapa pun jika ingin mencuba bidang bisnes.
Beliau berkongsi pengalaman beliau ditipu hingga beratus KRM disebabkan pelaburan yang salah disisi undang-undang. Disebabkan cetek ilmu kewangan, beliau telah melakukan kesilapan yang besar.
Asbab Hutang Menimbun Menjadi Titik Perubahan Mindset Pok Nik
Saya salah seorang studen beliau dan telah mendengar perkongsian hidup beliau sendiri. Apa yang menyebabkan titik tolak mulanya Pok Nik dalam bisnes.
Salah satu sebab utama adalah disebabkan tekanan hutang yang terlalu tinggi sehingga mencapai lebih setengah juta. Bukan Rupiah ye tetapi RM (Ringgit Malaysia).
Bebaban hutang yang terlalu banyak yang disebabkan kurangnya ilmu kewangan adalah satu kesilapan terbesar bagi Pok Nik katanya.
Mahu tak mahu hutang perlu diselesaikan secepat mungkin. Maka timbullah idea untuk beliau menceburi bidang bisnes.
Dari situ beliau mula belajar cara-cara dan teknik-teknik bisnes online. Modal yang dikeluarkan pun bukan sedikit untuk beliau mula belajar bisnes online ni.
Berapa banyak kursus beliau telah sertai, berapa banyak buku beliau telah beli dan boleh dikatakan apa jua modal-modal ilmu yang berkaitan bisnes online yang perlu dimodalkan Pok Nik sanggup korbankan demi ilmu yang beliau mula minati.
Program Bimbang Bisnes Online Pok Nik ni Baru Sahaja Bermula Tetapi Ajar Ilmu Lama dan Evergreen.
Berbalik kepada program bimbingan bisnes online Pok Nik iaitu...
Program bimbingan bisnes online yang dikendalikan oleh Pok Nik (Nik Ahmad Nik Hashim) ini, beliau menyediakan modul pembelajaran berbentuk rakaman video dan kelas mingguan untuk membantu studen membina asas perniagaan dari peringkat awal.
Butiran Program Bisnes Pok Nik
- Format Pembelajaran: Rakaman video bimbingan bisnes dan kelas mingguan secara atas talian (online).
- Yuran / Kos: Pelbagai pilihan yuran termasuk kelas bimbingan bermula dari serendah RM10.
- Fokus Silibus: Perkongsian langkah membina asas perniagaan dari kosong sehingga menjana pendapatan serta strategi kerja dari rumah (work from home).
Grab Ilmu Ni Sementara Masih Ada
Sejujurnya latar belakang saya bukanlah dari keluarga yang minat dalam bisnes. Tiada faktor sekeliling yang mempengaruhi saya untuk minat dalam bidang bisnes.Saya betul-betul melakukan bisnes pun apabila saya mula menjadi juruterapi dan mula mendaftar SSM untuk menjalankan bisnes secara sah dalam bidang bisnes.
Sebelum saya menjadi juruterapi saya juga merupakan seorang peniaga online dan menjana pendapatan dalam bidang affiliate dalam masa yang sama saya masih teruskan bertugas sebagai seorang penyelia kilang. Memang agak sibuk. Tapi disebabkan minat yang mendalam, maka saya terus belajar dan akan terus belajar, insyaAllah.
Saya syorkan anda sertai program bimbingan bisnes 5 angka dalam masa 3 tahun bersama Pok Nik ini sebagai langkah permulaan.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila baca maklumat di sini ! atau anda scan barcode di bawah ini.
Kesimpulan
Percaya dengan yakin bahawa ilmu lah yang memandu hidup kita. Tanpa ilmu hidup kita akan tersasar jauh dari landasan kebenaran. Tetapi jika ilmu tanpa amal juga satu kerugian. Lebih baik kita dapat sedikit ilmu dan kita amalkan. Itu yang terbaik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Kita jumpa pada perkongsian yang seterusnya. InsyaAllah.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.