22 May 2012

Bahaya Merokok - Anda Mampu Berhenti Merokok



Fakta yang cukup jelas untuk difahami berkenaan rokok. Merokok memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita dan mesej tu cukup jelas. Pelbagai kempen, pameran dan promosi di media telah lama dilaksanakan tetapi kesedaran manusia tentang bahaya merokok masih berada ditahap kurang membanggakan. Merokok merupakan punca kematian yang boleh dicegah. Wanita yang merokok pula mempunyai  potensi 3 kali ganda diserang kanser paru-paru berbanding lelaki. Mengikut statistik negara maju seperti di Amerika, kanser adalah pembunuh nombor satu dan diikuti dengan penyakit jantung dan untuk pengetahuan anda 1/3 kematian yang disebabkan penyakit kanser adalah kesan daripada merokok.




Kekadang saya sendiri merasa hairan, walaupun pada kotak rokok sendiri ada memberi amaran tentang bahaya merokok disertakan pula illustrasi yang menakutkan kesan daripada merokok tetapi mereka tetap juga mejadi perokok yang setia untuk dijamu kepada paru-paru mereka sendiri.


Ramuan rokok
Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah memberi kesan tidak baik untuk kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanser atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sukar untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang berisiko menyebabkan penyakit jantung, 25 peratus dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok.


Sukar Berhenti Merokok ? Ada Panduan Bagaimana Berhenti Merokok Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu TANPA Mengambil Sebarang Ubat, Herba Atau Sebarang Makanan Pelik. Sila KLIK SINI!


Apabila anda telah mula berhenti merokok berbagai faedah anda akan perolehi. Darah merah yang ditugaskan untuk mengangkut karbon monoxide dari asap rokok akan mula membawa oxigen yang sihat. Walaupun berhenti merokok tidaklah bermaksud anda boleh hindari terus dari menghidapi kanser paru-paru, cuma risiko menghidapnya sahaja yang dapat dikurangkan. 

Kata pakar kesihatan jika setahun dari sekarang anda mula berhenti merokok ia dapat mengurangkan separuh risiko untuk diserang penyakit jantung. Risiko menghidap kanser paru-paru juga mendadak turun dalam tempoh 5 sehingga 10 tahun dari mula anda membuat keputusan untuk berhenti merokok. Kita semua sedia maklum tentang faedah yang diperolehi jika berhenti merokok demi kesejahteraan hidup TETAPI persoalan di sini bagaimanakah cara yang kita pilih untuk berhenti merokok ?

Kebiasaannya mereka yang ingin berhenti merokok mengalami beberapa kegagalan pada permulaanya. Kegagalan pertama tidak bermaksud untuk anda terus merokok melainkan anda terus berusaha ! Setiap kali anda berusaha untuk berhenti merokok, sebenarnya anda semakin menuju ke arah berhenti merokok secara mutlak. 

Sekian perkongsian saya tentang bahaya merokok.

Sebelum tu sila tonton video budak berumur 2 tahun bernama Ardi Rizal, anak seorang nelayan yang ketagih menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari. Masyaallah.... Semoga ia tidak terjadi kepada anak dan keseluruhan keluarga kita semua yer. Ameennnn...( Semoga budak tu dapat berhenti menjadi perokok tegar )









Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *