13 May 2012

Sosial Networking - Langkah Keselamatan Melayari Laman Web Jaringan Sosial



Salam hormat kepada pengunjung blog ni. Terima kasih.
 
Kali ni saya ingin kongsikan serba sedikit informasi tentang Social Networking ataupun dalam bahasa melayu disebut sebagai Jaringan Sosial. Hmmm...saya perpendapatan anda tentu biasa dengan perkataan ni kan.

Bila kita berbicara tentang keselamatan internet, kita lebih tertumpu kepada para remaja yang menggunakan laman web jaringan sosial kan. Walaupun sewajarnya mereka perlu berhati-hati ketika melayari laman web jaringan sosial, ini tidak bermakna golongan dewasa tidak perlu mengambil langkah berwaspada, Tidak kiralah dari golongan remaja ataupun dewasa, aspek keselamatan perlu ditekankan ketika berkomunikasi dan perjumpaan serampang dua mata dengan pengguna internet yang lain.

Boleh dikatakan laman sosial networking ni adalah satu tempat paling cemerlang untuk berkomunikasi secara online tambahan pula jika dapat berkawan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dalam internet. Tetapi harus berhati-hati mungkin rakan yang kita kenali tu boleh mengancam keselamatan ketika bersosial di laman web sosial networking. 

Mutakhir ini sering kita terbaca dan mendengar berita-berita yang menceritakan tentang individu menjadi mangsa kepada kenalan yang dikenali di internet. Jika anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga mungkin anda menjadi mangsa yang seterusnya. Ini tidak bererti anda perlu berasa takut untuk bersosial di laman web sosial networking kecuali anda mengambil langkah peringatan ketika bersosial.

TERBONGKAR ! Rahsia Social Bookmarking Menarik Pengunjung & Menjana Keuntungan - Sila KLIK SINI

Salah satu langkah keselamatan ketika bersosial di laman web sosial networking adalah memantau apa yang anda post di laman sosial dan melihat maklumat profile anda. Anda mungkin tidak pernah didedahkan bahawa kebanyakan laman web sosial termasuklah MySpace, FriendFinder dan Yahoo! 360 membenarkan pengguna internet yang lain melihat profile page anda. Pengguna internet ini TIDAK semestinya menjadi ahli untuk komuniti online anda. Ini bermakna walaupun kita merasa selamat menggunakan laman web sosial networking, masih terdapat kebocoran maklumat untuk dicari serta dilihat oleh pengguna internet yang lain.

Walaupun anda tahu tentang maklumat anda mudah dikesan oleh pengguna internet, anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berhubung dengan pengguna internet yang lain terutama mereka yang mulakan perhubungan dengan anda.

Kebanyakan laman web sosial networking menawarkan pendaftaran secara terbuka dan ini bererti sesiapa sahaja boleh sertai dengan mudah untuk menjadi ahli. Informasi yang diberikan oleh mereka tidak semestinya benar dan tepat. Dari sudut yang lain jika anda sedang berhubung dengan seseorang yang anda berasa "ngam" / selesa ataupun anda dapati seperti ada penipuan, anda dinasihatkan hentikan berhubung dengan mereka.

Ada sebahagian dari pengguna sosial networking berasa lebih selesa jika bersembang secara maya atau dalam bahasa omputeh disebut sebagai chatting online.  Bila mana anda diundang untuk berjumpa rakan online anda ataupun sebaliknya, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati. Anda pasti tidak mahu berjumpa dengan seseorang yang baru berkenalan dalam masa yang singkat kan. Sebagai langkah cadangan anda dinasihatkan untuk berchatting dengan mereka selama sekurang-kurangnya sebulan dahulu sebelum anda bersetuju untuk berjumpa dengan mereka. Dari segi tempat untuk perjumpaan pula biarlah di tempat yang mempunyai ramai orang lalu lalang. Ini bagi langkah keselamatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Langkah-langkah cadangan di atas adalah sebahagian langkah awal yang seharusnya anda ikuti. Walaupun mungkin anda berasa risau tentang kehilangan ramai rakan online dan juga menyakitkan perasaan orang lain kelak, maka biarkan ia berlaku. Apa yang paling utama untuk anda risaukan adalah keselamatan anda berbanding pemikiran dan perasaan orang lain. Itulah yang terpenting.

Semoga jumpa lagi pada post yang lain. Sekian. Terima kasih.




Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *