19 August 2015

Marketing "ADD ON" kat Kedai Tom Yam Telok Panglima Garang



Sebenarnya saya teringat pada 12 Aug 2015 saya makan di sebuah kedai makanan seafood di Telok Panglima Garang. Kepada mereka yang bermustautin di situ pasti tahu kedai Tom Yam yang ada gambar udang besar. Kedudukan dia di tepi jalan betul-betul selekoh nak menghala ke Klang. Kedudukan dia lebih kurang 100 meter selepas bulatan Pulau Carey tu.

Dari segi kesedapan makanan bagi saya ada yang sedap dan ada yang kurang sedap.

Bukan apa, saja nak kongsi sikit pengalaman makan kat situ. Masa tu waktu rehat untuk makan masa kerja shift petang.

Selama makan kat mana-mana kedai tom yam, belum pernah pelayan akan bertanya untuk menu tambahan dari makanan yang saya order. Kebiasaannya kita akan dengar pertanyaan "...nak tambah apa-apa lagi encik ?" selalunya dimana-mana restoran fast food macam Mc Donalds, KFC , A&W dan Pizza Hut dan lain-lain.

Saya terkejut bila salah seorang pelayan di restoran tom yam tu cadangkan menu lain sebagai tambahan.

Dalam hati saya berkata , kedai ini dah mula pasang strategi pemasaran yang baik untuk jualan makanan mereka.

Masa tu saya cuma pesan nasi putih, tom yam seafood dan air fresh oren laici jer.

Tak semena-mena dia cadangkan nak tambah telur dada ker, sayur goreng dan lain-lain. Saya tersentak jap. Hmmmm....macam nak order tapi sebab tak nak turutkan sangat nafsu saya balas 'cukuplah' kepada palayan tu.


Marketing "ADD ON" Kaedah Berkesan Tingkatkan Jualan


Kebanyakan pakar usahawan internet mempraktikkan kaedah pemasaran macam ni. Golongan-golongan macam mereka biasanya panggil teknik sebagai UpSell.

Kaedah ini sebenarnya boleh meningkatkan jualan sebanyak lebih kurang 30% tambahan. Bayangkan kalau satu produk harga RM100 maknanya ia boleh meningkat kepada RM130 melalui kaedah ini.

Kalau anda nak belajar dari salah seorang usahawan antarabangsa yang pakar pasal jualan secara online anda boleh tuntut ilmu dengan Michael Cheney. Beliau antara salah satu usahawan internet yang saya follow kaedahnya terutama sekali kaedah pemasaran emel.

Anda boleh tengok panduan beliau kalau anda ada masa di sini !


3 Teknik Marketing "ADD ON" Yang Berkesan


Saya kongsi sedikit antara teknik ini yang pernah digunakan oleh pakar usahawan internet antarabangsa. Teknik ni sesuai buat mereka yang berniaga online sahaja.
Antara 4 teknik tersebut adalah...

1) Letak Tawaran Pada Page CheckOut

Ada banyak tempat dalam website anda dimana anda boleh melakukan 'ADD ON". Tempat yang paling umum untuk melakukannya adalah view cart/ page checkout. Pengunjung – pengunjung yang datang ke checkout page anda adalah bakal pembeli yang kemungkinan besar bersedia dengan kredit kad mereka. Jadi ini lebih mudah untuk melakukan upsell dengan menawarkan mereka sesuatu yang relevan karena produk yang anda tawarkan kemungkinan besar akan berguna bagi mereka.

Anda dapat juga mengenalkan page upsell yang harus dilawati pelanggan sebelum mereka pergi ke checkout page.

2) Tawarkan Pakej Produk dan Diskaun

Jika anda memiliki banyak produk yang relevan dengan produk yang anda nak jual maka menawarkan pakej produk pada harga istimewa menjadi teknik yang sangat bagus untuk dipraktikkan.

Memberikan kupon yang memberikan diskaun istimewa ketika membeli banyak produk juga merupakan idea yang bagus. Kebanyakan software e-Commerce akan membiarkan mengkonfigurasi untuk kupon diskaun, jadi gunakan konfigurasi tersebut.

3) Gunakan Headline "Tawaran Istimewa"

Gunakan headline setiap page ADD ON anda seperti “Tawaran Istimewa”, “Tawaran Hebat” untuk menarik perhatian pelanggan. Perkataan ini sangat mudah untuk mempengaruhi pelanggan untuk mendapatkan produk ADD ON ataupun upselling anda. Menarik bukan !


Nampak simple jer kan nak tarik perhatian pelanggan untuk membeli dan terus membeli produk yang kita jual. Semestinya produk ADD ON adalah produk yang berkualiti serta berkesan membantu menyelesaikan masalah mereka.





Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *