Servis V1K Oyen di SBK88 Kawasaki Bangi

Kalau ride perjalanan jauh memang puas hati. Satu nikmat yang hanya mereka yang pernah menunggang akan tahu rasa kenikmatannya.
Seperti biasa bila dah sampai masa untuk servis maka jangan bertangguh lagi. Aspek penting yang perlu dijaga apabila memiliki motorsikal berkuasa tinggi ni adalah penjagaan bahagian enjin.
Ikut sahaja jadual servis yang telah ditetapkan oleh kawasaki.
Modal servis untuk V1K model KLZ1000 ni anda perlu standby dalam RM320 ~ RM400. Ia bergantung kepada jenis minyak hitam dan upah.
Bengkel Yang diRekomen Untuk Pemilik Kawasaki
SBK88 Kawasaki ini dimiliki oleh pomen muda yang bernama Nazim Mursyidi.
Google jer guna Maps "SBK88 Kawasaki" nanti anda akan jumpa.
Seorang pomen yang berpengalaman dan mendapat pengiktirafan melalui sijil-sijil khusus untuk Kawasaki. Maknanya pomen Nazim ni faham perangai enjin Kawasaki ni.
Pomen Nazim boleh dipercayai kerjanya sebab ia terlatih. Keadaan kawasan tempat kerja pun kemas dan tersusun.
Mudah bawa berbincang dan siap boleh rekomen apa yang patut dibuat dan tidak patut dibuat. Mudah bawa berbincang.
VC (Valve Clearance) pun atas tangan SBK88 Kawasaki
Inilah beberapa gambar keadaan V1K Oyen saya ketika dalam proses Valve Clearance (VC) untuk milage 42,000.
Komen dari Nazim sendiri, alhamdulillah enjin motor ni takde masalah. Semua normal. Masa keluarkan minyak hitam pun tiada terlalu kurang dari standard. Ini menunjukkan enjin tiada masalah leaking.
InsyaAllah, saya teruskan servis dan maintanance motor V1K Oyen saya ini dengan tangan pomen yang sama. Senang akan datang sebab pomen dah tahu 'hati perut' motor ni dan sejarah motorsikal ni.
Akhir sekali, saya cadangkan anda yang memiliki motorsikal Kawasaki boleh buat temujanji dengan Nazim Mursyidi ni untuk maintainance motorsikal kesayangan anda.
Semoga berjumpa lagi untuk post perkongsian akan datang tentang V1K Oyen ni. InsyaAllah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.