04 March 2021

Kenapa Saya Tukar Pelan Prepaid Dari Tone Excel kepada OneXOX ?



Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi dalam blog saya ini. Ramai yang tak tahu sebenarnya saya merupakan ejen simkad Tone Excel selama ni. Bagus pelan pemasaran yang ditawarkan sebenarnya dan alhamdulillah saya juga konsisten mendapat komisen dari usaha yang saya lakukan sebelum ni.


Saya sebagai pengguna sama juga seperti anda yang mahukan perkhidmatan yang terbaik. Apa yang memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna prepaid khususnya dah semestinya menjadi pilihan kita.


Antara sebab kenapa saya sertai Tone Excel pada suatu ketika dahulu hanyalah untuk menjana kewangan semata-mata pada mulanya. Tetapi lama kelamaan apabila dari lihat dari manfaat kepada semua golongan dari golongan yang mempunyai pendapatan rendah sehinggalah pendapatan sederhana seperti tidak adil dari segi tawaran.


Saya hanya menawarkan cara menjana pendapatan sahaja di Tone Excel suatu ketika dahulu tanpa melihat manfaat lain dari sudut yang berlainan dari segi kemampuan mereka. Adakah mereka mampu melaburkan modal untuk menjadi ahli ? Siapa pula target market untuk simkad Tone Excel pada masa tu ?


Persoalan di atas saya tidak pandang langsung melainkan hanya mencari merekrut ahli baru untuk menyertai Tone Excel. Selepas mereka daftar dan guna simkad dibiarkan sahaja mereka terkontang-kanting. Mungkin itu kelemahan saya.


Baiklah...sekarang saya kongsikan 3 sebab kenapa saya menukar pelan prepaid saya dari Tone Excel kepada OneXOX.


Sebab 1 : Pelan Pemasaran Pelbagai

Syarikat MNVO pertama yang saya sertai adalah Tune Talk untuk program yang dibawa oleh Tone Group memang unik. Syarikat Tone Group telah dilantik untuk memasarkan simkad Tune Talk kepada pengguna prepaid di Malaysia. Memang bagus pelan pemasaran untuk buat duit dan saya tidak nafikan. Tetapi dalam Tone Group anda 2 lagi pelan pemasaran selain dari Tone Excel iaitu Tone Plus dan Tone WOW.


Saya tidak akan kondem syarikat ini sebab pelan pemasaran memang bagus. Jika mereka yang memang ingin menambah kewangan memang patut fokus betul-betul mempromosi simkad khas ini.


Antara sebab pertama kenapa saya menukar pelan prepaid dari Tone Exel kepada OneXOX adalah pelan pemasaran yang pelbagai dari Tone Group. Saya nak ingatkan lagi, saya tak akan kondem pelan pemasaran Tone Group. Ia memang bagus.


Pandangan saya apabila sesebuah syarikat yang menawarkan pelbagai pilihan pelan pemasaran ia menjadikan saya kurang yakin. Mereka boleh ubah atau menambah pelan pemasaran lain sekiranya mereka mahu.


Berbanding dengan OneXOX saya lihat syarikat ini tetap konsisten dengan pelan pemasaran mereka sejak 2014 dan tidak pernah tukar sehingga ke hari ini. Para pengguna dan dealer pun tidak pening kepala untuk menceritakan tawaran syarikat ini. Sentiasa konsisten. 


Sebab 2 : Patuh Syariah


Sebab kedua pula dari segi patuh syariah. Sebagai pengguna biasa mungkin tiada masalah kerana mereka hanya menggunakan khidmat Tune Talk sahaja. Tetapi sebagai ejen pemasar simkad sangat penting untuk point yang ini disebabkan komisen yang akan diperolehi kelak. Walaupun sebenarnya Tone Excel dan Tone Plus mempunyai sijil syariah, tetapi bagaimana pula dengan Tone WOW. Mungkin syarikat Tone Group perlu usahakan untuk mendapatkan sijil patuh shariah yang pelan Tone WOW pula.


Berbanding dengan OneXOX pula mereka memiliki sijil patuh syariah yang diiktiraf oleh ugamawan dan pakar ekonomi Islam sendiri iaitu Dr UZAR (Dr Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman) selepas 2 tahun Syarikat OneXOX Sdn. Bhd. mula beroperasi. 


Mungkin sebab kedua ini bukannyer masalah besar bagi anda tetapi bagi saya sebuah syarikat yang serius untuk menjadikan prospek 78% pengguna prepaid berdaftar di Malaysia menukar pelan prepaid mereka memerlukan satu usaha yang fokus pada satu-satu produk.



Sebab 3 : Tempoh Sah Simkad


Saya nak ingatkan lagi sekali kepada anda mungkin ejen pemasaran simkad dari Syarikat Tone Group yang sedang membaca post saya ini. Bukan saya nak kondem malah saya memuji syarikat ini. Cuma saya memberi pandangan murni saya tentang tajuk post ini. Maafkan saya sekiranya anda salah faham.


Bagi sebab ketiga saya ini, memang tidak dinafikan antara sebab utama kenapa saya menukar pelan prepaid saya dari Tone Excel kepada OneXOX. Tempoh sah Tone Excel ni sama seperti simkad-simkad yang biasa. Sekiranya anda tidak topup sebagai contohnya anda tidak topup dalam tempoh 30 hari dari hari pertama anda topup maka anda tidak boleh buat panggilan, sms dan internet pada hari yang ke 30 pada jam 12pagi selagi anda tidak topup. Mungkin anda telah biasa dengan keadaan ini.


Apa yang menariknya dalam OneXOX, tempoh sah simkad boleh sampai kepada 28 bulan (2 tahun 4 bulan) dari bulan pertama anda menukar simkad anda. Ini menarik perhatian saya sehingga OneXOX menggelarkan simkad mereka sebagai #simkadpanjangumur . Dari segi target market pula saya rasa semua golongan suka akan tawaran ini.

Sekiranya anda ingin melihat tawaran mereka anda boleh layari website penerangan lengkap saya DI SINI !



Kesimpulan


Semua orang boleh memberi pandangan mereka tentang kenapa mereka memilih pelan prepaid dari syarikat itu dan ini. Sekarang ni pun terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan peluang menjana pendapatan melalui handphone. Sebagai pengguna kita berhak menyuarakan pendapat kita. Kita berhak memilih.

Sesekali kita perlu melihat dari sudut yang berbeza dari kesemua tawaran syarikat MNVO. Kita buat perbandingan antara syarikat MNVO di Malaysia dan memilih yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Walaupun diluar pada hakikatnya mereka sebenarnya bersaing, ini memberi keuntungan kepada kita sebagai pengguna prepaid khususnya.

Sekian dulu perkongsian saya. Saya berharap semoga memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi. Terima kasih.

Postingan Terkait

1 comment:

  1. Tk best la onexox ..patuh syariah dh ditarik balik .. Under xox mobile ..

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *