06 January 2018

5 Kualiti Terpenting Sebagai Ejen/Pemasar Affiliate



Kenapa saya dah iklan banyak produk affiliate TAPI satu jualan pun tak masuk ?

Persoalan di atas sering menjadikan ramai ejen/pemasar affiliate berhenti mempromosi produk affiliate walaupun sekarang ni di Malaysia, terdapat banyak peluang untuk anda menjana pendapatan dari program affiliate. Apa yang saya perasan mutakhir kini pemasaran affiliate semakin meriah saban hari. Sebagai peniaga online merangkap ejen/pemasar affiliate turut berpeluang untuk mempromosi pelbagai produk affiliate kepada bakal pelanggan anda.

Cadangan terbaik untuk bisnes yang tidak membebankan serta modal permulaan yang rendah, saya boleh cadangkan anda untuk mulakan bisnes affiliate. Seperti kita semua sedia maklum, zaman  ekonomi yang semakin mencabar duit poket kita sendiri ini telah memberikan satu tekanan untuk kita keluar dari zon selesa dan mula mencari pendapatan sampingan.

Kita tiada banyak pilihan melainkan hanya 2 pilihan ini sahaja.


  1. Jimatkan perbelanjaan
  2. Tambahkan pendapatan

Saya tidak nafikan, ada golongan yang boleh hidup dengan pendapatan yang rendah dengan cara menjimatkan serba serbi perbelanjaan harian.

Tetapi saya juga bersetuju dengan sebilangan orang yang mempunyai semangat juang untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui bisnes. Saya berharap anda adalah golongan yang sama seperti saya yang ingin menambahkan pendapatan serta mengubah ekonomi keluarga.

Baiklah...tanpa melengahkan masa anda, saya ingin berbalik kepada fokus saya iaitu bisnes affiliate . 5 Kualiti Terpenting Sebagai Ejen/Pemasar Produk Affiliate adalah seperti berikut.



1) Sanggup Belajar



Bisnes affiliate walaupun hanya menjual produk orang lain tetapi mendalami ilmunya memerlukan minat yang mendalam. Setelah datangnya minat secara automatik kita sanggup belajar.

Seperti mana orang bercinta. Sekali jatuh cinta, sampai bila-bila akan setia bersama. Chewaahhh...

Anda boleh belajar ilmu bisnes affiliate ini dari mereka yang pakar dalam bidang ini. Carilah pakar usahawan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran affiliate. Di Malaysia sendiri terdapat ramai pakar bisnes affiliate dan salah satu yang boleh saya perkenalkan adalah Tuan Rahman Basri.

Kebanyakan produk keluaran syarikat beliau adalah berkisarkan tentang Bisnes Affiliate. Salah satu produk beliau yang harus anda miliki adalah Affiliate Method. Kalau anda nak tahu bagaimana salah seorang studen beliau menjana 6 angka (RM121,175) dalam masa 2 bulan dengan hanya promosi SATU produk affiliate sahaja, anda boleh klik terus DI SINI !



2) Pelaburan Masa & Usaha


Semestinya pengorbanan masa dan usaha sangat penting untuk anda laburkan. Setiap usaha anda tidak sia-sia jika anda berjaya menguasai ilmu bisnes affiliate. Banyak pengorbanan masa anda harus berikan terutamanya apabila mulanya pra-pelancaran produk baru dari penyedia program affiliate.

Berusaha sebaik mungkin sehingga anda berjaya menjana jualan pertama dalam bisnes affiliate kelak. Saya yakin anda pasti boleh melakukannya.




3) Azam Yang Tinggi


Bisnes Affiliate memerlukan keazaman anda yang tinggi. Anda perlu memperkukuhkan sasaran jualan anda sebelum anda mempromosi produk affiliate. Perancangan yang teliti perlu dilakukan sejak di peringkat awal anda menyertai mana-mana bisnes affiliate lagi.

Apa yang 'aku' mahu ?


Jika kemahuan & impian anda semakin jelas, secara langsung momenton untuk anda mulakan kerja-kerja mempromosi produk affiliate akan mudah terjadi. Saya yakin dan percaya kepada anda yang sedang membaca artikel blog ini adalah pemain affiliate ataupun ejen affiliate.




4) Disiplin Diri


Konsisten dalam aktiviti pemasaran juga adalah penting sebagai Ejen/Pemasar affiliate. Anda perlu disiplin diri anda dalam usaha merealisasikan setiap perancangan yang telah anda lakukan.

Jangan mudah putus asa sekiranya anda masih gagal menjana duit dari bisnes affiliate. Anda perlu cuba dan terus mencuba sehingga anda konsisten menjana komisen dari affiliate.

Sebagai ejen/pemasar affiliate, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menipu prospek pelanggan anda dari setiap urusan. Ini kerana jika penipuan berlaku, bukan sahaja memberi implikasi buruk kepada bisnes anda, malah kepada penyedia affiliate ataupun pemilik produk kelak.

Jadi anda perlu jaga disiplin diri dari segenap segi kerana ia merupakan antara kualiti terpenting sebagai ejen/pemasar affiliate yang cemerlang.



5) Yakin Diri


Ejen/Pemasaran Affiliate yang berjaya perlu ada keyakinan diri. Yakin pada diri sendiri, yakin kepada produk, yakin kepada servis yang dilakukan dan yakin kepada pembekal atau penyedia affiliate.

Kita perlu sentiasa bersedia setiap soalan yang bakal ditanya oleh bakal pelanggan. Walaupun sebagai ejen/pemasar affiliate hanya mempromosi link affiliate sahaja, kita tetap perlu bersedia setiap jawapan dari pelanggan dan menjawab dengan penuh yakin.

Sebagai contoh Facebook Live. Berapa ramai peniaga menggunakan video sebagai teknik pemasaran mereka. Jika kita tiada keyakinan untuk berdepan dengan kamera, bagaimana kita ingin menyakinkan pelanggan untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi contoh lain seperti rekaan website, penulisan artikel yang meyakinkan prospek pelanggan, cara berurusan jual beli secara offline dan lain-lain lagi.

Bagi membina keyakinan diri, anda perlu banyak melakukan kajian tentang produk, jaminan kepada pelanggan, profil syarikat dan lain-lain berkenaan produk. Sebaik-baiknya anda membeli sendiri produk yang anda ingin promosi agar perkongsian pengalaman hadir dari pandangan peribadi anda sendiri.


KESIMPULAN


Setiap bisnes memerlukan satu identiti yang positif dari segenap sudut. Model bisnes seperti bisnes affiliate walaupun hanya menjual produk orang lain, kelebihannya tetap banyak. Bisnes Affiliate masih memberi kesan jualan yang berganda kepada penyedia affiliate dari usaha promosi yang dilakukan oleh ejen/pemasar affiliate.

5 Kualiti Terpenting sebagai ejen/pemasar affiliate adalah sebagai panduan agar anda menjadi usahawan yang berjaya pada suatu hari kelak.

Sekian dahulu perkongsian saya untuk post kali ini. Semoga dapat bertemu kembali untuk post yang akan datang. Insyaallah.

Sekiranya anda berminat untuk belajar teknik bisnes affiliate yang berjaya, saya cadangkan anda dapatkan panduan dari Affiliate Method.

Sekian. Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *