03 August 2015

Ini Cara Saya Habiskan Data Plan Internet

" Alamak ! lagi 1 hari nak clearkan data plan internet. Baki masih ada 750Mb "


Inilah persoalan yang bermain di kepala saya bila data plan internet saya perlu dihabiskan dalam masa sehari lagi pada tarikh 2 Aug 2015 semalam.

Kalau nak dikira secara purata penggunaan internet melalui smartphone saya sebenarnya TAK LEBIH dari 2 Gb sebulan.

Macam saya ni sebenarnya guna smartphone untuk baca email, Facebook, WhatsApp dan layari internet sikit-sikit. Agak-agaknyalah mungkin saya ni bukan jenis suka nak menghadap handphone lama-lama kot. Kalau nak diikutkan takde handphone... bagi saya takde masalah. (Ayat poyos...hehehe)

Cara Saya Habiskan Data Plan Internet

Mungkin cara saya ni hanya sesuai untuk lelaki yang dah berkahwin dan ada anak. Kalau bukan pun mungkin anda boleh gunakan anak buah anda.

Cuba tengok gambar kat atas tu, anda dapat tengok ada 2 tarikh luput data plan internet saya. Saya perlu menghabiskan baki data plan tu pada tarikh yang tertera di atas.

Untuk tarikh 2-August-15 tu, saya perlu menghabiskan data plan internet sebanyak 1048576 kb (1Gb) selama seminggu. Snapshot gambar tu saya ambil pada hari keempat saya dapat percuma data plan internet dari Tune Talk.

Bagi baki kedua pula saya perlu habiskan data plan sebanyak 35546 kb (35Mb) pada 1-Aug-15. Kedua-dua tarikh tu sangat berdekatan. Kalau tak dihabiskan rasa rugi pulak.



Datang idea saya untuk mempergunakan anak saya untuk menghabiskan data plan internet yang saya dapat secara percuma selepas topup kredit guna simkad Tone Excel sebanyak RM30.

Dengan hanya menggunakan channel YouTube sahaja, anak saya mampu menghabiskan data plan saya sampai licin. 

Al-maklumlah anak berusia 3 tahun macam-macam benda dia nak cuba explore. Kalau kat YouTube tu video yang dia suka nak tengok macam Upin Ipin, Pocoyo, Frozen, Mickey Mouse dan macam-macam video cartoon.

Walaupun secara purata penggunaan internet saya takdelah tinggi mana TAPI disebabkan bila ada keistimewaan saya topup dapat point, kemudian point terkumpul boleh tukar dengan tiket Air Asia, dapat komisen pulak tu menyebabkan saya topup jugaklah.

Kalau anda nak tahu bila anda topup dapat komisen...anda boleh layari laman web saya di www.toneexcel-masyuk.blogspot.my 


Oklah...sampai sini dulu post saya. Kalau bermanfaat...alhamdulillah. 

Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman anda di bahagian kotak komen dibawah. Boleh kita bertukar pandangan kan.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *