Lelaki Selalu Fikirkan Solusi, Inilah Yang Berlaku Pada OYEN V1K
Ceritanya macam ni. Pernah saya ride dengan isteri ke Terengganu. Dalam perjalanan menunggang OYEN V1K seperti biasalah...navigasi jalan menggunakan handphone jer.
Bila kerap guna handphone antara masalah yang sering dihadapi oleh rider adalah masalah handphone mudah panas, hang dan masalah handphone terjatuh.
Seingat saya, handphone beberapa kali terjatuh dan pernah dimasuki air disebabkan air hujan. Yelah, kalau jadi rider ni, tak kena hujan tak sah.
Apakah solusinya ?
Disebab handphone beberapa kali hantar repair seperti tukar skrin disebabkan handphoen terjatuh dan dimasuki air maka terus terlintas nak tukar kepada navigasi menggunakan bluetooth. Nak sebut nama tak tau...alahh macam dalam gambar tu. Kalau tau nama dia nanti tolong komen sat.
Kalau phone holder tu biasalah kan. Device yang ada disebelah phone holder tu lah.
Bila dah guna alat tu senang sikit. Selesai masalah handphone terjatuh, kena air hujan dan macam-macam kemungkinan boleh berlaku.
Kalau ride tu fokus lebih kepada cara tunggang motor dan boleh rancang perjalanan dengan baik.
Pasang Sendiri
Nama alat navigasi yang saya guna tu saya beli di TikTok shop. Harga boleh tahan ekonomi lah. Selamat sikit bajet. Tapi bila dah beli dan survey harga pemasangan macam tak berbaloi pulak.
Jadi saya plan nak pasang sendiri jer lah. Jimat sikit belanja kan !
Kalau hantar kedai aksesori motor untuk upah pasang mesti lebih RM80 ke atas. Bila pasang sendiri dah jadi percuma jer. Boleh terus simpan duit tu.
Mungkin saya berani pasang sendiri sebab ilmu kejuruteraan elektronik yang dipelajari dulu masa tersimpan dalam otak ni.
Jadi saya buat keputusan buatlah wiring sendiri apa yang patut. Saya dah cuba cari video cara pemasangan di YT seperti tak banyak yang kongsikan. Terutama cara wiring. So apa lagi buat sendiri jer lah. Selamat duit poket.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.