Breaking News

Bisnes Internet

Bahaya Merokok - Anda Mampu Berhenti Merokok

Fakta yang cukup jelas untuk difahami berkenaan rokok. Merokok memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita dan mesej tu cukup jelas. Pelbagai kempen, pameran dan promosi di media telah lama dilaksanakan tetapi kesedaran manusia tentang bahaya merokok masih berada ditahap kurang membanggakan. Merokok merupakan punca kematian yang boleh dicegah. Wanita yang merokok pula mempunyai  potensi 3 kali ganda diserang kanser paru-paru berbanding lelaki. Mengikut statistik negara maju seperti di Amerika, kanser adalah pembunuh nombor satu dan diikuti dengan penyakit jantung dan untuk pengetahuan anda 1/3 kematian yang disebabkan penyakit kanser adalah kesan daripada merokok.

Kekadang saya sendiri merasa hairan, walaupun pada kotak rokok sendiri ada memberi amaran tentang bahaya merokok disertakan pula illustrasi yang menakutkan kesan daripada merokok tetapi mereka tetap juga mejadi perokok yang setia untuk dijamu kepada paru-paru mereka sendiri.

Ramuan rokok
Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah memberi kesan tidak baik untuk kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sukar untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang berisiko menyebabkan penyakit jantung, 25 peratus dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok.

Sukar Berhenti Merokok ? Ada Panduan Bagaimana Berhenti Merokok Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu TANPA Mengambil Sebarang Ubat, Herba Atau Sebarang Makanan Pelik. Sila KLIK SINI!

Apabila anda telah mula berhenti merokok berbagai faedah anda akan perolehi. Darah merah yang ditugaskan untuk mengangkut karbon monoxide dari asap rokok akan mula membawa oxigen yang sihat. Walaupun berhenti merokok tidaklah bermaksud anda boleh hindari terus dari menghidapi kanser paru-paru, cuma risiko menghidapnya sahaja yang dapat dikurangkan. 

Kata pakar kesihatan jika setahun dari sekarang anda mula berhenti merokok ia dapat mengurangkan separuh risiko untuk diserang penyakit jantung. Risiko menghidap kanser paru-paru juga mendadak turun dalam tempoh 5 sehingga 10 tahun dari mula anda membuat keputusan untuk berhenti merokok. Kita semua sedia maklum tentang faedah yang diperolehi jika berhenti merokok demi kesejahteraan hidup TETAPI persoalan di sini bagaimanakah cara yang kita pilih untuk berhenti merokok ?

Kebiasaannya mereka yang ingin berhenti merokok mengalami beberapa kegagalan pada permulaanya. Kegagalan pertama tidak bermaksud untuk anda terus merokok melainkan anda terus berusaha ! Setiap kali anda berusaha untuk berhenti merokok, sebenarnya anda semakin menuju ke arah berhenti merokok secara mutlak. 

Sekian perkongsian saya tentang bahaya merokok.

Sebelum tu sila tonton video budak berumur 2 tahun bernama Ardi Rizal, anak seorang nelayan yang ketagih menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari. Masyaallah.... Semoga ia tidak terjadi kepada anak dan keseluruhan keluarga kita semua yer. Ameennnn...( Semoga budak tu dapat berhenti menjadi perokok tegar )

Sosial Networking - Langkah Keselamatan Melayari Laman Web Jaringan Sosial

Salam hormat kepada pengunjung blog ni. Terima kasih.
 
Kali ni saya ingin kongsikan serba sedikit informasi tentang Social Networking ataupun dalam bahasa melayu disebut sebagai Jaringan Sosial. Hmmm...saya perpendapatan anda tentu biasa dengan perkataan ni kan.

Bila kita berbicara tentang keselamatan internet, kita lebih tertumpu kepada para remaja yang menggunakan laman web jaringan sosial kan. Walaupun sewajarnya mereka perlu berhati-hati ketika melayari laman web jaringan sosial, ini tidak bermakna golongan dewasa tidak perlu mengambil langkah berwaspada, Tidak kiralah dari golongan remaja ataupun dewasa, aspek keselamatan perlu ditekankan ketika berkomunikasi dan perjumpaan serampang dua mata dengan pengguna internet yang lain.

Boleh dikatakan laman sosial networking ni adalah satu tempat paling cemerlang untuk berkomunikasi secara online tambahan pula jika dapat berkawan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dalam internet. Tetapi harus berhati-hati mungkin rakan yang kita kenali tu boleh mengancam keselamatan ketika bersosial di laman web sosial networking. 

Mutakhir ini sering kita terbaca dan mendengar berita-berita yang menceritakan tentang individu menjadi mangsa kepada kenalan yang dikenali di internet. Jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga mungkin anda menjadi mangsa yang seterusnya. Ini tidak bererti anda perlu berasa takut untuk bersosial di laman web sosial networking kecuali anda mengambil langkah peringatan ketika bersosial.

TERBONGKAR ! Rahsia Social Bookmarking Menarik Pengunjung & Menjana Keuntungan - Sila KLIK SINI

Salah satu langkah keselamatan ketika bersosial di laman web sosial networking adalah memantau apa yang anda post di laman sosial dan melihat maklumat profile anda. Anda mungkin tidak pernah didedahkan bahawa kebanyakan laman web sosial termasuklah MySpace, FriendFinder dan Yahoo! 360 membenarkan pengguna internet yang lain melihat profile page anda. Pengguna internet ini TIDAK semestinya menjadi ahli untuk komuniti online anda. Ini bermakna walaupun kita merasa selamat menggunakan laman web sosial networking, masih terdapat kebocoran maklumat untuk dicari serta dilihat oleh pengguna internet yang lain.

Walaupun anda tahu tentang maklumat anda mudah dikesan oleh pengguna internet, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berhubung dengan pengguna internet yang lain terutama mereka yang mulakan perhubungan dengan anda.

Kebanyakan laman web sosial networking menawarkan pendaftaran secara terbuka dan ini bererti sesiapa sahaja boleh sertai dengan mudah untuk menjadi ahli. Informasi yang diberikan oleh mereka tidak semestinya benar dan tepat. Dari sudut yang lain jika anda sedang berhubung dengan seseorang yang anda berasa "ngam" / selesa ataupun anda dapati seperti ada penipuan, anda dinasihatkan hentikan berhubung dengan mereka.

Ada sebahagian dari pengguna sosial networking berasa lebih selesa jika bersembang secara maya atau dalam bahasa omputeh disebut sebagai chatting online.  Bila mana anda diundang untuk berjumpa rakan online anda ataupun sebaliknya, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati. Anda pasti tidak mahu berjumpa dengan seseorang yang baru berkenalan dalam masa yang singkat kan. Sebagai langkah cadangan anda dinasihatkan untuk berchatting dengan mereka selama sekurang-kurangnya sebulan dahulu sebelum anda bersetuju untuk berjumpa dengan mereka. Dari segi tempat untuk perjumpaan pula biarlah di tempat yang mempunyai ramai orang lalu lalang. Ini bagi langkah keselamatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Langkah-langkah cadangan di atas adalah sebahagian langkah awal yang seharusnya anda ikuti. Walaupun mungkin anda berasa risau tentang kehilangan ramai rakan online dan juga menyakitkan perasaan orang lain kelak, maka biarkan ia berlaku. Apa yang paling utama untuk anda risaukan adalah keselamatan anda berbanding pemikiran dan perasaan orang lain. Itulah yang terpenting.

Semoga jumpa lagi pada post yang lain. Sekian. Terima kasih.

PENJENAYAH - Adakah Anda Mengenali Mereka ?

Salam semua,

Siapakah golongan yang dikatakan sebagai seorang penjenayah?

Di manakah mereka berada?

Kenapa mereka melakukan aktiviti jenayah ini?

Siapakah mangsa mereka?

Apakah kriteria seseorang yang mendorong penjenayah memilihnya sebagai mangsa?

Bilakah waktu mereka melakukannya?

Bagaimana untuk mengenalinya?

Dan yang terpenting ialah bagaimana cara untuk mengelak atau mengatasi mereka?

Tiada seorang pun yang mampu memberi gambaran yang jelas siapakah mereka ini
sebenarnya dan di manakah mereka berada.

Oleh itu, anda seharusnya sentiasa berwaspada kerana mereka ini mungkin rakan sekerja, jiran tetangga, rakan – rakan, kenalan, teman lelaki, boss, masyarakat sekitar, orang yang tidak dikenali atau ahli keluarga anda sendiri!

Mereka boleh wujud di mana – mana sahaja.

Penjenayah ini juga biasanya akan memilih mangsa yang lemah, mudah mengikut kemahuan mereka, mudah dipengaruhi dan seterusnya dapat menguasai sepenuhnya diri mangsa tersebut.

Namun kini anda tak perlu risau lagi kerana kemahiran untuk menguasai seni bela diri untuk mempertahankan diri daripada ancaman penjenayah boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri, bagaimana anda boleh pelajarinya tanpa perlukan sesiapa pun menunjuk ajar pada anda.

Klik link berikut:-

http://www.bit.ly/rahsia-bela-diri

Ikhlas,

Azeri Abdul Wahab

Cara Mendidik Anak Menjadi Yang Terbaik

Cara Mendidik Anak Menjadi Yang Terbaik

Salam hormat dan terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Berdasarkan tajuk post kat atas, agak-agak apa yang saya cuba ingin terangkan. Baiklahh..

Kali ni apa yang ingin saya kongsikan kepada anda adalah tentang mendidik anak merupakan amanah Allah. Saya terpanggil untuk berkongsi di blog ini kerana masalah isu semasa yang disebabkan kurangnya didikan agama diterapkan pada sesebuah keluarga. Idea asal adalah daripada khatib yang membaca khutbah jumaat hari ini.

Khatib menyebut tentang mendidik anak perlulah dilakukan sejak dari kecil lagi. Anak dilahirkan bersih dan ibu bapalah yang mencorak anaknya menjadi baik ataupun tak baik. 

Khatib ada menyentuh langkah-langkah mendidik anak supaya menjadi yang terbaik dan berikut adalah langkah-langkahnya.

1) Mendidik anak mendirikan solat. 
Solat adalah tiang agama dan ia menjadi tunggak kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Perkara pertama yang perlu ditekankan adalah solat. Didiklah anak agar mereka faham mengapa perlu mendirikan solat.

Untuk memperincikan langkah ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang bagaimana Wardina Safiyyah mendidik anaknya tentang solat. Saya terjumpanya dari Google dan ia merupakan Notes dari FB Fan Page beliau sendiri yang bertajuk "Berbaloi Penat Lelah Ku...". (klik logo FB jika ingin membaca terus notes beliau). Bagi saya ia satu cara mendidik yang boleh dijadikan contoh dan berikut perkongsiannya.

BERBALOI PENAT LELAH KU…”                          

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

2) Pembentukan akhlak
Ibubapa adalah tauladan terbaik untuk anak kita contohi. Ajarlah anak-anak tentang kebaikan seperti sifat  amanah, jujur, ikhlas, hormat orang tua, bercakap benar dan lain-lain sifat mahmudah. Jangan pandang mudah tentang apa yang kita lakukan, kerana setiap apa yang kita lakukan adalah model pengajaran buat anak-anak.

Semoga dua langkah utama ini membantu anda mendidik anak anda menjadi insan yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Insyaallah. Terima kasih.

Bentengi Diri dan Keluarga Dengan Berdoa

Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah ke blog saya. Pertama sekali suka sekali saya berkongsi kepada anda tentang amalan yang dianjurkan oleh nabi kita, baginda Rasulullah Sollallahhua'alaihiwasallam mengenai berdoa. 

Terdapat banyak amalan dan doa yang terdapat di dalam Al-quran yang sepatutnya kita sama-sama pelajari dan mengamalkannya. Inilah sahaja wasiat yang baginda telah tinggalkan kepada di mana jika kita berpegang teguh kepadanya insyaallah kita akan selamat di dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan sunnah.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi kepada anda amalan doa untuk membentengi diri untuk sama-sama kita amalkan. Insyaallah dengan keyakinan dan harapan sepenuhnya kepada Allah pasti diri dan keluarga selamat dari musibah.

Ayat Berkubu

Maksudnya : Aku berlindung daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah.

Cara mengamalkannya.
1) Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri. 
2) Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri. 
3) Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara 
4) Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas 
5) Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

Terdapat banyak lagi doa yang boleh kita amalkan untuk membentengi diri dan keluarga kita dari gangguan dan musibah. Sebagai rujukan lain anda anda boleh dapatkan dalam bentuk PDF di sini.

Sebagai ingatan bersama, ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan bergantung harap 100% kepada Allah. Jangan berputus harap kepadaNya kerana ia sentiasa mendengar dan melihat setiap apa yang nyata dan yang tersembunyi.

Semoga doa yang dikongsikan menjadi amalan kita dalam usaha membentengi diri dari dan keluarga kita kelak. Wassalam.

Kepentingan Seni Pertahanan Diri..?

Kepentingan Seni Pertahanan Diri..?

Seni pertahanan diri atau seni bela diri ialah kemahiran yang dimiliki oleh seseorang melalui gerak berseni seperti jurus, langkah, kunci dan sebagainya. Di negara kita terdapat banyak jenis seni bela diri seperti silat, tae kwan do, kung fu, tomoi, karate dan sebagainya. Menguasai ilmu seni bela diri atau seni pertahanan diri menjadi satu keperluan masa kini kerana statistik jenayah pada tahap yang membimbangkan. Lihat gambar statistik di bawah.

Antara kepentingan mempelajari seni pertahanan diri adalah :-
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pertahanan diri yang diceburi.
  2. Mengelakkan diri remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang negatif.
  3. Memastikan tahap kesihatan tubuh badan yang sempurna.
  4. Mampu menjana stamina yang lebih mantap dan daya pemikiran yang lebih cerdas.
  5. Membolehkan kita menjalani kehidupan yang lebih sihat.
  6. Menjadikan kita lebih berdisiplin.
  7. Dapat membina dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.
  8. Dapat melindungi diri dan keluarga daripada ancaman bahaya atau disakiti oleh orang lain.
  9. Mengurangkan kejadian yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.
  10. Mewujudkan keadaan aman dan makmur di sesebuah kawasan kejiranan.
  11. Memupuk semangat kerjasama dan semangat perpaduan.
  12. Menyumbangkan pendapatan sampingan kepada sesetengah orang.
Segala kepentingan di atas mungkin nampak am tetapi dari sudut objektif ia adalah demi mempertahankan diri, keluarga dan masyarakat jika digunakan pada arah yang betul.

Cuba anda bayangkan situasi anda menghadapi saat genting di mana anda berhadapan dengan penjenayah / penjahat yang ingin mengugut atau membinasakan anda. Pada saat itu, anda perlu membuat tindakan yang paling tepat bagi mengatasi atau melemahkan mereka.

Mangsa jenayah
Kebanyakan mangsa jenayah adalah dari golongan wanita dan penjenayah sering mensasarkan golongan ini untuk kerja jahat mereka. Mungkin ada segelintir dari wanita yang tidak menitik beratkan langkah berjaga-jaga seperti menguasai ilmu mempertahankan diri. Memahami sedikit asas bagaimana bertindak mempertahankan diri dapat menyelamatkan maruah mereka sendiri. Apa kata anda ?

Kesimpulan yang saya boleh nyatakan di sini ialah seni bela diri atau seni pertahanan diri adalah salah satu langkah persediaan menghadapi jenayah yang tidak diundang selain sentiasa menadah tangan memohon doa kepada Allah agar melindungi kita dari sebarang musibah. Insyaallah.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz