01 April 2012

Penting Ke Pergi Seminar ?


Sebagai pendahuluan suka saya menerangkan apakah itu seminar. Mungkin sebahagian mereka menganggap enteng tentang seminar. Baiklahh...

Apakah itu seminar ?


Seminar adalah seperti forum yang membincangkan sesuatu penerokaan isu yang berbangkit di mana ia memerlukan anda berfikir, mempraktikkan kemahiran dari pengalaman penceramah berdasarkan sesuatu analisa dan seterusnya sebagai batu loncatan untuk anda mencari idea baru dari idea yang anda praktikkan sekarang. Seminar adalah program akademi yang masih segar untuk dipraktikkan hingga ke hari ini.

Kepentingan seminar...

1. Jalan pintas untuk belajar sesuatu ilmu pengetahuan

Sesuatu perkongsian berteraskan high-touch lebih memberi kesan kepada mereka yang hadir ke seminar. Anda boleh bertanya secara terus kepada penceramah tentang soalan yang anda tidak faham dan ia akan dijawab secara terus ketika seminar atau workshop yang dikendalikan. Semua persoalan anda akan dirungkaikan dan dalam masa yang sama ia menghindari anda dari melakukan andaian salah dan seterusnya mempraktikan sesuatu topik yang dibincangkan.

2. Mengembangkan rakan network anda

Network amat penting untuk perkembangan sesuatu perniagaan. Melalui seminar anda bukan sahaja  memperolehi ilmu malah anda juga mendapat rakan baru yang mempunyai minat, misi dan visi yang sama. Jika anda mungkin mempunyai perniagaan online sendiri maka peluang mengembangkan perniagaan anda dengan lebih cepat amatlah mudah. Insyaallah.

3. Mentorship

Seminar yang anda hadiri dah semestinya sesuatu yang anda memang minat. Tak kiralah ia mungkin disebabkan oleh topik seminar tu sendiri ataupun kredibiliti seseorang penceramah. Penekanan tentang objektif untuk anda hadir ke seminar haruslah bersandarkan kepada dua faktor ini. Melalui seminar anda memperolehi kelebihan dari segi mentorship dan anda boleh menjadikan penceramah sebagai mentor untuk anda ikuti. Berbalik kepada konsep high-touch tadi anda telah mula dikenali oleh mentor anda tadi dan ini memudahkan anda untuk mendapat beberapa tips lain pada masa yang akan datang.

4. Cungkil rahsia

Rahsia sesuatu kejayaan pada seseorang biasanya mudah untuk diperolehi dari mana-mana kedai buku. Tidak semua ilmu di dalam buku memberi kesan kerana kita hanya membaca sahaja. Tetapi jika anda menghadiri ke seminar anda dapat kesemuanya iaitu membaca, mendengar dan melihat. "Melihat" di sini dimaksudkan kepada praktikal yang dilakukan ketika seminar. Kebanyakan seminar internet sebagai contohnya lebih memberi penekanan kepada bukti dan ia ditunjukkan secara esklusif kepada mereka yang hadir ke seminar. Di sinilah pembongkaran rahsia terbesar akan dikongsikan kepada anda seterusnya mengorak langkah anda untuk menuju kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di dalam Islam itu sendiri telah memberi peringatan tentang ilmu dan ia harus diingati bersama-sama bahawa  ilmu TANPA amal adalah sia-sia. Tak kiralah berapa banyak seminar atau workshop yang anda ikuti jika ilmu sehebat manapun tetapi tidak dipraktikkan ia tetap sesuatu yang sia-sia. Oleh sebab itu penekanan kepada objektif anda untuk hadir ke seminar perlu jelas dan ia hendaklah berpaksikan kepada usaha anda  menuju kejayaan anda di masa hadapan.

Baiklah...sampai di sini dululah perkongsian saya. Semoga sedikit sebanyak mendapat manfaat kepada anda dan selamat maju jaya. Semoga berjumpa pada post yang lain. Insyaallah.


P/S : Terhad ! Seminar khas buat Warga Johor, Singapore dan sekitarnya. Sila KLIK SINI !






Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *