Satu Lagi Website Untuk Panduan Ebook Panduan Kejayaan Kewangan Dari Forensik Wang Yang Sedang Saya Design
Saya bukanlan seorang pereka website. Kemahiran saya lebih kepada menjadi juruterapi rawatan Islam sebenarnya. Walaupun saya bukan pelajar dari bidang reka grafik tetapi disebabkan saya perlu belajar serba sedikit tentang grafik dan design untuk terus berjaya dalam dunia bisnes maka saya terus belajar.
Zaman sekarang ni kalau nak berjaya kita perlu rajin mencari ilmu. Sebenarnya saya termakan juga dengan kata-kata Azri Walter (nama dah nak sama dengan nama saya) iaitu "Hidup ni keras, kita kena melawan atau ditawan". Azri Walter ni seorang seorang usahawan kental. Penguasaan ilmu tentang pemasaran bisnes, semua dia belajar. Sehingga beliau mengatakan "we need to take what ever it take". Belajarlah semua ilmu bisnes online sedikit demi sedikit sehingga menjana pendapatan.
Melalut pula saya yer. Cerita lebih-lebih tentang Azri Walter.
Oklah...berbalik kepada cerita asal post ni.
Sebenarnya gambar di atas adalah header awal saya tengah design untuk program affiliate dalam niche kewangan yang sedang saya buat. Mungkin header itu akan berubah bila saya rasa nak ubah. Kalau anda nak tahu website apa, inilah dia www.50koleksikajiankeskewangan.blogspot.com
Saya suka guna platform percuma untuk saya kabarkan setiap produk affiliate atau dropship yang saya sertai. Banyak main coding jer sebenarnya. Inipun saya berlajar bertahun untuk saya cuba dan cuba.
Ebook 50 Koleksi Kajian Kes Kewangan Peserta Forensik Wang
Sebenarnya saya juga pembeli ebook ni. Saya rasa menarik ebook ni sebab ia unit bagi pandangan saya. Saya beli ebook ini untuk mencari jalan penyelesaian masalah kewangan saya. Alhamdulillah ia sangat membantu menyelesaikan masalah hutang kereta saya. Saya berjaya menyelesaikan hutang kereta saya dan dapat simpan RM500 sebulan.
Inilah ebook nya sebenarnya.
Objektif Encik Zaidi iaitu founder Forensik Wang sediakan ebook terbaru beliau untuk tahun 2025 ni adalah untuk membantu lebih ramai orang awam menyelesaikan masalah kewangan.
Terdapat lebih 50 kes peserta yang mengalami masalah kewangan yang mungkin kisah mereka sama seperti anda. Ebook ini menerangkan cara menyelesaikan masalah hutang tanpa perlu bekerja keras. Secara teknika diterangkan dengan jelas satu persatu sehingga anda faham.
Saya tak boleh nak cerita lebih-lebih ebook ni sebab saya pun tengah baca ebook ni, heheheh.
Saya kena teruskan kerja saya untuk saya berkongsi kebaikan yang ada dalam ebook ni kepada mereka yang buntu dengan masalah wang.
Jumpa lagi untuk post seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.