15 February 2012

Pelaburan Masa Yang Betul Untuk Menjana Wang

Ada pepatah lama yang mungkin pernah kita dengar " Anda memerlukan wang untuk menghasilkan wang ". Zaman kini melalui kaedah teknologi yang canggih manggih ni, pepatah ini tetap membataskan sesuatu untuk anda menuju ke hadapan. Benar tak ? Jika anda tahu bagaimana untuk merealisasikan objektif pada tajuk blog ini adakah ia akan mengujakan anda. Kerja yang perlu dilakukan tidaklah memerlukan kemahiran atau apa -apa sahaja kecuali masa anda.




Sebelum anda teruja dengan apa yang ingin dikongsikan, kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan mereka yang gigih berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih sempurna tak kiralah apa jua halangan yang bakal menimpa. Golongan pelajar merupakan satu contoh terbaik untuk mensasarkan maksud tajuk post kali ini ataupun mereka yang mencari serba sedikit pendapatan tambahan.

Sebagai contoh senario yang mudah, anda pergi ke hypermarket dan anda ditawarkan untuk merasa makanan terbaru di salah sebuah gerai di situ. Sebaik sahaja anda merasa contoh makanan tadi, wanita di gerai tadi bertanya kepada anda " Jadi, bagaimana rasa makanan tu ? " Anda pun membalas dan kemudian wanita tadi menulis di kertas dan memberi anda kupon untuk produk sebenar. Adakah anda tahu bahawa sebenarnya dalam tak sedar wanita tadi melakukan tinjauan tentang produk tadi.


Satu cara untuk menjana pendapatan secara percuma adalah dengan melakukan tinjauan ataupun dalam bahasa omputeh disebut survey. Ada pelbagai survey program yang boleh anda sertai, sebahagian kecil ada yang mengenakan yuran keahlian dan ada yang tidak mengenakan bayaran. Setelah anda mendaftar, anda akan dibawa ke satu laman web di mana anda boleh melawat setiap hari untuk melakukan survey dan mendapat bayaran ataupun melalui cara lain melalui email survey sebagai peringatan apabila ada  prospek yang menjawab survey.

Kebanyakan syarikat survey sering bertanyakan tentang kehidupan anda dan minat anda. Walaupun ia kelihatan seperti ingin tahu, sebab sebenar adalah supaya syarikat dapat memadankan anda dengan kaji selidik yang sesuai mengikut kepentingan anda. Lebih banyak maklumat yang ada anda berikan, maka lebih baiklah peluang yang bakal anda perolehi.

Anda perlu berhati-hati ketika mencari peluang yang tidak memerlukan wang. Di internet terdapat banyak program yang menawarkan skim "cepat kaya". Manakala promosi mungkin kelihatan yang hebat, tetapi untuk mencapai sasaran amat sukar ataupun ia palsu. Satu lagi pepatah yang sesuai dengan ini adalah " too good to be true ". Nasihat saya berhati-hatilah.

Antara website untuk program survey yang boleh dipercayai :-

1) Youthsays.com
2) GetCashForSurveys.com
3) PanelPlace.com

Jika anda ada pandangan berkaitan post ini sila komen di bawah.




Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *