2 Cara TERBAIK Kumpul Duit Raya Daripada Bisnes Online ?



Pernah tak suatu hari ketika anda kecil anda merasa sangat seronok dapat kumpul duit raya. Saya masih ingat waktu kecil dulu, ketika tu saya beraya di rumah atuk di Kuala Muda, Seberang Perai, Pulau Pinang. Saya, adik beradik dan beberapa rakan kampung pergi dari rumah ke rumah untuk kumpul duit raya.

Walaupun kami dapat dalam jumlah yang kecil dari setiap rumah (dapat RM0.50 waktu tu), bila dikumpul banyak juga waktu tu. Ditambah dengan duit raya yang mak dan abah berikan sebab dapat puasa penuh, lebih menyeronokkan perasaan ketika tu. Alhamdulillah.

Tetapi nikmat dapat duit raya tu hanya sementara sahaja. Semakin usia meningkat, semakin kurang dapat duit raya. Paling ketara apabila saya mula bekerja makan gaji.

Saya masih ingat lagi ketika itu saya bekerja di salah sebuah pasaraya Hankyu Jaya di Jalan TAR (Tengku Abdul Rahman). Ketika tu umur saya masih belasan tahun. Itulah permulaan saya tidak lagi mendapat duit raya.

Habis dulu kisah diri saya.

Berbalik kepada topik asal untuk post saya kali ini iaitu 2 cara kumpul duit raya dari bisnes online, saya berharap perkongsian ini membantu anda kelak. Inilah yang saya lakukan.

Sekiranya anda masih buntu dan keliru, bisnes online apakah yang boleh anda lakukan untuk mengumpul duit raya tahun ini. Mungkin artikel saya kali ini membantu anda. InsyaAllah.

  2 Cara Kumpul Duit Raya Daripada Bisnes Online

1) Jadi Agen Dropship

Terdapat pelbagai peluang berniaga secara dropship di internet. Anda boleh cari di Google melalui kata kunci "Dropship Muslimah" dan lihat hasil cariannya. Anda akan lihat terdapat banyak laman web Dropshipper yang sedia menerima pendaftaran sebagai agen produk mereka. Pendaftaran pula kebanyakkannya percuma.

Kenapa dropship Muslimah ?

Majoriti pembeli yang membeli-belah secara online adalah dikalangan wanita. Jika anda sasarkan produk muslimah seperti tudung kasual, baju kurung, jubah, tudung kanak-kanak dan lain-lain pasti akan memberi lonjakan kepada jualan jika kaedah pemasaran dilakukan dengan betul dan tepat.

Tambahan pula kebanyakkan wanita telah mula fikirkan 3 bulan sebelum raya untuk buat persediaan berhari raya. Ambil peluang dari keinginan yang mereka mahukan.

Salah satu dropship yang anda boleh turut serta seperti berikut :

Terdapat pelbagai pilihan sebenarnya. Saya kongsikan 2 peluang utama yang saya sendiri turut mempromosi produk untuk mengumpul duit raya tahun ini. InsyaAllah.

Berkenaan ilmu bagaimana cara mempromosi produk-produk muslimah, kedua-dua dropshipper di atas juga akan mengajar anda cara bagaimana untuk menjual.



2) Jadi Agen Affiliate

Cara kedua yang berpotensi untuk anda kumpul duit raya tahun ini adalah melalui bisnes affiliate.  Affiliate juga boleh menjadi pilihan yang tidak boleh dipandang sebelah mata sebenarnya.

Ramai usahawan baru boleh berbangga kerana mereka juga mampu menjana pendapatan secara online melalui bisnes affiliate. Ia tidak mustahil akan berlaku kepada anda juga. Asalkan anda ada kemahuan untuk mencapai objektif kumpul duit raya.

Saya ingin mencadangkan kepada anda untuk buat bisnes affiliate yang menawarkan pendapatan pasif kepada anda. Setiap jualan yang berjaya anda dilakukan, terhasil secara automatik. Anda tak perlu bersusah payah untuk menjual produk. Sistem khas akan bantu buat jualan kepada anda. Tugas anda hanyalah mempromosi link affiliate anda sahaja. Anda boleh cuba lihat peluang yang maksudkan di JUALANPRO.

Anda cepat-cepat daftar secara percuma sahaja disitu.

Jika anda peminat untuk menjual produk fizikal secara online dan ingin tahun bagaimana membuat duit di internet, mungkin Video Case Study 10K dari Ticer Faz ini membantu anda kelak.

Oh ya...saya hampir terlupa, penyedia dropship untuk cara pertama mengumpul duit raya juga menyediakan program affiliate sebenarnya. Sekiranya anda memiliki blog, anda tempekkan banner mereka di blog anda. Anda juga boleh share di mana-mana Sosial Media yang sesuai bagi anda.

Sekiranya terdapat prospek yang klik link affiliate anda kemudian mereka membaca deskripsi produk, kemungkinan besar anda berpotensi memperolehi jualan.




Kesimpulan

Alhamdulillah saya sedang menjana pendapatan dari idea yang saya kongsikan di atas. Sekiranya anda mahu tambah duit belanja raya tahun ini, mungkin idea ini membantu anda. Manalah tahu rezeki anda untuk beri duit belanja kepada mak dan ayah lebih sedikit dari bulan-bulan yang lepas.

Sekiranya post ini membantu, alhamdulillah. Jika bermanfaat, sudi-sudilah kongsikan kepada kawan-kawan anda.

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga jumpa lagi pada post yang lain. InsyaAllah.


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *