20 June 2015

Apa Tu Instagram ?



Instagram adalah sebuah aplikasi untuk peranti mudah alih yang membolehkan pengguna untuk membuat gambar dan video mesej dan boleh merebak secara online. Perisian percuma yang berfungsi untuk pelbagai penapis pemprosesan imej bagi mengasingkan beberapa gambar dan video.

Dengan Instagram gambar boleh dikongsi bukan sahaja kepada pengguna Instagram, tetapi juga dalam rangkaian sosial lain seperti Facebook atau Tumblr .

Perkhidmatan gambar dan video pertama kalinya dikeluarkan pada bulan Oktober 2010 dan diguna pakai pada September 2012 oleh Facebook.

Bolehkah Instagram membantu meningkatkan jualan ?

Sebagai usahawan, mereka perlu memikirkan apakah teknik promosi yang boleh membuatkan kos pemasaran boleh dikurangkan. Salah satunya adalah melalui media sosial Instagram.

Terdapat 4 tip strategi Instagram yang berjaya membantu bisnes anda.

1) Bina Strategi Kreatif Anda Dahulu

Pastikan anda mempunyai idea yang baik untuk ditawarkan. Berikan sesuatu yang berbeza kepada follower anda selain di Facebook dan Twitter. Tunjukkan secara latar apa yang anda lakukan dalam bisnes anda. Sebagai contoh tunjukkan lokasi bisnes anda dan aktiviti sekeliling anda.


2) Gunakan Hashtag # Secara Berkesan

Fungsi hashtag sangat berkesan digunakan untuk mengumpul semua konten tag yang sama dalam satu tempat. Hashtag yang menarik berpotensi menarik pengguna Instagram melihat gambar yang anda kongsikan. Gunakan sebaik-baiknya !


3) Rancang Berapa Kerap Anda Ingin Kongsikan Gambar

Anda TAK PERLU kongsikan setiap hari. Rancang untuk bilakah masa anda perlu post. Seeloknya pada jarak yang anda boleh recall post lama anda. Praktikan engagement dengan pengguna lain ! Sentiasa respon dengan menjawab soalan dan ucapkan terima kasih sebagai penghargaan.


4) Beri Perhatian Kepada Follower Anda

Jika mereka follow anda, anda juga harus follow mereka balik. Berikan tanda HATI (suka) untuk gambar menarik yang mereka kongsikan. Minta follower anda untuk kongsikan gambar dan page anda. Bina engagement yang positif. Galakkan mereka gunakan hashtag anda atau tag instagram anda apabila mereka post gambar.

Nak mudah faham...sila tonton video di bawah ini (tekan butang play sekarang !)



Sekian perkongsian saya.

Jangan lupa follow saya di Instaram. Ini link Instagram saya ---> www.instagram.com/rietpg


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *