04 April 2021

Email Marketing - Satu Kaedah Pemasaran Efektif Yang Dilupakan


Salam hormat pembaca sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda satu pemasaran yang masih evergreen dari awal penglibatan saya dalam dunia pemasaran internet sehingga kini iaitu email marketing. 


Sebelum saya terangkan dengan lebih jauh tentang email marketing, biar saya terangkan serba sedikit apakah itu email marketing supaya anda faham konsep sebenar email marketing.


>>Anda Mahu Download Ebook Percuma 7 Kesalahan 'Maut' Email Marketing. Klik Sini<<



Apakah Email Marketing ?

Sebenarnya anda pun faham email marketing maksudnya pemasaran email dalam bahasa melayu. Saya gunakan bahasa english supaya rasa tak kekok saya kongsikan artikel ni. Saya harap anda faham ye. Terima kasih.


Email marketing adalah satu teknik pemasaran online yang digunakan untuk melakukan promosi produk dan perkhidmatan bisnes anda. Ia juga turut digunakan untuk berkomunikasi, memberitahu maklumat terkini atau apa sahaja maklumat bisnes anda kepada prospek ataupun pelanggan anda.


Rugi rasanya kalau anda sebagai usahawan tidak menggunakan email marketing sebagai satu kaedah pemasaran anda.


Penggunaan email marketing sangat berleluasa oleh syarikat-syarikat korporat. Mereka mempunyai team khas untuk pemasaran dan semestinya mereka telah pun mengkaji kesan kepada jualan produk atau perkhidmatan mereka menjadi meningkat setelah menggunakan email marketing.


Fakta Statistik Tentang Email Marketing Yang Anda Perlu Tahu

Berikut adalah beberapa perkara penting tentang statistik yang dilakukan oleh Statista tentang email marketing.


1) Pengguna Email Bertambah

Mengikut kajian website statista penggunaan email marketing secara global semakin bertambah. Pada tahun 2019 terdapat sebanyak 3.9 billion pengguna email dan ia dijangka akan bertambah sehingga 4.3 billion pada tahun 2023. 


Kajian khas ini telah dilakukan pada tahun 2020 yang lepas. 


Anda jangan percaya dulu. Tapi anda perlu cuba lihat diri anda sendiri. Setiap hari apakah perkara pertama yang anda akan lihat dulu setelah anda masuk kerja sekiranya anda masih bekerja. Semestinya anda akan membuka email terlebih dahulu.


Dalam keadaan minda bawah sedar sebenarnya kita juga adalah pengguna email dan termasuk dalam statistik 3.9 billion tadi. 


2) Berbillion Email Dihantar Setiap Hari

Pada tahun 2019 sahaja terdapat 293.6 billion email dihantar setiap hari dan dijangka akan semakin bertambah pada tahun 2022 iaitu sebanyak 347.3 billion setiap hari kelak.


Fakta ini juga akan menguatkan keyakinan anda bahawa sekiranya anda masih berfikiran email marketing telah pupus, mungkin anda perlu membuka minda kembali tentang email marketing.


Anda bayangkan dengan angka sebanyak itu menunjukkan betapa aktifnya penggunaan email sebenarnya.


3) Satu Pelaburan Yang Bijak

Ini satu lagi statistik yang dilakukan oleh DMA (Data & Marketing Association, UK) berkenaan email marketing. Pelaburan dalam email marketing mempuyai ROI yang terbaik dan cukup tinggi. Mereka menyatakan setiap pelaburan USD1 memberi pulangan sebanyak USD42. Banyakkan !


Sekiranya anda seorang usahawan maka sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda memulakan.


Saya ada satu cadangan untuk anda mendapatkan satu panduan ebook tentang email marketing yang baru dilancarkan pada 1 April 2021 di www.emailbajet.com



4) Kadar Orang Buka Email Tinggi

Open rate juga tinggi. Mengikut kajian dari syarikat email (MailChimp) pada tahun 2018, terdapat secara purata sebanyak 21% kadar orang membuka email. Satu angka yang cukup tinggi.


Inilah masanya anda mulakan email marketing untuk menyampai maklumat kepada pelanggan anda.


5) Kadar Perkongsian Konten

Kajian yang telah dilakukan oleh Content Marketing Institute pada tahun 2019 menyatakan bahawa 9 daripada 10 penghantaran email adalah merujuk kepada perkongsian konten. Dengan kadar ROI yang tinggi yang juga menjadikan perkongsian konten lebih menarik minat pengguna email.


6) Komunikasi Personal Yang Terbaik

Anda perasan tak, apabila kita membaca email pasti penghantar email akan menyatakan nama kita dalam mesej mereka. Inilah yang dikatakan personalize mesej. Ia umpama penghantar email menghantar email kepada kita seorang sahaja.


Mengikut kajian dari Yes Lifecircle Marketing pada tahun 2017 menyatakan sebanyak 50% open rate email jika mesej yang personalize.


Kita sendiri pun suka kalau kita dilayan istimewa dari syarikat terkenal sebagai contoh. Anda faham kan maksud saya.


7) Pelanggan Menanti Promosi Dari Anda

Sekiranya anda menggunakan email dengan kaedah yang betul, prospek ataupun pelanggan akan suka mendengar promosi dari syarikat anda. 


Mengikut kajian Statista pada tahun 2017 terdapat sebanyak 49% pengguna email ternanti-nanti promosi dari jenama ataupun syarikat yang mereka minati setiap minggu.


Ini menunjukkan bahawa memilih email marketing sebagai salah satu kaedah pemasaran adalah satu tindakan yang bijak untuk mengembangkan bisnes anda.


Kesimpulan 

Saya rasa cukup sampai di sini dulu perkongsian saya tentang fakta email marketing kepada anda. Saya juga berharap semoga anda mendapat sedikit sebanyak manfaat untuk bisnes anda kelak. Semoga kita bertemu lagi dilain perkongsian. InsyaAllah.


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *