Misi Mencari Jalan Ketenangan Dengan Jentera V1K Oyen
Assamualaikum para pembaca blog ini.
Walaupun telah memiliki jentera ini dengan izin Allah selama empat tahun lebih, baru sekarang terbuka hati untuk berkongsi perjalanan sebagai seorang rider melalui blog ini.
Tak pasti kenapa sekarang baru terbuka hati untuk berkongsi.
Mungkin sebagai medium untuk saya mencorek memori di platform blogger ini. Manalah tahu bila dah sampai usia tua (insyaAllah) dan tenaga pun semakin melemah nanti boleh lah imbau kembali kenangan bersama V1K Oyen kelak. Masa tu tak taulah entah ke mana jentera ni kelak.
Sementara ada bersama jentera ni, kita cipta kenangan bersama dengan insan tersayang.
Ride Ke Bukit Gambir, Johor
Hari ini 8 Jun 2025 (Ahad) memulakan perjalanan menunggang jentera V1K Oyen bersama isteri tersayang menuju selatan Malaysia.
Menunggang motosikal ini kadangkala tidak memerlukan sebab, hanya start enjin motosikal dan teruskan perjalanan.
Adakalanya seorang rider tu perlu merancang untuk ke destinasi mana yang ingin ditujui.
Ada ketikanya hanya ikut gerak hati sahaja. Capai jaket, capai helmet dan terus ride.
Ride kali ni adalah ride ikut kata hati.
Bertolak dari rumah di Telok Panglima Garang pada pukul 3.45 petang.
Menunggang melusuri highway SKVE dan ELITE ke arah selatan menjadi laluan pilihan.
Seperti biasa kebanyakan masalah jalan raya di Malaysia adalah kesesakan lalulintas terutamanya ketika musim-musim perayaan.
Hari ini adalah hari kedua selepas cuti perayaan Hari Raya Aidiladha. Jalan sesak di dua-dua arah menyebabkan keterbatasan untuk memulas throttle minyak ke tahap optimum.
Dengan mood menunggang motosikal secara santai menjadikan diri tenang dan tidak perlu terburu-buru.
Ohh ye.. saya lupa nak maklum, isipadu minyak motorsikal sebelum saya bertolak ke Johor adalah dalam keadaan tangki hampir penuh. Jadi tak perlu lah saya mengisi minyak lagi.
Dalam keadaan menikmati ketenangan ketika menunggang, seperti biasalah level minyak mula menunjukkan tanda amaran berkurangan ketika sampai di Tangkak. Setibanya di RnR Tangkak maka saya terus mengisi minyak sebanyak RM30.
Berhenti di RnR Tol Bukit Gambir
Jam di meter motosikal menunjukkan hampir 6 petang. Saya terus ke laluan susur keluar ke Bukit Gambir untuk selesaikan hutang fardhu harian kepada Allah.
Tunaikan solat dan selesaikan segala hajat yang perlu dilepaskan.
Ketika musafir inilah sunnahnya kita memperbanyakkan doa kerana antara tempat mustajab berdoa adalah ketika bermusafir.
Lebih kurang 40 minit juga masa yang diambil untuk berhenti mencari ketenangan yang paling bermakna sebagai musafir iaitu dengan mengerjakan solat.
Bergerak Menuju Ke Muar - Misi Mencari Makan Malam
Setelah melepaskan lelah di Bukit Gambir, apa lagi pusing sekejap dan terus patah balik ke Muar melalui jalan lama.
Masa tu jam telah menunjukkan 7.10pm. Dalam fikiran nak cari makan di Bandar Muar.
Bab mencari tempat makan saya berikan sepenuhnya kepercayaan kepada isteri tersayang untuk pilih.
Macam biasa google bagi para wanita masa kini ialah Tik Tok. Senang dan cepat buat isteri buat keputusan.
Apa lagi ride lah V1K Oyen ke tempat makan yang berkonsepkan bakar-bakar.
Kalau anda orang Muar memang biasa lah kan kedai ni.
HJ Olie Bako-Bako
Inilah tempat makan malam saya dan isteri tersayang mengisi perut untuk makan malam.
Sampai di kedai makan ni, satu masalah yang membelengu fikiran saya ialah nak cari parking motosikal ni.
Pusing dua kali kedai ni sebab nak mencari parking yang sesuai. Lokasi kedai makan HJ Olie Bako-Bako ini betul-betul terletak di Bandar Muar.
Kalau masuk dari laluan utama dari jambatan tu, tak jauh dari situ akan jumpa kedai makan ni.
Antara menu pilihan masa ni ialah kami ambil set 2 orang makan. Set tu ada Ikan Siakap Bakar, Tom Yam campur dan dua nasi putih. Harga set sahaja RM50.
Air minuman dan lain-lain side dish kena tambah duit lah, hehehe.
Saya minum air lemon ais, isteri pula minum cendol dan air kosong.
Gambar di bawah ni rupa ikan bakar yang sampai. (Maaf yer saya tunjuk gambar makanan ni)
Komen Saya Tentang Makanan Di HJ Olie Bako-Bako
Keseluruhan menu yang saya makan saya beri markah 9/10 bintang.
Tom Yam campur memang padu. Rasa macam makan Tom Yam di Thailand. Memang berpotensi untuk saya datang lagi untuk makan.
Ikan Siakap Bakar pun tak kalah juga padunya. Perapan ikan bakar memang cukup rasa. Sangat juice apabila ikan bakar dikahwinkan dengan perapan tadi selepas masuk ke dalam mulut.
Diadunkan pula dengan dua biji perahan limau menyebabkan rasa ikan siakap bakar tadi menjadi sehati sejiwa ketika kunyah. Seperti kena pula jodohnya. Alhamdulillah.
Mungkin tekak saya kata sedap makanan di sini terutama bako-bako, yelah kan.. tekak masing-masing. Mungkin tekak saya kata sedap, tekak anda manalah tahukan.
Kalau nak tahu, anda kena try cuba test.
Bergerak Balik Ke Sarang
Jam menunjukkan pukul 10 lebih malam. Selesai makan terus bergerak balik ke rumahku syurgaku.
Sempat rakam suasana malam di Bandar Muar dalam perjalanan balik ke rumah melalui jambatan yang saya mula-mula masuk tadi.
Suasana malam di sini agak sibuk juga ye. Memang aktif urusan perniagaan di sini terutama F&B.
Saya merakam menggunakan action camera jenama AKASO Brave 8 tetapi.... (Ini yang menyedihkan ðŸ˜)
Terlerai Sudah Action Camera AKASO BRAVE 8
Ketika dalam perjalanan menuju ke rumah, berlaku insiden yang saya akan ingat dan simpan di sini. Sedihnya....action camera saya terlucut dari bracket ketika sampai di antara menuju simpang masuk ke lebuh raya elite dan kedudukan jatuhnya etul-betul antara lorong keluar dari simpang Nilai/Pajam dan jalan utama.
Tengah sedap pulas minyak, tiba-tiba melayang action camera menyembah bumi.
Nak berhenti untuk ambil kembali sangat bahaya. Akhirnya saya relakan sahaja camera tu pergi. Redho.
Apa nak buat dah memang ditakdirkan jadi begitu. Insyaallah boleh cari yang lain.
Perjalanan tetap diteruskan walau apa jua rintangan. Ceyywaaa. Terus ke destinasi akhir ke RnR Dengki untuk menunaikan solat jamak ta'khir dan qasar fardhu Maghrib dan Isyak.
Singgah RnR Dengkil Untuk Solat
Walau apa pun ujian yang telah berlaku ataupun yang akan berlaku, solat fardhu jangan tinggal ye. Solat itu tiang agama. Sesibuk manapun kita, solat wajib didirikan. By hook or by crook.
Rehat sekejap di RnR Dengkil untuk segarkan badan.
Selepas Allah beri nikmat kesegaran tubuh badan, saya terus bergerak terus ke rumah. Jam di meter motosikal menunjukkan pukul 1.00 pagi.
Besok perlu bertugas seperti biasa. Mahu tak mahu teruskan perjalanan balik.
Alhamdulillah Sampai Rumah Jam 1.20 AM
Syukur kepada Allah, perjalanan pergi dan balik saya dan isteri selamat. Sekarang masa untuk rehat dan work for the tomorrow plan.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Saya harap anda suka perkongsian saya ni. Kalau ramai suka, baru semangat untuk saya menulis.
Jumpa lagi untuk post akan datang. InsyaAllah. Sekian.
P/S : Sudi-sudilah kongsi kalau bermanfaat. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.